BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Sunday, September 11, 2011

British itu bukan penjajah

Persoalan aku dalam post 3 September "Adakah British itu penjajah?" timbul sebab bila aku pikir balik bila masa pulak askar melayu perang dengan tentera british maka persoalan aku tu telah terjawap oleh sorang Profesor Kongkang, Tanah Melayu tidak pernah dijajah British. kui kui.. semua orang yang anggap british tu penjajah kena repeat balik subject sejarah masa sekolah dulu. Tapi kena tunggu dulu la buku teks diubah dulu.
Jadi oleh kerana sekarang dah dibongkarkan fakta bahawa british tidak menjajah Tanah Melayu semua orang kena terima sesiapa sahaja yang menentang British tu adalah penjenayah dan pengkhianat. tak kiralah Mat Saleh ke tok janggut ke, Mat Indera dah tentu lah. cuma yang bukan penjenayah ialah Onn dan Tunku (tali barut british). fakta lain yang mesti diterima.

1. Penentang british adalah penjenayah
2. British datang Tanah melayu bawak orang cina, india, sikh dan lain-lain tu sebab mereka tuan rumah
3. Bahasa Inggeris bukan bahasa penjajah.
4. Orang putih bukan bangsa penjajah.

Lepas ni banyak lagi persoalan akan ditimbulkan dan UMNO kena kutip lagi Prof2 kangkung2  untuk jawap dan buat buku sekali.
1. Apa peranan British kat Tanah Melayu? (katanya penaung hehe.. sama pulak Britinh ni macam UMNO nak tipu orang kampung, alasannya sebab ada sultan hehe..)
2. Malaya merdeka dari apa? penjajah?
3. Ada ke pejuang kemerdekaan? sebab british tak jajah pun. dorang jalan2 je.
4. Perlu ke lagi sambut merdeka sebab tanah Melayu tak pernah dijajah, kalau kata Jepun di anggap pernjajah. sepatutnya Tanah melayu merdeka lepas Jepun menyerah kalah.
5. Apa status orang2 yang menentang/bunuh orang British? adakah mereka ni teroris/pengganas? sebab british bukan orang jahat british bukan penjajah?
6. Betul ke kawasan JAJAHan British cuma negeri selat?
7. British tak masuk negeri2 lain ke. Kenapa ada residen JWW Birch, JG davidson dll..?
Aku tunggu apa lagi yang UMNGOK ni nak keluarkan fakta.

Dalam pada aku jalan2 kat tenet ni terjumpa aku artikal yang kata British tu penjajah hehe (tak leh pakai dah oii..) .. Tapi yang pasti artikal ini juga adalah contoh macam mana fakta sejarah tu di cipta mengikut acuan BN_UMNgOk. mula2 elok je baca sejarah British masuk Tanah melayu tapi bila dah masuk bab UMNgOk habis hancur sejarah.. cilakak UMNgok dan pengampu2nya.


-----------------------------

Rakyat keliru “fakta” Malaysia tidak pernah dijajah
September 10, 2011
by Dr. Dzul

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Kenyataan jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling semalam bahawa Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, mencetus kekeliruan baru terhadap pemahaman sejarah di kalangan rakyat.


Bukan sahaja dilihat sebagai “fakta sejarah baru”, namun ianya juga dilihat bercanggah dengan apa yang diajar kepada rakyat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu.
Seperti biasa, laman sosial Facebook, Twitter dan blog antara yang digunakan rakyat negara ini membangkitkan kekeliruan itu.

Jika benar Malaysia tidah pernah dijajah British, antara persoalan yang dilontarkan termasuklah kenapa kita menuntut merdeka sedangkan tidak pernah dijajah.

Selain itu ada juga natara mereka mempersoal siapakah perdana menteri Malaysia yang pertama ketika “dinaungi” British, kenapa 31 Ogos 1957 diwartakan sebagai hari merdeka sedangkan tidak pernah dijajah dan perlukah tarikh 31 Ogos tersebut disambut lagi selepas ini.

Dr Zainal Kling dalam sidang media semalam berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sehubungan itu, beliau mahu “fakta” sejarah itu dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik.

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang kekeliruan banyak pihak yang selama ini diberi kefahaman bahawa Tanah Melayu sememangnya dijajah sehinggalah merdeka pada tahun 1957.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam dalam reaksi spontanya juga mempersoal kenyataan Dr Zainal Kling tersebut dengan berkata “Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?”

Katanya, jika benar dakwaan beliau itu, bermaksud tarikh 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka.

“Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?” sindir beliau lagi.

Selain Tuan Ibrahim, turut membidas kenyataan MPN itu termasuklah Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Prof Zainal Kling kata bahawa ‘kita tidak pernah dijajah, siapa kata kita pernah dijajah itu kesalahan besar’..ertinya selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar..” tulis beliau secara sinis di laman Facebooknya.

“Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada..” tambah beliau.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin