BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label Asal Bukan UMNO. Show all posts
Showing posts with label Asal Bukan UMNO. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Pejuang Melayu, Islam yang menyamar Ahli PAS

Siapa sebenarnya yang cuba di tipu
1. Penyokong PAS/ PR (termasuk yang bukan ahli) ??
Rasa-rasa diaorang ni nak percaya ke?

2. Penyokong DAP/PR (termasuk yang bukan ahli)
Lagi la, jauh sekali nak percaya

3. Orang duk atas pagar, sambil merenung bulan tunggu jatuh ke riba??
Diaorang ni kebanyakan nya malas nak layan politik, dengar je politik tukar channel, layan konsert ke, layan bola ke, layan MLM ke,
Tapi kata lah tiba2 terbaca post ni, kantoi cai UMNO ni menipu, kan dah jatuh dari pagar, jatuh lak ke rumput hijau.

4. Pengikut tegar UMNO (Ahli biasa, macai, pakcik makcik yang join mesyuarat, layan poco2)??
Doarang ni dah memang bebal, silap2 kalau ko cakap Najib kentut bau strawberi pun dia percaya.
Lagi bila tengok berita cai UMNO menyamar ahli PAS kat  TVtiga 1/4, bertambah lah satu lagi darjat kebebalannya.
Kata kan lah juga, tiba2 ada antara makcik2 pakcik ni yang tertengok post ni. pakcik makcik ni pulak yang tak berapa nak bebal sangat otak dia sebab anak2 dah ramai yang masuk U, haaa.... Kantoi lagi macai ni bohong.

Kan senang kalau buat demo guna nama UMNO, kenapa? UMNO dah tak laku ke? orang dah menyampah dengar nama UMNO?? bukan ke UMNO tu pejuang Islam sejati.
Kenapa mesti guna nama PAS untuk pejuang Islam - Nampak sangat korang pun mengaku PAS saje yang diercayai memperjuangkan Islam.


Tengok la sendiri gambar2 ni ye (ambik dari sini)










Wednesday, February 13, 2013

Pihak Atasan Arah Tabika Kemas Pelabuhan Klang Tarik Balik PermohonanTunas

CARI ALASAN NAK BUAT DEMO LA TUU..




SHAH ALAM, 13 FEB : Pejabat Kemas Daerah Klang didakwa mengeluarkan arahan kepada Tabika Kemas Pelabuhan Klang menarik semula permohonan bagi mendapatkan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) RM50 yang ditawarkan Kerajaan Negeri.

Menurut Pegawai Operasi Tunas Negeri, Abdul Mutalib Islan, Tabika Kemas Pelabuhan Klang merupakan antara tadika yang pernah mengemukakan permohonan sebelum ini, namun memutuskan untuk menarik semula permohonan itu atas arahan Pejabat Kemas Daerah Klang.

“Buat masa ini memang tiada yang memohon kecuali Tabika Kemas Pelabuhan Klang, namun permohonan itu diarahkan untuk ditarik semula atas arahan pihak atasan yang minta supaya menolak Skim Tunas.

“Tadika di bawah Kerajaan Pusat yang kini berdaftar ialah Tadika Perpaduan dan pra sekolah. Tabika Kemas ini saya tidak tahu apa masalah mereka,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Beliau berkata, pihak Tunas juga menerima banyak permohonan daripada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Tabika Kemas, namun ia tidak boleh diluluskan kerana tadika itu tidak berdaftar di bawah skim tersebut.

Sehubungan itu, katanya, pihak Tunas akan mengadakan satu taklimat khas dalam masa terdekat bersama pihak pengurusan tadika yang berdaftar di bawah Kerajaan Pusat bagi menggalakkan mereka mendaftar di bawah skim itu.

“Ramai ibu bapa yang bertanya untuk mendapatkan borang, tetapi polisi kami ialah apabila tadika itu tidak berdaftar, kami tidak boleh meluluskan permohonan. Kajian juga menunjukkan rata-rata ibu bapa yang menghantar anak mereka ke tadika di bawah Kementerian Kerajaan Pusat memiliki pendapatan rendah.
“Kita akan terus usaha untuk pujuk mereka dan tidak akan mengalah kerana ini adalah permintaan ibu bapa sendiri. Kita tidak mahulah nanti ada lagi demonstrasi yang menyalahkan Kerajaan Negeri kerana tidak menunaikan janji,” katanya lagi.
TV Selangor cuba menghubungi beberapa cawangan Pejabat Daerah Tabika Kemas bagi mendapatkan respon berhubung perkara tersebut, namun mereka memberi alasan bahawa Tunas tidak pernah menawarkan skim itu kepada pihak Tabika.

Skim Tunas di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah bantuan yuran sebanyak RM 50 setiap bulan untuk keluarga berpendapatan rendah bagi menghantar anak mereka ke tadika.
Bantuan RM 50 dibayar terus kepada tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

Sejak diperkenalkan pada 1 Julai 2012, sebanyak 217 permohonan daripada tadika telah diterima sehingga akhir tahun 2012. Manakala 339 permohonan diterima untuk tahun 2013 sehingga 31 Januari.

Manakala seramai 1,903 ibu bapa juga mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan Tunas bagi tahun 2012 sementara 1,800 permohonan dicatatkan sehingga 31 Januari untuk tahun 2013.

Untuk tahun 2013, MPTS mensasarkan 5,000 permohonan ibu bapa untuk Skim Tunas sehingga penghujung Disember.

Setakat ini, Daerah Klang mencatatkan permohonan paling tinggi dengan 528 permohonan untuk tahun 2012 dan 409 permohonan sehingga 31 Januari 2013.

Tuesday, May 8, 2012

Bahana Fatwa cari makan



bagi aku Semua ni akibat Majlis Fatwa yang berfatwa untuk jaga periuk nasi.

X IGP tu aku tak heren la kalau cakap macam tu, pegi lantak dia la,

Bila dah keluar fatwa ikut selera selera manusia dan kepentingan sesetengah manusia kesucian Islam yang akan dikorbankan.

UMNO mempermainkan Islam untuk kepentingan politik,
Ular mak mempergunakan Islam untuk cari makan dan jaga periuk nasi.

Orang jahil akan menjadi semakin jahil.

Oiii... ingat lah Allah bagi rezeki bukan Najib Razak, bukan UMNO, bukan BN, bukan ketua polis negara, bukan tokeh kilang.. Allah yang tentukan rezeki kita..

Thursday, February 2, 2012

Rakyat Sabah benci UMNO, RM500 Tak Berbaloi

PEMBERIAN RM500 TIDAK BERBALOI
  
Oleh : JAMES AIT
SAMA ada pemberian BR1M ada maksud di sebaliknya, rakyat Sabah khususnya Kuamut, Kinabatangan tidak bersalah untuk menerima pemberian kerajaan itu kerana mereka juga menyokong segala usaha membangunkan kawasan Kuamut selama ini.
Sokongan rakyat terhadap usaha kerajaan menunjukkan rasa hormat rakyat kepada pimpinan kerajaan. Penerimaan BR1M oleh rakyat adalah bukti rakyat menghormati dan menyokong usaha kerajaan.
Sebagai pemimpin tempatan, rakyat Sabah telah melakukan sesuatu yang terbaik kepada pemimpin kerajaan di Sabah hari ini. Ini menunjukkan bahawa rakyat Sabah tidak pernah memusuhi pemimpin kerajaan khususnya pemimpin tempatan.
Bagaimanapun, jika dibandingkan kekayaan yang telah keluar daripada Sabah, kos pembangunan ekonomi dan keperluan logistik yang telah sedia adalah tidak berbaloi dengan kekayaan yang telah dikeluarkan dari Sabah.
Bayangkan pada tahun 2010 saja, Sabah telah menghantar cukai sebanyak RM18 bilion kepada Malaya. Hasil minyak petroleum pula sebanyak RM17 bilion. Wang sebanyak ini tidak termasuk kutipan wang daripada kayu balak yang dikeluarkan daripada kawasan Kinabatangan.
Walau pun tidak ada laporang rasmi mengenai hasil kayu balak yang dikeluarkan dari kawasan Kuamut Kinabatangan, kita anggarkan bahawa purata pendapatan bulanan daripada hasil kayu balak dari Kinabatangan sejak tahun 1970, tidak kurang daripada RM120 juta setiap tahun.
Selain balak, kawasan Kuamut juga adalah penyumbang ekonomi melalui ladang kelapa sawit yang ada di kawasan Kuamut.
Hari ini, sama ada secara kebetulan dengan pilihanraya ke 13 yang hampir tiba, rakyat Sabah di Kuamut menerima BR1M daripada kerajaan. Rakyat berhak menerima wang tersebut, sebagai tanda sokongan rakyat kepada usaha kerajaan.
Tidak bermakna pula, sokongan rakyat adalah tanda bahawa rakyat akan memilih kerajaan Barisan Nasional sekarang dalam pilihanraya akan datang. Rakyat telah memahami bahawa Barisan Nasional bukan PBS, bukan UPKO atau PBRS.
Rakyat Sabah khususnya di kawasan Kuamut telah menyedari bahawa selama ini Barisan Nasional adalah UMNO, satu-satunya parti dari Malaya yang telah menceroboh hak rakyat Sabah dan melanggar Perjanjian Malaysia.
Parti UMNO lah yang menyebabkan kebanjiran pendatang asing di Sabah. Sebagai manusia pendatang asing ini berhak untuk mencari makan di tanah air Sabah. Tetapi UMNO telah mengekploitasi mereka menjadi pengundi melalui pemberian Kad Pengenalan. UMNO telah menceroboh hak asasi manusia di Sabah.
Oleh kerana itu bagi pihak rakyat Sabah, khususnya di kawasan Kuamut Kinabatangan, kami memohon maaf terlebih dahulu kepada pemimpin tempatan dalam kerajaan sekarang sekiranya kami gagal memilih semula kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.
Kita berharap selepas pilihanraya akan datang ini, bangsa kita, walaupun dalam pelbagai fahaman politik, akan bersatu semula selepas menumbangkan UNMO dalam Barisan Nasional.
(NOTA : Pandangan penulis adalah pendapat peribadi beliau sebagai pemimpin agar umbi yang perlu diambil perhatian oleh pucuk pimpinan BN kerana api ketika kecil menjadi lawan, sudah besar sukar dipadam).

Wednesday, February 1, 2012

Kepala Babi: Pihak Masjid akan anjurkan Solat Hajat

Tindakan Cemar Masjid Dengan Kepala Babi Dikecam, Kariah Tolak Hasutan


Oleh : Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM, 1 FEB : DAP mengecam tindakan meletakkan kepala Babi di sebuah Masjid di Rawang sebagai tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama diambang Pilihan Raya Umum.

Parti itu menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berpendirian bahawa tidak ada ruang di Malaysia bagi tindakan-tindakan yang sia-sia dan menjijikkan seperti ini.

Dalam pada itu, Nazir Masjid Nur Iman, Batu 18 Ilham Akhbar Harun itu berkata, qariah tidak terpedaya dengan usaha untuk mengugat keamanan di komuniti mereka dan menolak perkauman sempit yang dimainkan pihak-pihak tertentu.

Lim, di dalam kenyataan medianya, berkata tindakan tersebut bertentangan dengan sifat masyarakat yang aman dan berbilang budaya.

“Kami menyeru supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak bertindak balas kerana tindakan ini jelas dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan motif yang jahat.

“Kita menyeru agar semua pihak bersatu untuk mengutuk penodaan dan pengotoran mana-mana tempat beribadat, biarpun masjid atau gereja atau kuil, dan berharap agar pihak Kerajaan akan serta merta menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata beliau dalam kenyataan media.
Pengunjung Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, menemui sebuah kepala babi di depan pintu pagar masjid itu awal pagi semalam.

Sementara itu, menurut Adun Rawang, Gan Pei Nei, tahap keselamatan masjid itu akan dipertingkatkan dengan pemasangan CCTV,lampu limpah dan pengawal agar kejadian sedemikian tidak berulang.
“Dan hasil perbincangan dengan jawatankuasa masjid, mereka akan cadangkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan sebab lokasi masjid tersebut terletak di tepi jalan utama dan ia menjadi tempat yang mudah untuk orang luar masuk dan walaupun pintu pagar dikunci tetapi ia boleh dipanjat untuk masuk ke pekarangan masjid.

“Semua cadangan ini, saya bawa kepada pihak Menteri Besar dan Exco untuk permohonan daripada kerajaan negeri bagi memberikan bantuan bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan masjid.” kata Pei Nei yang dihubungi TVSelangor.

Menurut Pei Nei, masyarakat di Rawang merasakan tindakan tersebut adalah tindakan provokasi untuk mencetuskan perasaan tidak puas hati antara agama.

“Selama ini di Rawang semua masyarakat pelbagai bangsa boleh hidup aman harmoni antara satu sama lain , jadi mereka nampak apabila hendak pilihanraya ia merupakan satu provokasi yang berunsur politik,” katanya.

Beliau juga berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera menangkap dan mendakwa pihak yang menjadi dalang dalam insiden itu agar tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Pihak-pihak yang memainkan sentimen bersifat perkauman dan keagamaan, kita gesa perlu hentikan perkara ini, dan kita perlu memandang kehadapan dengan mengadakan perbincangan dan dialog jika ada perkara-perkara sensitif dan bukan cara seperti melontarkan kepala babi ke masjid untuk provokasi memainkan sentimen perkauman secara ekstrem,” ujarnya.

Nazir Masjid Nurul Iman Ilham Akhbar Harun berkata kariah itu terkejut dengan kejadian yang mungkin dilakukan agar berlakunya kejadian permusuhan kaum dan ketegangan agama.

“Tanpa menuduh mana-mana pihak, kami berpendapat perkara seumpama ini tidak harus berlaku di rumah Allah yang suci ini. Kami pentadbir dan Jawatankuasa MNIR membantah tindakan yang biadab ini dan sama sekali tidak akan menyokong sebarang provokasi sempit yang boleh mengeruhkan suasana harmoni sedia ada,” katanya.

Beliau berharap seluruh anak kariah masjid agar bertenang dengan kejadian ini dan yakin pihak terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang segera.

“Pihak masjid akan menganjurkan siri munajat dan solat hajat agar si pelaku diberi hidayah dan keharmonian kaum dapat dikekalkan.

“Sesungguhnya kami cinta kepada kedamaian dan yakinlah setiap kejadian yang menimpa itu pasti mempunyai hikmahnya,” katanya.

Monday, January 23, 2012

Orang India Mesti tolak UMNO-BN, dan kawan2 mereka MIC, PPP, dll

Muhammad Faizal, 22 Jan 2012

SHAH ALAM, 22 Jan: Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf di Dewan Orang Ramai Jalan Kebun, semalam.

Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar) apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Berkata kepada Harakahdaily, Penyelaras Kebangsaan Hindraf, W.Sambulingam memberitahu penyokong Umno mula memasuki dewan menggunakan motosikal pada jam 915 malam selepas lima minit program itu bermula.

"Hanya selepas lima minit ceramah itu bermula lebih kurang lima belas orang penyokong Umno memasuki dewan dan membuat kacau selain beberapa buah motosikal juga turut memasuki dewan tersebut.

"Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat yang berbentuk perkauman serta mengarahkan orang Melayu yang berada di dalam dewan keluar dengan menyifatkan ini antara Umno dengan orang India sahaja," jelasnya.

Beliau juga memberitahu, Umno mengeluarkan kata-kata menghina kaum India seperti "India keling","kumpulan pendatang","tak malukan Melayu bergabung dengan India" serta "India hanya buat kacau sahaja di sini".

Tambahnya lagi, penyokong Umno mensasarkan orang India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan orang Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.

"Sasaran mereka adalah orang India apabila salah seorang dari mereka mengatakan ingin mengajar orang India.

"Keadaan mula menjadi semakin kecoh apabila mereka bertindak menyerang menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan," sambungnya lagi.

Tambah beliau lagi, tindakan tersebut jelas menunjukkan sikap perkauman Umno yang mana mereka sebenarnya merupakan sebuah parti yang rasis bukannya seperti yang dilaungkan oleh mereka selama ini 1 Malaysia.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud melalui twitternya menyifatkan konsep 1Malaysia gagal diterap kepada penyokong Umno.

"Orang India tidak selamat di kawasan Umno dan menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyiapkan keranda untuk 1 Malaysia.

"Pemimpin Umno Kota Raja dan Jalan Kebun perlu bertanggungjawab dalam kejadian tersebut," katanya melalui twitter.

Dalam pada itu Chegu Bard juga melalui twitternya memberitahu mereka (Umno) cuba bakar sentimen perkauman tetapi dalam masa yang sama mereka turut memusnahkan gerai milik orang Melayu yang datang untuk mencari rezeki.

"ABU bukan untuk satu tetapi milik semua rakyat, apa yang dilakukan oleh Umno jelas bersifat perkauman dengan mencaci kaum India.

"Pemuda Umno harus bertanggungjawab dalam kejadian tersebut," kata beliau melalui twitter.

Sebelum itu, turut hadir dalam majlis itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan juga beberapa pemimpin parti yang lain.

Buat masa ini laporan polis belum dilakukan kerana menunggu khidmat nasihat dari peguam.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin