BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label pejuang merdeka. Show all posts
Showing posts with label pejuang merdeka. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

British itu bukan penjajah

Persoalan aku dalam post 3 September "Adakah British itu penjajah?" timbul sebab bila aku pikir balik bila masa pulak askar melayu perang dengan tentera british maka persoalan aku tu telah terjawap oleh sorang Profesor Kongkang, Tanah Melayu tidak pernah dijajah British. kui kui.. semua orang yang anggap british tu penjajah kena repeat balik subject sejarah masa sekolah dulu. Tapi kena tunggu dulu la buku teks diubah dulu.
Jadi oleh kerana sekarang dah dibongkarkan fakta bahawa british tidak menjajah Tanah Melayu semua orang kena terima sesiapa sahaja yang menentang British tu adalah penjenayah dan pengkhianat. tak kiralah Mat Saleh ke tok janggut ke, Mat Indera dah tentu lah. cuma yang bukan penjenayah ialah Onn dan Tunku (tali barut british). fakta lain yang mesti diterima.

1. Penentang british adalah penjenayah
2. British datang Tanah melayu bawak orang cina, india, sikh dan lain-lain tu sebab mereka tuan rumah
3. Bahasa Inggeris bukan bahasa penjajah.
4. Orang putih bukan bangsa penjajah.

Lepas ni banyak lagi persoalan akan ditimbulkan dan UMNO kena kutip lagi Prof2 kangkung2  untuk jawap dan buat buku sekali.
1. Apa peranan British kat Tanah Melayu? (katanya penaung hehe.. sama pulak Britinh ni macam UMNO nak tipu orang kampung, alasannya sebab ada sultan hehe..)
2. Malaya merdeka dari apa? penjajah?
3. Ada ke pejuang kemerdekaan? sebab british tak jajah pun. dorang jalan2 je.
4. Perlu ke lagi sambut merdeka sebab tanah Melayu tak pernah dijajah, kalau kata Jepun di anggap pernjajah. sepatutnya Tanah melayu merdeka lepas Jepun menyerah kalah.
5. Apa status orang2 yang menentang/bunuh orang British? adakah mereka ni teroris/pengganas? sebab british bukan orang jahat british bukan penjajah?
6. Betul ke kawasan JAJAHan British cuma negeri selat?
7. British tak masuk negeri2 lain ke. Kenapa ada residen JWW Birch, JG davidson dll..?
Aku tunggu apa lagi yang UMNGOK ni nak keluarkan fakta.

Dalam pada aku jalan2 kat tenet ni terjumpa aku artikal yang kata British tu penjajah hehe (tak leh pakai dah oii..) .. Tapi yang pasti artikal ini juga adalah contoh macam mana fakta sejarah tu di cipta mengikut acuan BN_UMNgOk. mula2 elok je baca sejarah British masuk Tanah melayu tapi bila dah masuk bab UMNgOk habis hancur sejarah.. cilakak UMNgok dan pengampu2nya.


-----------------------------

Rakyat keliru “fakta” Malaysia tidak pernah dijajah
September 10, 2011
by Dr. Dzul

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Kenyataan jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling semalam bahawa Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, mencetus kekeliruan baru terhadap pemahaman sejarah di kalangan rakyat.


Bukan sahaja dilihat sebagai “fakta sejarah baru”, namun ianya juga dilihat bercanggah dengan apa yang diajar kepada rakyat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu.
Seperti biasa, laman sosial Facebook, Twitter dan blog antara yang digunakan rakyat negara ini membangkitkan kekeliruan itu.

Jika benar Malaysia tidah pernah dijajah British, antara persoalan yang dilontarkan termasuklah kenapa kita menuntut merdeka sedangkan tidak pernah dijajah.

Selain itu ada juga natara mereka mempersoal siapakah perdana menteri Malaysia yang pertama ketika “dinaungi” British, kenapa 31 Ogos 1957 diwartakan sebagai hari merdeka sedangkan tidak pernah dijajah dan perlukah tarikh 31 Ogos tersebut disambut lagi selepas ini.

Dr Zainal Kling dalam sidang media semalam berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sehubungan itu, beliau mahu “fakta” sejarah itu dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik.

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang kekeliruan banyak pihak yang selama ini diberi kefahaman bahawa Tanah Melayu sememangnya dijajah sehinggalah merdeka pada tahun 1957.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam dalam reaksi spontanya juga mempersoal kenyataan Dr Zainal Kling tersebut dengan berkata “Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?”

Katanya, jika benar dakwaan beliau itu, bermaksud tarikh 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka.

“Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?” sindir beliau lagi.

Selain Tuan Ibrahim, turut membidas kenyataan MPN itu termasuklah Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Prof Zainal Kling kata bahawa ‘kita tidak pernah dijajah, siapa kata kita pernah dijajah itu kesalahan besar’..ertinya selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar..” tulis beliau secara sinis di laman Facebooknya.

“Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada..” tambah beliau.

Saturday, September 3, 2011

Mat Indera - Ahmad Bin Indera

SIAPA MAT INDERA- AHMAD BIN INDERA




Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz Al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Alam persekolahan hingga ke peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Hj. Mohammad, dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh Inggeris oleh golongan pemuda fanatik.

Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Satu-satunya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai Bintang 3. Nak taknak Mat Indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu Mat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.

Mat Indera telah menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka. Dia dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong.

Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang-orang cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk utk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama Beladang dan Misban.

Mereka bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 Okt. 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan.


Tangannya diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis Seri Medan. Dipercayai akibat kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal. (tahyul konspirator)

Mat Indera dipamerkan dihadapan masyarakat disitu. Ada yang suka, ada yang sedih. Beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara dia didera dengan teruk. Akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara Taiping.

Keesokan hari, dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.


Di antara cerita-cerita lain tentang Mat Indera:

* Menghalang komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis.

*Chin Peng mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.

* Adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong.

* Kali pertama kena tangkap, dia cakap nak sembahyang tetapi ghaib semasa mengambil wuduk.

* Kali kedua, dia meminta kebenaran menyentuh tanah sebelum digantung, sebaik tangan nya menyentuh rumput, dia terus ghaib.

TQ-Haji Mendan (Kibad)

Siapa UMNO sebelum MERDEKA? Adakah British itu Penjajah di Malaysia?


UMNO BUKAN PEJUANG TAPI BARUA DAN PAK TURUT PENJILAT NAJIS BRITISH

1) UMNO parti paling corot ditubuhkan dikalangan pejuang kemerdekaan seperti PKMM, API, AWAS, KMM, AMCJA, PUTERA.
2) UMNO ditubuhkan atas restu British, (bukan untuk menentang British), Tujuannya untuk menjadi pewaris kerajaan British dan perlembagaan yang di cipta British.
3) PUTERA+AMCJA mengemukakan 10 prinsip perlembagaan sendiri tapi ditolak British.
4) Chin Peng Bunuh Henry Gurney, UMNO sanjung Henry Gurney.
5) UMNO pertahan hasil peninggalan British
6) Masa pemerintahan British sebelum dan selepas Zaman Jepun Pemimpin UMNO adalah pegawai kerajaan yang bekerja dengan British. British adalah Bos Mereka.
7) Polis (mata-mata) tahun 50-an adalah dibawah tapak kaki British. contoh:
a) 20/01/1950 "Killed in ambushed by communist gunmens at Seberang Prai, Penang with result killed 8 officers including a British Police Sergeant Young, while six Malay officers wounded in action"
b) 25/08/1950 "Killed when the British Royal Air Force (RAF) Douglas DC 3 Dakota KN630 aircraft crashed in the steep forested foothills in the Gua Musang district during en-routed from from airbase in Changi, Singapore to Kota Bharu, Kelantan. Besides him, 12 crews including three Dakota crews, four air despatchers and other passengers also perished in the incident. A platoon of British troops went to the rescue and they reached the crash site, but due to the communist threat, they hastily buried the dead in makeshift graves. After 58 years later, on October 3, 2008, the British and Malaysian government set a biggest recovery operation project so far to visit the wreckage site and recovered the remains"


----------------------------------
UMNO BARUA BRITISH, BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN
Posted by

Ulasannya adalah seperti berikut; Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan tidak lama selepas itu yang berusaha untuk membangkitkan kesedaran kemerdekaan dikalangan orang melayu dan anti British, antara pimpinannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam.
 
**PKMM - MERDEKA** **UMNO - HIDUP MELAYU**
 
Pada 17.10.1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan tanah melayu dengan slogannya MERDEKA,
 
hanya pada 1946 Datuk Onn dan pengikutnya yang terdiri dari golongan atasan dan pertengahan melayu menubuhkan UMNO, slogan umno ialah HIDUP MELAYU dan merupakan pro-penjajah, umno memperkecilkan perjuangan PKMM dengan ungkapan “….membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka….”
 
Pada 1947 Dr Burhanuddin, Ghanapathi, Abdullah CD dan Miau Siu telah menghadiri persidangan Asia di New Delhi yang membincangkan gerakan kemerdekaan di berbagai negara asia. PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) terdiri dari parti2 kiri melayu dan AMCJA (Majlis Bergerak Serentak Malaya) terdiri dari parti2 kiri bukan melayu telah bergabung (macam Pakatan Rakyat pada hari ini) dan merupakan kemuncak perjuangan menuntut kemerdekaan secara berlembagaan dan merupakan persatuan berbagai kaum yang terbesar di Tanah Melayu. PUTERA + AMCJA telah mengemukakan sepuluh prinsip Perlembagaan Rakyat kepada British untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka, ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, tetapi British menolak cadangan tersebut dan British berpakat dengan umno untuk mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu, British hanya akan memberikan kemerdekaan kepada golongan yang bersedia untuk meneruskan dasar dan sistemnya, maka yang paling setia dengan British ketika itu ialah umno.
 
18.6.1948 British isytiharkan darurat dan semua parti2 dan persatuan berhaluan kiri diharamkan, pada 20.6.1948 British lancarkan Ops-tangkap secara besar-besaran terhadap pimpinan PUTERA DAN AMCJA, ingat ketika itu tiada seorang pun pimpinan umno dan ahli umno yang ditangkap, apa maknanya itu?.

PERJANJIAN DENGAN BRITISH
Tunku dapat kemerdekaan atas angin sahaja dan ada perjanjian yang mesti ditunaikan oleh Tunku, antara isi perjanjian itu

1. Tunku hendaklah mempertahankan perang kolonial yang dicetuskan oleh British
2. Menjamin Malaya tidak terpisah dengan blok sterling
3. Menjamin keselamatan pelabur British dan negara2 barat yang lain serta membenarkan mereka membawa pulang keuntungan ke negara mereka.

Gagalnya rundingan Baling adalah kerana Tunku tidak memberikan ruang kepada PKM, Tunku hanya beri dua pilihan kepada PKM serah diri atau dimusnahkan, pada hal PKM sudah bersetuju untuk letak senjata dan menyertai politik demokrasi, Tunku lakukan ini adalah atas desakan British, sebab itu dalam perjanjian tercatat meneruskan perang kolonial, British sangat2 berdendam dengan PKM, jika Tunku terima cadangan PKM kemungkinan besar askar melayu tidak perlu masuk hutan dan tiadalah askar yang mati meninggalkan janda dan anak yatim, perlu diingat British gunakan orang melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di Tanah Melayu dengan melantik mereka jadi SC, Home Guard dan juga askar melayu (arwah ayah teman pun jadi SC).

Tulisan ini bukan menyokong PKM, tetapi hanya mencatat apa yang ada dalam lipatan sejarah yang tidak terdapat dalam buku sejarah di sekolah….

Setiap kali datangnya 31 Ogos maka slogan merdeka akan kedengaran dan Jalur Gemilang pun akan dikibarkan walau pun pada hakikatnya kemerdekaan yang dicapai hanyalah kemerdekaan palsu dan temberang dan Dato’ Onn Jaafar kata “kemerdekaan setengah masak”, apa ertinya merdeka jika negara masih kekalkan perlembagaan yang digubal oleh penjajah British dan menolak Islam dan umno memutar belitkan sejarah pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Pejuang kemerdekaan yang sebenar ialah PUTERA (yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri melayu) dan AMCJA (berhaluan kiri bukan melayu)termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, bukannya umno pembohong.

Umno tidak pernah berjuang menentang British sebaliknya kebanyakkan pimpinan umno ketika itu jadi pegawai British termasuk Tunku, umno memang tidak berminat untuk merdeka sebab itu umno memperkecilkan perjuangan PKMM yang slogannya `merdeka’ dengan mengatakan “..membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka” inilah ejekkan umno terhadap PKMM.

Percantuman PUTERA dengan AMCJA telah mengemukakan 10 prinsip perlembagaan rakyat kepada British dan ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, ianya telah meletakkan British dalam keadaan serba salah dan terpaksa berpakat dengan anak didiknya umno yang ketika itu umno telah bersedia untuk menjadi kuli batak, barua dan balaci British untuk meneruskan sistem British di Tanah Melayu. Memang British hendak tinggalkan tanah jajahan mereka dengan syarat yang akan ambil alih mestilah setia dengan British dan sedia dikuli batakkan, dibaruakan dan dibalacikan.

20 Jun 1948 British lancarkan operasi tangkap pimpinan PUTERA dan AMCJA tetapi tiada seekor pun pimpinan umno yang ditangkap.

Umno dapat negara ini (merdeka kononnya) atas angin aje, kerana yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan ialah PUTERA dan AMCJA termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) maknanya PKM ada jasa dalam menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, tetapi umno tiada apa yang boleh dibanggakan kalau ada pun jasa umno dan boleh diiktiraf sebagai jasa terbesar umno ialah umno berjaya kekalkan sistem kufar peninggalan penjajah British dan dalam masa yang sama menolak Islam termasuk undang2 Islam dan lain2 lagi, Jahat dan Zalim sungguh umno, semoga Laknat Allah atas umno dari dulu hingga kini yang masih kekalkan sistem kufar itu.

Orang melayu di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada PKM terutama Chin Peng yang berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi oleh kerana umno adalah kuli batak, barua, balaci dan bolehlah dianugerahkan sebagai `binatang ternak’ British maka umno menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama setan Henry Gurney dibeberapa tempat di negara ini.

Celaka umno Laknatullah, kamu telah hancur musnahkan cita-cita PUTERA DAN AMCJA untuk mengwujudkan sebuah negara yang perlembagaannya digubal oleh rakyat Tanah Melayu ini sendiri, demi kuasa kamu sanggup jadi `binatang ternak’ British dan `binatang ternak’ setan, umno adalah `thoghut’ dulu dan kini…

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin