BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Friday, September 2, 2011

Cerita Mat Sabu dan UMNO parti warisan penjajah

Tang mana UMNO ni berjuang menentang penjajah pun aku tak tau la. Siapa tokoh UMNO yang berjuang menentang penjajah? apa yang mereka buat sampai boleh dikatatan pejuang menentang penjajah?

-------------------------------------------------------
"Oleh kerana PAS tidak mempunyai media harian seperti mana UMNO mempunyai Utusan, Berita Harian, RTM dan TV3, maka isu-isu yang agak kontroversi mudah memerangkap PAS. Ini termasuklah isu terkini berkaitan hero kemerdekaan sebenar seperti yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang telah diputarbelit secara ganas oleh Utusan Malaysia dan konco-konconya. Ada juga pemimpin dan ahli PAS dan PR sendiri yang pening kepala dengan isu ini. Ada yang kecewa kerana isu ini umpama memberi peluru hidup kepada UMNO dalam keadaan PAS tidak mempunyai media harian yang mampu membuat penerangan dan pembelaan diri.

Penulis juga cemas dalam mengikuti isu ini. Kemudian rasa cemas itu beransur-ansur hilang apabila dapat pengesahan bahawa ucapan Mat Sabu telah ditokoktambah dan diputarbelit oleh akhbar laknatullah. Dari sehari ke sehari, penulis semakin jelas akan isu pokoknya. Malah rasa terkilan pula andaikata polemik ini putus sekerat jalan setelah UMNO mula menyedari senjata makan tuan.   

Hari ini, penulis berpendapat bahawa isu ini akan backfire kepada UMNO. Generasi  muda yang menekuni laman maya mula terbuka minda dan tertarik untuk mengetahui kisah sebenar  perjuangan kemerdekaan negara. Jadi, penulis mengesyorkan PAS,  tokoh sejarah dan sejarawan yang tulus mesti tampil berani untuk mendedahkan fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang disembunyikan oleh UMNO. Wacana ilmiah perlu diadakan agar akhirnya rakyat khususnya generasi muda sedar siapa sebenarnya pengkianat dan siapa hero yang berjuang untuk kemerdekaan negara.

Mungkin selama ini generasi muda tidak berminat dengan isu-isu sejarah. Minda mereka lebih bereaksi dengan sains, internet dan perkembangan dunia moden. Namun isu Bukit Kepong  cetusan berani Mat Sabu ini tak semena-mena menarik rasa ingin tahu mereka. Apa tidaknya; mereka selama ini dimomokkan oleh rekod sejarah ciptaan UMNO yang tersurat di dalam buku-buku teks, bahan-bahan arkib dan propaganda kemerdekaan ciptaan UMNO. Apabila mereka didedahkan isu Bukit Kepong, mereka mula terfikir tentang siapa yang memerintah Tanah Melayu pada 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Tanah Melayu merdeka.

Mereka juga mula terfikir mengapa UMNO yang mendakwa dirinya sebagai parti Melayu yang berjuang untuk kemerdekaan itu, namanya   berciriselari dengan penjajah Inggeris iaitu, United Malays National Organisation? Sedangkan gerakan-gerakan kemerdekaan waktu itu semuanya bernama Melayu. Contohnya, PKMM ( Parti Kebangsaan Melayu Malaya),  API ( Angkatan Pemuda Insaf), KMM  (Kesatuan Melayu Muda), AWAS (Angkatan Wanita Sedar), Hizbul Muslimin dan BATAS ( Barisan Tani Semalaya) .  Orang Melayu di kampung dan Felda tidak ambil peduli nama ini kerana telah terbiasa pada lidah Melayu. Mereka rasa sebutan UMNO itu dah macam Melayu. Namun bagi generasi muda, tidak begitu. Mereka kritis; mengapa dakwa berjuang untuk Melayu tetapi nama bau penjajah?

Banyak lagi hubungkait  parti Melayu bernama Inggeris ini dengan penjajah yang wajar diketahui oleh rakyat. Maka sekaranglah masanya, PAS perlu membuka  tembelang  UMNO kepada generasi baru yang lebih canggih inteleknya. Justeru itu, jangan takut untuk berdebat dengan UMNO atas isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat ini. Yang penting ialah setiap pemimpin hendaklah mengumpulkan fakta dan dokumen untuk menguatkan hujah bahawa parti Melayu bernama penjajah sebenarnya adalah talibarut Inggeris yang mengkhinati pejuangan para ulama dan pejuang silam seperti Tok Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong dan disambung oleh tokoh-tokoh pejuang tahun 1950-an yang digelapkan namanya oleh talibarut penjajah. Era internet dan intelek, UMNO tak mampu lagi menyembunyikan sejarah yang sebenar. Kebenaran akan tersingkap juga akhirnya lantas berlabuhlah tirai palsu UMNO untuk gilirannya pula menjadi bahan arkib Negara.
 

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

Dari Blog Pemimpin