BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label QAZAF. Show all posts
Showing posts with label QAZAF. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Desak Sumpah Balas: Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah

Desak Sumpah Balas: Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah
Oleh Al-Bakistani

Eskay telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut “sumpah balas” dari Anwar Ibrahim.

Sepatutnya, mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Ini kerana, tuduhan secara terang itu terpancul dari mulut Eskay dengan menyebut Nama Anwar Ibrahim.

Sumpah tidak semestinya menentukan benarnya dakwaan tersebut, tetapi dalam syariah, kebenaran itu melalui saksi seramai empat orang lelaki yang adil, yang tidak melakukan dosa kecil dan dosa besar. Disamping saksi tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri, bukan melalui video atau CCTV.

Bersumpahnya Eskay itu, tidak menyebabkan tergugurnya kewajipan bagi dirinya mendapatkan empat orang saksi. Malahan, dia menyebut nama Anwar Ibrahim disamping bersumpah itu merupakan bukti kukuh bagi mahkamah syariah menangkap Eskay untuk dihadapkan mahkamah atas kesalahan Qazaf.

Tindakan menyuruh Anwar Ibrahim membalas sumpah tersebut merupakan satu perkara yang salah. Ini kerana, ia mampu menghapuskan kandungan maqasid syariah yang terpenting juga, iaitu menjaga maruah. [Sebilangan besar ulama mengatakan penjagaan maruah ini termasuk dibawah penjagaan keturunan, tetapi Al-Qurafi dalam kitab al-Furuq menyatakan penjagaan maruah itu adalah satu kandungan maqasid yang keenam]

Ada pihak menyatakan dengan cara bersumpah balas dapat menjaga maruah Anwar Ibrahim seperti yang dikehendaki oleh kandungan Maqasid Syariah. Kenyataan ini jika dilihat dari lapisan yang nipis, akan dianggap sebagai benar. Tetapi jika dihayati secara mendalam, ia merupakan perkara yang salah dan boleh disifatkan sebagai mewujudkan perkara baru dalam agama, atau diistilahkan sebagai bidaah.

Ini kerana, dalam maqasid syariah, tidak boleh melakukan satu tindakan dengan tujuan untuk menghilangkan satu kemudharatan, boleh melahirkan kemudharatan yang lain. Dengan maksud, sekiranya Anwar Ibrahim tetap bersumpah juga, ia akan mendatangkan implikasi yang cukup buruk selepas dari itu. Iaitu, implikasi bahawa amat mudah berlaku kejadian tuduhan zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia dan banyak lagi.
Ada pula pihak mendakwa dibenarkan tindakan Anwar Ibrahim bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis kisah Ifk, iaitu Peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah. Ini kerana, ketika Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dituduh.
Bermaksud :
“Lalu Rasulullah SAW keluar sehingga sampai ke rumah Abu Bakar dan menemui Aisyah. Baginda berkata : Wahai Aisyah, jika kamu telah melakukan perkara ini katakan padaku supaya aku memohon keampunan kepada Allah bagi kamu. Lalu Aisyah menjawab : Demi Allah aku tidak akan sekali-kali memohon keampunan Allah kerananya, jika aku telah melakukannya, tiada keampunan Allah bagiku, aku tidak dapati diriku dan diri kamu semua kecuali seperti yang berlaku kepada bapa Yusuf (sambil membaca surah Yusuf ayat 86)”
Perlu diperlu diperhatikan pada hadis ini, bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah.
Jadi, dakwaan boleh bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis ini adalah salah dari sudut pengadaptasiannya. Malahan, ia merupakan tindakan yang tidak cermat dalam merungkai perkara syariah.

Sekian
Wallahu ‘Alam

Saturday, April 30, 2011

WOI pemimpin PAS masih tidur kah???

RAMAI PEMIMPIN PAS YANG TAK YAKIN, DAN "MAIN SELAMAT" BILA DITANYA PASAL KES VIDEO SEKS DATUK SERI ANWAR IBRAHIM. APA NI, DAH JADI BANGANG KE. UMPAMA SEORANG MANUSIA, KALAU KAKI KENA SERANG TAKKAN TANGAN CUMA NAK SELAMATKAN DIRI JE?? TANGAN LA YANG AMBIL PERANAN MENEPIS SEBAB KAKI TU DAH DALAM KESAKITAN!! PAHAM TAK?? NAK TUNGGU DAP YANG TERANGKAN PASAL QAZAF KE??

Sokongan orang cina untuk DAP dah tak payah pertikai lagi, sekarang ni masalahnya orang-orang melayu yang masih ramai dibodohkan oleh UMporNO. kalau tengok berita pun TV3 tak tinjuk pun sidang media pasal gambar-gambar perbezaan rambut Anwar, tapi NTV7 berita cina ada tunjuk, sebab tu la cina tak dibodohkan lagi.

Sekarang ni apa PAS boleh buat, takkan nak tunggu dan lihat saja??? kalau kaki dah kudung sebelah takkan nak kata baru nak kata itu takdir Allah. sedangkan sebelum kudung kaki tak bagi ubat. Sampai sekarang ni takda usaha langsung dari pihak PAS untuk melawan dengan cara selamat. Setakat ni Abg Mat dan Dr. Zul yang clear bagi penjelasan. itupun atas kapasiti peribadi.

Bukan la aku nak kata PAS kena cakap Anwar bersalah atau tidak. apa yang perlu kena bagi tau apa yang betul untuk dibuat, apa yang tak betul untuk dibuat, apa yang patut, apa yang tak patut. apa yang ada dalam Islam, apa yang tak ada dalam Islam,

Bukan kah PAS yang dari dulu berjuang nak menegakkan Negara Islam, Undang-undang Islam, Hudud, dan segala macam tentang Islam. Sekarang dah tak dengar pun sedangkan undang-undang Islam yang ada sekarang kat Malaysia ni pun dipermainkan, tak diguna pakai. PAS tak pertahankan pun. Tak da pun roadshow ke ceramah perdana ke demo ke pasal qazaf, atau undang-undang syariah tak ada pun nak bagi penerangan tak orang Melayu Islam pasal Islam yang sebenar, sedangkan setiap hari mereka dihidangkan berita munafik, fitnah, sumpah sampah dan macam-macam khurafat yang lain.

Bagi aku masa ni lah yang terbaik untuk PAS membalas serangan dan mendapatkan kepercayaan orang Melayu Islam. Sebab ramai yang dalam kekeliruan dan mencari apa perkara yang benar dan tahyul dalam Islam. Pemimpin PAS kena yakinkan rakyat yang mereka benar-benar arif pasal undang-undang Islam yang menjamin kesejahteraan dan menolak penindasan baru boleh cakap nak tegakkan Negara Islam, hudud dan sebagainya.

Kalau Ulama' dan mufti makan gaji dah jadi bisu, belajar agama untuk cari kerja menyara keluarga saja. peranan pemimpin PAS lah yang di tagih untuk menyelamatkan raykat dan Malaysia.

Biasanya tak kira la mufti ka ketua polis ka sapa2 saja lah, masa ada jawatan jadi bisu, jadi pak turut, dah tak ada jawatan nanti baru berani nak memekak, nak dedahkan semua benda, masa tu orang dah tak pandang dah woii... orang perlukan jawatan untuk bersura, bukan bersuara bila dah tak ada jawatan.

Jawapan saya ditanya tentang Sumpah Laknat Eskay?

by Dr. Dzul
1.   Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?

Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyatMalaysiaterbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa sipelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim.

Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. ‘Sumpah laknat’ mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar.

2.   Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam

Perkara ini yang kita tunggu-tunggu dari para Ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya ummat Islam.

Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun “sumpah laknat” adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li’an atau prosedur Mula’anah-Surah An-Nur 6-10).

Ringkasnya, kenapa Eskay ini pulak yang nak bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya Ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya.

Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults).

3.   Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr?

Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri.

Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata-kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, samada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan ‘character assasination’ dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan ummat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media seeprti TV3, akhbar-akhbar dsbnya. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh ummat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – ‘destructive zero-sum game’ yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini!!

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin