BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label sumpah laknat. Show all posts
Showing posts with label sumpah laknat. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Desak Sumpah Balas: Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah

Desak Sumpah Balas: Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah
Oleh Al-Bakistani

Eskay telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut “sumpah balas” dari Anwar Ibrahim.

Sepatutnya, mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Ini kerana, tuduhan secara terang itu terpancul dari mulut Eskay dengan menyebut Nama Anwar Ibrahim.

Sumpah tidak semestinya menentukan benarnya dakwaan tersebut, tetapi dalam syariah, kebenaran itu melalui saksi seramai empat orang lelaki yang adil, yang tidak melakukan dosa kecil dan dosa besar. Disamping saksi tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri, bukan melalui video atau CCTV.

Bersumpahnya Eskay itu, tidak menyebabkan tergugurnya kewajipan bagi dirinya mendapatkan empat orang saksi. Malahan, dia menyebut nama Anwar Ibrahim disamping bersumpah itu merupakan bukti kukuh bagi mahkamah syariah menangkap Eskay untuk dihadapkan mahkamah atas kesalahan Qazaf.

Tindakan menyuruh Anwar Ibrahim membalas sumpah tersebut merupakan satu perkara yang salah. Ini kerana, ia mampu menghapuskan kandungan maqasid syariah yang terpenting juga, iaitu menjaga maruah. [Sebilangan besar ulama mengatakan penjagaan maruah ini termasuk dibawah penjagaan keturunan, tetapi Al-Qurafi dalam kitab al-Furuq menyatakan penjagaan maruah itu adalah satu kandungan maqasid yang keenam]

Ada pihak menyatakan dengan cara bersumpah balas dapat menjaga maruah Anwar Ibrahim seperti yang dikehendaki oleh kandungan Maqasid Syariah. Kenyataan ini jika dilihat dari lapisan yang nipis, akan dianggap sebagai benar. Tetapi jika dihayati secara mendalam, ia merupakan perkara yang salah dan boleh disifatkan sebagai mewujudkan perkara baru dalam agama, atau diistilahkan sebagai bidaah.

Ini kerana, dalam maqasid syariah, tidak boleh melakukan satu tindakan dengan tujuan untuk menghilangkan satu kemudharatan, boleh melahirkan kemudharatan yang lain. Dengan maksud, sekiranya Anwar Ibrahim tetap bersumpah juga, ia akan mendatangkan implikasi yang cukup buruk selepas dari itu. Iaitu, implikasi bahawa amat mudah berlaku kejadian tuduhan zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia dan banyak lagi.
Ada pula pihak mendakwa dibenarkan tindakan Anwar Ibrahim bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis kisah Ifk, iaitu Peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah. Ini kerana, ketika Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dituduh.
Bermaksud :
“Lalu Rasulullah SAW keluar sehingga sampai ke rumah Abu Bakar dan menemui Aisyah. Baginda berkata : Wahai Aisyah, jika kamu telah melakukan perkara ini katakan padaku supaya aku memohon keampunan kepada Allah bagi kamu. Lalu Aisyah menjawab : Demi Allah aku tidak akan sekali-kali memohon keampunan Allah kerananya, jika aku telah melakukannya, tiada keampunan Allah bagiku, aku tidak dapati diriku dan diri kamu semua kecuali seperti yang berlaku kepada bapa Yusuf (sambil membaca surah Yusuf ayat 86)”
Perlu diperlu diperhatikan pada hadis ini, bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah.
Jadi, dakwaan boleh bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis ini adalah salah dari sudut pengadaptasiannya. Malahan, ia merupakan tindakan yang tidak cermat dalam merungkai perkara syariah.

Sekian
Wallahu ‘Alam

Friday, April 29, 2011

Tau ka SK syarat2 sumpah mubahalah ni??

http://media1-cdn.malaysiakini.com/360/b13650b4cc6b45c7df9effa588ea6eaf.jpg

“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).


Syarat-Syarat Mubahalah

(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)
1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah.

2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.

3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.

4. Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.

5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.

Thursday, April 28, 2011

Undang-undang Islam sebenar WAJIB dilaksanakan

ADA LAGI KE ORANG-ORANG PAS, PKR YANG TAK SETUJU DENGAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN NEGARA ISLAM??. YANG TAK SETUJU HANYA UMNO SAHAJA KERANA KEBENARAN AKAN TERBONGKAR..!!!

BUAT KARPAL SINGH, UNDANG-UNDANG ISLAM TAK KAN MENYUSAHKAN KAU TAPI DAPAT MEMBELA UMAT ISLAM SEPERTI DATUK SERI ANWAR IBRAHIM!!,



Beginilah jadinya bila Islam ingin dilaksanakan tanpa ilmu yang cukup, hanya sekadar undang-undang ikut-ikutan, ikut kesesuaian, ikut persepsi masayarakat, ikut suka mak bapak dia orang. Keadilan Islam tidak mungkin dapat dilihat sehinggalah undang-undang Islam menurut Al-Quran dan sunnah tidak dilaksanakan. Mereka lebih mempercayai sumpah dari ayat Al-quran. mereka ni bersumpah dengan nama Allah tapi undang-undang yang Allah tetapkan tak nak ikut. Mereka bersumpah dengan nama Rasulullah tapi perintah dan larangan tidak diendahkan.

Mana peranan jabatan-jabatan agama, ulama', mufti dalam menerangkan mengenai ajaran Islam sebenar. buatlah forum, ceramah umum untuk menambah ilmu umat Islam, sudah la hari-hari di bodoh kan dengan TV dan akhbar. Nak tunggu umat Islam di Malaysia hancur akidah, dan terpesong pegangan atau nak tunggu Allah hancurkan umat Islam di Malaysia kerana Islam hanya pada nama tapi amalan tidak menurut Islam yang diturunkan oleh Allah. Islam dugubal mengikut kenendak hati dan kepentingan sendiri. Mahu jadi seperti kristian yang mengubah kandungan kitab suci yang diturunkan Allah semata-mata mengikut kehendak dan keperluan meraka.??

TV dan media lain lebih berminat bila dengar ada orang yang ingin bersumpah, tetapi kalau ceramah ilmu mengenai undang-undang Islam yang sebenar pasti akan di 'ban'. AKHIRNYA SUMPAH AKAN DITERIMA MENJADI UNDANG-UNDANG, DAN UNDANG UNDANG-UNDANG YANG DITURUNKAN ALLAH AKAN DIBUANG.

ADAKAH ANDA SEBAGAI UMMAT ISLAM YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM REDHA PERKARA INI BERLAKU??

UNDANG-UNDANG ISLAM WAJIB DILAKSANAKAN DAN DIANGKAT KETEMPAT YANG LEBIH TINGGI DARI YANG ADA SEKARANG.
SEBELUM PELAKSANAAN, PENERANGAN SELUAS-LUASNYA JUGA ADALAH WAJIB DIJALANKAN.

kalau ulama' makan gaji tak berani nak sebut mengenai hudud, qazaf, Ulama' sejati masih ada...

Astaghfurullah .. Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai Sumpah: baca penerangan Ustaz Shamsul (Imam Masjid Saidina Omar Damansara) dan Dr Badrul Amin disini

---------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGGILA VIDEO SEKS NAK BERSUMPAH!!

Eskay sedia sumpah laknat bersama Anwar

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As di Sentuk selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

Eskay bagaimanapun tidak memberitahu mengapa dua lagi anggota trio 'Datuk' iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim enggan bersama beliau untuk mengambil lafaz itu.

Namun, katanya beliau berbuat demikian kerana “agama, bangsa dan negara.”

Semalam sebahagian lagi rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lalu, satu klip video juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.

Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis.

Beliau juga menafikan individu yang beraksi itu adalah dirinya.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin