CARI ALASAN NAK BUAT DEMO LA TUU..
SHAH ALAM, 13 FEB : Pejabat Kemas Daerah Klang didakwa mengeluarkan
arahan kepada Tabika Kemas Pelabuhan Klang menarik semula permohonan
bagi mendapatkan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) RM50 yang
ditawarkan Kerajaan Negeri.
Menurut Pegawai Operasi Tunas Negeri, Abdul Mutalib Islan, Tabika
Kemas Pelabuhan Klang merupakan antara tadika yang pernah mengemukakan
permohonan sebelum ini, namun memutuskan untuk menarik semula permohonan
itu atas arahan Pejabat Kemas Daerah Klang.
“Buat masa ini memang tiada yang memohon kecuali Tabika Kemas
Pelabuhan Klang, namun permohonan itu diarahkan untuk ditarik semula
atas arahan pihak atasan yang minta supaya menolak Skim Tunas.
“Tadika di bawah Kerajaan Pusat yang kini berdaftar ialah Tadika
Perpaduan dan pra sekolah. Tabika Kemas ini saya tidak tahu apa masalah
mereka,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Beliau berkata, pihak Tunas juga menerima banyak permohonan daripada
ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Tabika Kemas, namun ia
tidak boleh diluluskan kerana tadika itu tidak berdaftar di bawah skim
tersebut.
Sehubungan itu, katanya, pihak Tunas akan mengadakan satu taklimat
khas dalam masa terdekat bersama pihak pengurusan tadika yang berdaftar
di bawah Kerajaan Pusat bagi menggalakkan mereka mendaftar di bawah skim
itu.
“Ramai ibu bapa yang bertanya untuk mendapatkan borang, tetapi polisi
kami ialah apabila tadika itu tidak berdaftar, kami tidak boleh
meluluskan permohonan. Kajian juga menunjukkan rata-rata ibu bapa yang
menghantar anak mereka ke tadika di bawah Kementerian Kerajaan Pusat
memiliki pendapatan rendah.
“Kita akan terus usaha untuk pujuk mereka dan tidak akan mengalah
kerana ini adalah permintaan ibu bapa sendiri. Kita tidak mahulah nanti
ada lagi demonstrasi yang menyalahkan Kerajaan Negeri kerana tidak
menunaikan janji,” katanya lagi.
TV Selangor cuba menghubungi beberapa cawangan Pejabat Daerah Tabika
Kemas bagi mendapatkan respon berhubung perkara tersebut, namun mereka
memberi alasan bahawa Tunas tidak pernah menawarkan skim itu kepada
pihak Tabika.
Skim Tunas di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah
bantuan yuran sebanyak RM 50 setiap bulan untuk keluarga berpendapatan
rendah bagi menghantar anak mereka ke tadika.
Bantuan RM 50 dibayar terus kepada tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).
Sejak diperkenalkan pada 1 Julai 2012, sebanyak 217 permohonan
daripada tadika telah diterima sehingga akhir tahun 2012. Manakala 339
permohonan diterima untuk tahun 2013 sehingga 31 Januari.
Manakala seramai 1,903 ibu bapa juga mengemukakan permohonan untuk
mendapatkan bantuan Tunas bagi tahun 2012 sementara 1,800 permohonan
dicatatkan sehingga 31 Januari untuk tahun 2013.
Untuk tahun 2013, MPTS mensasarkan 5,000 permohonan ibu bapa untuk Skim Tunas sehingga penghujung Disember.
Setakat ini, Daerah Klang mencatatkan permohonan paling tinggi dengan
528 permohonan untuk tahun 2012 dan 409 permohonan sehingga 31 Januari
2013.
MEDIA RAKYAT
BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Akhbar Online
Dari Blog Pemimpin
-
-
-
-
Mostbet-az901 year ago
-
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖4 years ago
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia6 years ago
-
World Environment Day Message (e/m/c)6 years ago
-
Pendidikan bukan perkara main main6 years ago
-
-
-
-
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN11 years ago
-
Jadual 10 Akhir Ramadan12 years ago
-
-
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment