BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Thursday, February 2, 2012

Rakyat Sabah benci UMNO, RM500 Tak Berbaloi

PEMBERIAN RM500 TIDAK BERBALOI
  
Oleh : JAMES AIT
SAMA ada pemberian BR1M ada maksud di sebaliknya, rakyat Sabah khususnya Kuamut, Kinabatangan tidak bersalah untuk menerima pemberian kerajaan itu kerana mereka juga menyokong segala usaha membangunkan kawasan Kuamut selama ini.
Sokongan rakyat terhadap usaha kerajaan menunjukkan rasa hormat rakyat kepada pimpinan kerajaan. Penerimaan BR1M oleh rakyat adalah bukti rakyat menghormati dan menyokong usaha kerajaan.
Sebagai pemimpin tempatan, rakyat Sabah telah melakukan sesuatu yang terbaik kepada pemimpin kerajaan di Sabah hari ini. Ini menunjukkan bahawa rakyat Sabah tidak pernah memusuhi pemimpin kerajaan khususnya pemimpin tempatan.
Bagaimanapun, jika dibandingkan kekayaan yang telah keluar daripada Sabah, kos pembangunan ekonomi dan keperluan logistik yang telah sedia adalah tidak berbaloi dengan kekayaan yang telah dikeluarkan dari Sabah.
Bayangkan pada tahun 2010 saja, Sabah telah menghantar cukai sebanyak RM18 bilion kepada Malaya. Hasil minyak petroleum pula sebanyak RM17 bilion. Wang sebanyak ini tidak termasuk kutipan wang daripada kayu balak yang dikeluarkan daripada kawasan Kinabatangan.
Walau pun tidak ada laporang rasmi mengenai hasil kayu balak yang dikeluarkan dari kawasan Kuamut Kinabatangan, kita anggarkan bahawa purata pendapatan bulanan daripada hasil kayu balak dari Kinabatangan sejak tahun 1970, tidak kurang daripada RM120 juta setiap tahun.
Selain balak, kawasan Kuamut juga adalah penyumbang ekonomi melalui ladang kelapa sawit yang ada di kawasan Kuamut.
Hari ini, sama ada secara kebetulan dengan pilihanraya ke 13 yang hampir tiba, rakyat Sabah di Kuamut menerima BR1M daripada kerajaan. Rakyat berhak menerima wang tersebut, sebagai tanda sokongan rakyat kepada usaha kerajaan.
Tidak bermakna pula, sokongan rakyat adalah tanda bahawa rakyat akan memilih kerajaan Barisan Nasional sekarang dalam pilihanraya akan datang. Rakyat telah memahami bahawa Barisan Nasional bukan PBS, bukan UPKO atau PBRS.
Rakyat Sabah khususnya di kawasan Kuamut telah menyedari bahawa selama ini Barisan Nasional adalah UMNO, satu-satunya parti dari Malaya yang telah menceroboh hak rakyat Sabah dan melanggar Perjanjian Malaysia.
Parti UMNO lah yang menyebabkan kebanjiran pendatang asing di Sabah. Sebagai manusia pendatang asing ini berhak untuk mencari makan di tanah air Sabah. Tetapi UMNO telah mengekploitasi mereka menjadi pengundi melalui pemberian Kad Pengenalan. UMNO telah menceroboh hak asasi manusia di Sabah.
Oleh kerana itu bagi pihak rakyat Sabah, khususnya di kawasan Kuamut Kinabatangan, kami memohon maaf terlebih dahulu kepada pemimpin tempatan dalam kerajaan sekarang sekiranya kami gagal memilih semula kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.
Kita berharap selepas pilihanraya akan datang ini, bangsa kita, walaupun dalam pelbagai fahaman politik, akan bersatu semula selepas menumbangkan UNMO dalam Barisan Nasional.
(NOTA : Pandangan penulis adalah pendapat peribadi beliau sebagai pemimpin agar umbi yang perlu diambil perhatian oleh pucuk pimpinan BN kerana api ketika kecil menjadi lawan, sudah besar sukar dipadam).

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

Dari Blog Pemimpin