BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Saturday, September 3, 2011

Mat Indera - Ahmad Bin Indera

SIAPA MAT INDERA- AHMAD BIN INDERA




Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz Al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Alam persekolahan hingga ke peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Hj. Mohammad, dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh Inggeris oleh golongan pemuda fanatik.

Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Satu-satunya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai Bintang 3. Nak taknak Mat Indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu Mat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.

Mat Indera telah menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka. Dia dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong.

Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang-orang cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk utk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama Beladang dan Misban.

Mereka bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 Okt. 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan.


Tangannya diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis Seri Medan. Dipercayai akibat kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal. (tahyul konspirator)

Mat Indera dipamerkan dihadapan masyarakat disitu. Ada yang suka, ada yang sedih. Beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara dia didera dengan teruk. Akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara Taiping.

Keesokan hari, dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.


Di antara cerita-cerita lain tentang Mat Indera:

* Menghalang komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis.

*Chin Peng mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.

* Adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong.

* Kali pertama kena tangkap, dia cakap nak sembahyang tetapi ghaib semasa mengambil wuduk.

* Kali kedua, dia meminta kebenaran menyentuh tanah sebelum digantung, sebaik tangan nya menyentuh rumput, dia terus ghaib.

TQ-Haji Mendan (Kibad)

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

Dari Blog Pemimpin