BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Dakwat Kekal PRU12: Kenapa di batalkan?

Rashid, Husam dedah misteri dakwat kekal PRU12


 
KOTA BHARU, Jan 13: Misteri pembatalan penggunaan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum ke 12 telah terburai semalam di Wacana Perdana 9 bertajuk, “Pilihanraya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi?” yang diadakan di sini malam tadi.
(Gambar: Wacana Perdana di KTC malam tadi)

Forum yang berlangsung hampir tiga jam itu dipengerusikan oleh pensyarah UKM, Datuk Dr Mohd Agus Yusuf dengan tiga panelis – Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS, Tan Sri Abdul Rashid, mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam hujahnya, Rashid berkata beliau dan SPR telah berusaha untuk memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, sebelum ia dibatalkan oleh pihak-pihak tertentu menjelang PRU-12.

“Usahlah cakap pasal dakwat kekal, saya dulu pun dah nak buat kalau orang tak sekat… (tepukan gemuruh), undang-undang dah buat, tapi ada orang yang tidak bersetuju dia sekat.

“Jadi ini nak buat pula, baguslah, buat lah, memang itu patut dibuat… SPR tak tipu, kalau ada penipuan, itu orang lain tipu. Jangan salahkan SPR. Orang lain saya tak tahu. SPR ikut undang-undang 100 percent, jangan salahkan SPR. Kalau undang-undang itu bodoh macam lembu, bodoh macam lembulah,” kata Rashid dalam forum itu.

Pada masa ini, Husam mencelah, “Tan Sri, kalau parti-parti lain itu menipu, SPR duduk sana buat apa?”

Rashid pula membalas, “SPR tak ada kuasa.” Balasan Rashid itu membuatkan hadirin yang penuh sesak dalam dewan itu tidak kering gusi dengan gelak ketawa.

Menjawab Rashid, Nazri mengaku bahawa beliaulah antara orang yang mempertikaikan penggunaan dakwat kekal kerana berdasarkan perlembagaan negara, perkara yang melayakkan seseorang itu mengundi hanya dua – berumur 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi.

“Jadi, kalau ada seorang yang tak mahu dakwat kekal dicalit di jari dan mahu kertas undi, apa yang berlaku? Syaratnya cuma dua, berumur 21 tahun dan berdaftar. Disebabkan itu, dan waktu PRU dah dekat, SPR ambil pendekatan untuk batal penggunaan dakwat kekal,” terang Nazri mengenai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan.

Mengenai persoalan mengapa dakwat kekal digunakan sekarang pula, Nazri berhujah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan baru sahaja memberikan lampu hijau untuk penggunaan dakwat kekal dan peguam negara bersetuju untuk tukar perlembagaan untuk membolehkannya.

“Sekarang Majlis Fatwa baru umum benarkan, maksudnya dulu tak pernah umum lah, kalau tak mengapa nak umum dua kali,” sindir Nazri.

Menjawab dakwaan Nazri mengenai halangan perlembagaan, Rashid secara sinis menjawab, “Saya tak setuju bantahan Peguam Negara pada 2007. Dalam perlembagaan pun tak kata mesti tunjuk kad pengenalan (IC) sebelum mengundi. Tapi kita suruh tunjuk IC, kalau tak dia tak boleh mengundi. Itupun dipatuhi. Kalau nak mengundi kena patuhi peraturan dan cara-cara mengundi.”

Dalam kontroversi Majlis Fatwa Kebangsaan, Husam mengingatkan Nazri bahawa fatwa sudahpun dikeluarkan pada 2007, dan semua ini boleh disemak melalui web e-fatwa di Internet.

“Tan Sri Rashid baru berbisik kepada saya, SPR ada menerima surat daripada Majlis Fatwa mengenai hal itu pada tahun 2007. Macam mana seorang menteri tak tahu mengenai hal ini? Wallahuaklam,” kata Husam.

Kemudian, exco kerajaan Kelantan turut mengingatkan Rashid mengenai alasan yang diberikannya kepada rakyat ketika pembatalan dakwat kekal bahawa terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.

“Pada 5 Mac 2008, Tan Sri keluar di kaca TV memberikan 2 sebab mengapa dakwat kekal tak jadi guna. Dia memberi sebab keselamatan kerana ada orang ditangkap membawa dakwat ini termasuk di Kelantan.

"Ketua Polis Tan Sri Musa Hasan pula mengesahkan adanya dakwaan tersebut. Dan kemudian ditanya ahli parlimen Pakatan Rakyat selepas Mac 2008, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan tiada tangkapan tersebut dan tiada dakwaan dibuat. Bermakna, Tan Sri Rasyid telah dipaksa berbohong,” selar Husam.

Husam turut berkata keputusan menggunakan dakwat kekal kini adalah hasil perjuangan Bersih 2.0.

“Yang berikan hujah yang kata dakwat kekal boleh digunakan untuk PRU akan datang ini ialah Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang dulunya memberikan nasihat yang sama tak boleh pakai. Peguam Negara yang sama yang dulu kata tak boleh pakai, tetapi kini boleh pakai, bermakna ada sesuatu yang lompang kepada sistem piliharaya ini.

"Yang lebih penting ialah, bila Tan Sri Ghani Patail kata boleh pakai sekarang, ini adalah hasil daripada Bersih. Kalau tak ada Bersih, tak adalah dakwat kekal kini,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Rashid berkata undang-undang pilihanraya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya.

“SPR kena share kuasa, jadi demokrasi negara tak lengkap. Orang lain berkuasa, polis berkuasa, kementerian penerangan berkuasa... bukan Umno berkuasa (gelak hadirin), tapi mereka tak bebas,” kata beliau.

Keterangan Rashid dipersetujui Husam.

“Setuju kuasa SPR tak mencukupi, jadi pemulihan PSC (Jawatankuasa Terpilih Parlimen) tidak kena pada core (tunjang) nya (memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk laksana undang-undang pilihanraya).”

Thursday, September 22, 2011

SPR a.k.a BN cuba nak main tipu, Tapi kantoi dan terpaksa gugur nama hantu

Terima bantahan PAS, SPR gugur 52 nama

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju untuk menggugurkan 52 nama yang meragukan daripada daftar pemilih di kawasan berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ia adalah daripada sejumlah 58 nama yang disenaraikan dalam bantahan PAS Shah Alam kepada SPR.

Keputusan itu dibuat selepas SPR mengadakan pendengaran terhadap bantahan tersebut Isnin lalu.

Manakala enam nama lagi dikekalkan dalam daftar pemilih selepas SPR berpuashati dengan penjelasan mereka.

Bercakap dalam sidang media di perjabat PAS Selangor hari ini, Khalid berkata dua daripada mereka yang digugurkan daripada daftar pemilih adalah dua orang yang dipercayai warga Indonesia, yang hadir dalam pendengaran tersebut.

Khalid berkata dua warga asing tersebut dikenali sebagai Erman Syamsuddin dan Edi Rabaini, masing-masing mengundi di Kampung Jawa dan Kampung Kuantan - dalam kawasan parlimen Shah Alam.

"Mereka datang bila kita buat bantahan di SPR. Mereka dipanggil untuk hadir. (Kita) Buat bantahan, orang yang kena bantah itu kena datang.

"Kalau tak datang, dianggap diterus gugur, bukan orang bermastautin. Mereka datang, (dan) mereka (kata) baru dapat kad pengenalan ini.

"Dia pun tak daftar sebagai pengundi... Dia kata, tak tandatangani apa-apa borang. Dia cakap loghat Indonesia masih pekat lagi," kata Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, mereka menerima alasan keenam-enam warga asing itu kerana kesemuanya memang mendaftar sebagai pengundi dan menetap di Shah Alam.

Khalid berkata, pihaknya perlu membayar RM10 bagi setiap bantahan dan perlu membayar RM150 bagi setiap seorang yang hadir sebagai "gantirugi dia bercuti dan datang ke SPR".

Pihaknya juga telah menjelaskan bayaran tersebut, tambahnya.

Dalam sidang media itu juga, setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata pendengaran bantahan mereka didengar di Kuala Selangor hari ini, manakala pendengaran di Subang berlangsung kelmarin.

"Daripada tuntutan kita itu, 90 peratus kita menang. Bermakna 90 peratus itu mereka hadir dan Mereka tidak didaftarkan oleh sesiapa," dakwanya.

Sehubungan itu, katanya, jika ini berleluasa, mereka akan membuat laporan polis sebagai kes penipuan dan akan memantau sesiapa yang masuk Selangor.

Tempoh bantahan daftar pemilih bermula Isnin lalu dan berakhir minggu hadapan. Semua bantahan dibuat Ogos lalu.

Wednesday, July 27, 2011

17,000 orang boleh mengundi 2 kali?? Fuhh.. BERSIH sungguh

PAS AKAN BONGKAR PENYELEWENGAN SPR


26 Sya'ban 1432 H | 27 Julai 2011
BUKIT KATIL, 27 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS Pusat akan membongkar kecelaruan SPR khususnya berkaitan daftar pemilih secara besar-besaran dalam masa dua minggu ini.

"Mesyuarat khas PAS Pusat yang berlangsung semalam memutuskan untuk membongkar penyelewengan dan kecelaruan daftar pemilih dengan menugaskan beberapa orang pakar IT untuk menjalankan tugas tersebut.


"PAS telah mengesan kecelaruan dan penyelewengan daftar pemilih dari dahulu lagi tetapi SPR tidak pernah mengakuinya, akhir-akhir ini barulah SPR mula mengaku," katanya.


Beliau berkata sehingga kini sekurang-kurangnya 17,000 nama pemilih dikenal pasti berada dalam daftar pemilih di dua tempat mengundi berasingan di seluruh negara.

"Bayangkan tuan-tuan 17,000 pengundi ini ianya jumlah yang besar dan kita sedang mengenalpastikan nama-nama pemilih yang lain sekarang ini.


"Semua ini adalah kelemahan dan penyelewengan yang mesti dipertanggungjawabkan kepada SPR sebagai badan yang bertanggungjawab kepada pengurusan dan pengedalian pilihanraya di negara kita," katanya pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di pejabat PAS kawasan di sini malam tadi.

Beliau juga, berkata PAS kemungkinan besar akan mengadakan seminar antarabangsa bagi membongkar segala penipuan dalam daftar pemilih ini setelah semua data-data berkenaan diperolehi dalam masa terdekat.
"Kita mempunyai ramai pakar-pakar IT dan kita mempunyai sistem yang canggih dan berkesan untuk mengenalpasti penipuan dan penyelewengan dalam daftar pemilih.
"SPR tidak boleh berdolak dalik lagi dalam hal ini, jika bukan mereka siapa yang lagi yang melakukan kemungkaran dan penipuan dalam daftar pemilih ini," tegasnya.
Menurutnya, PAS juga konsisten mendesak penggunaan dakwat kekal dan menolak sistem biometrik kerana ianya terbuka kepada penipuan.

"Jadi kalau seseorang itu mempunyai 2 kad pengenalan dan ada nama dalam daftar pemilih di saluran yang berlainan di Dun sama atau berlainan, maka dia boleh mengundi," jelasnya. - harakahdaily

Sunday, July 17, 2011

PM kita nak bodohkan rakyat lagi

Najib kata macam ni.
 
"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan."

Bodoh ke ape mamat ni??!!
kalau kami tak nak pilihanraya tak payah kami buat BERSIH. tubuhkan skuad pengebom berani mati je.

kalau kami tak mahu pilihanraya. tak payah la kami senaraikan tuntutan untuk adakan pilihanaya yang bersih dan adil. kami cuma perlu senaraikan senjata yang kami nak guna je.

Kami MAHU pilihanraya tapi mestilah BERSIH dan ADIL.
ulang suara..
Kami MAHU pilihanraya yang BERSIH dan ADIL

Najib kata termasuk lah ketua UMporNO cawangan SPR kata pilihanraya bersih.
habis tu kalau satu rumah ada 88 orang ape cerrr...
kalau satu rumah ada 60 orang ape cerr...
Kalau tiba2 Azmin Ali ada adik-beradik baru dari kaum lain.. ape cerr..

Isu yang dah lama di ajukan, pengundi pengundi tua ramai sangat atau pengundi dah mati tak dikeluarkan nama.
Pengundi tua bangka umur lebih 100 tahun ada lebih 1000 orang kat perak bila nak bersihkan.
Jawapan ketua pondan UMporNO cawangan SPR kata waris tak maklumkan SPR tak leh buat apa.. bodoh, baik kau kata orang tu tak datang untuk padam nama dia lepas dia mati.
Takkan tak ada siapa boleh pikir apa nak buat dalam SPR tu. dah tu tak kan hari2 pegi ofis je tak buat apa cukup bulan dapat gaji, lepas tu boleh kata SPR bersih. JPN ada list orang dah mati la..
kalau ini tak boleh settle siapa nak percaya SPR bersih.

Najib kata (termasuklah ketua penerangan UMporNO cawangan SPR kata) mahu perbaiki sistem guna biometrik.
-kalau satu nama ada dua kad pengenalan, macam mana?? kalau dua2 i/c valid macam mana?? boleh mengundi dua kali kan.
- kalau bagi i/c sama itu bangla (bangla tu ahli UMporNO sebab UMporNO dah buka keahlian kepada warga asing, Melayu dah tak layan UMporNO, tak percaya cari gambar masa demo PERTICOT)
ulang lagi sekali.. kalau bangla di bagi i/c macam mana?? boleh mengundi kan?

Aku tak rasa Najib bodoh dia cuma buat-buat bodoh sebab orang bodoh buat slah tak pe..
Najib nak bodohkan pengikut dia yang dah memang sedia bingai..

Tuntutan BERSIH antaranya yang mudah difaham walaupun oleh orang bodoh.
1. Guna dakwat kekal - dulu nak guna tak jadi sebab kata ada orang bawa masuk. so sekarang mesti boleh guna,
- kalau guna dakwat kekal sekurang-kurangnya yang ada dua i/c tak boleh mengundi dua kali, tapi mat bangla dengan budak bawah umur still boleh mengundi juga kalau di bagi i/c orang lain.
Kalau guna biometrik ada 10 i/c pun boleh mengundi 10 kali.

2. Aksess media. selagi tak bagi semua pihak bertanding dapat liputan yang sama rata dalam media, jangan sibuk nak kata pilihanraya bersih dan adil.

Tak boleh faham lagi ka??
Gambar-Ahli UmporNo setelah keahlian dibuka kepada warga bumiputra keturunan bangla

Kami MAHU pilihanraya yang BERSIH dan ADIL

Aku ambik berita dari malaysiakini dipetik dari bernama seperti di bawah

PM: Demo bukan jawapan
Jul 16, 11 9:31pm
 
Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

"Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di London, pada Jumaat malam.

Majlis itu menjadi penutup tirai lawatan rasmi beliau selama empat hari ke United Kingdom atas undangan Perdana Menteri Britain David Cameron.

Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi). Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita.

"Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.

"Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga," katanya.

Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.

"Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi -- kami akan perkenalkan sistem biometrik, contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu," kata beliau.

--Bernama

Wednesday, April 20, 2011

Pengerusi SPR memang pencacai BN

Aku ingat lagi masa PRN Sarawak sebelum memgumumkan BN memang majoriti mudah, dengan bangga dia kata "saya yakin BN akan dapat majoriti mudah tak lama lagi" perrghh... dah macam menteri UMNO bercakap. bangang betul. macam tu punya cakap pun masih nak mengaku tak berpihak lagi.. aduh yaii...

Wan Ahmad hanya celik kempen pembangkang


KUALA LUMPUR, 20 April: PAS kesal terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa kempen pembangkang agresif ketika pilihan raya negeri Sarawak, baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, kenyataan Wan Ahmad menunjukkan, mata beliau celik hanya melihat kempen pembangkang, tetapi matanya buta ketika melihat kempen BN.

Katanya, Wan Ahmad istiqamah menjadi pegawai yang tidak menunjukkan sikap profesional dalam mengendalikan pilihan raya.

“Apakah beliau tidak melihat bagaimana pihak BN menggunakan segala kemudahan kerajaan terutama media untuk menyerang bertubi-tubi terhadap PR daripada penamaan calon sampai pada hari pembuangan undi,” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Beliau turut mempersoalkan adakah Wan Ahmad buta maklumat bagaimana media yang dikuasai oleh BN melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan memutar belitkan dan melaga-lagakan kenyataan dalam media perdana.

“Kenapa beliau membisu seribu bahasa terhadap perkara ini?” tanya beliau lagi.

Menurutnya, PAS tidak pernah mendengar kenyataan yang keluar daripada beliau menegur pihak BN yang banyak melanggar tatasusila pilihan raya.

Tambahnya, Wan Ahmad hanya bersuara ketika parti anutannya dibelasah oleh PR.

“Orang seperti Wan Ahmad inilah yang paling takut menghadapi pilihan raya kerana bimbang talian hayat beliau akan tamat jika BN kecundang,” ujarnya.

Wednesday, April 6, 2011

SAH SPR PENCACAI, PENIPU, BARUA BN, MAKAN DUIT HARAM

Jam 1.35 tengah hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencatat sejarah baru!

Calon Barisan Najis dari PBB menggelabah mencari penyata kewangan pilihanraya tahun 2006.

Dan setelah dihantar, walaupun dibantah oleh pemimpin PAS yang berada di sana, antaranya Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin, akhirnya Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN tersebut menerima kertas pencalonan adik Taib Mahmud!!

Kekecohan berlaku apabila Mohamad Ali Mahmud gagal menyerahkan penyata kewangan piliharaya DUN Sarawak pada 2006 setelah proses bantahan tamat jam 11 pagi tadi.

Pemimpin PAS membantah keputusan Pengurus Pilihanraya yang masih menunggu Ali menghantar penyata kewangannya walaupun jam sudah melewati 1230 tengah hari!

Dan akhirnya malaon pencaci Umno-APCO ini masih menerima juga kertas pencalonan setelah Ali menyerahkannya hanya pada jam 1.20 tengah hari!

SAH, SPR MEMANG BARUA UMNO-APCO!!

SPR?? apa cerita?? dah abis masa dah ni.. umum saja la

SPR Menyokong BN di DUN Muara Tuang (N15)

Maklumat terbaru Tulang Besi dapat terus dari N15 Muara Tuang, pegawai SPR masih tidak mahu mengisytiharkan kemenangan kepada calon PAS di situ.

Calon BN, Ali Taib Mahmud tidak menyertakan laporan kewangan sewaktu menyerahkan Borang Pencalonan beliau. Mengikut undang-undang SPR sendiri, Borang pencalonan Ali Taib Mahmud itu secara otomatik dikira tidak sah.

Namun, pegawai SPR masih lagi teragak-agak untuk mengisytiharkan kemenangan kepada calon PAS. Sudah pukul 0115 petang, namun SPR masih lagi belum membuat pengisytiharan.

Ini satu perkara yang memalukan kerana jelas menunjukkan SPR adalah parti komponen Barisan Nasional

Tulang Besi

Thursday, March 24, 2011

Mereka berjaya dengan video seks

Nampaknya setakat ini taukeh video lucah telah berjaya. Berjaya mengalih tumpuan semua kepada isu Video dan bukan lagi Pilihanraya DUN Sarawak,
Walau apa pun, aku ada juga persoalan yang perlu cari jawapannya,
Mana dia orang tau perempuan dalam video tu cina? cina malaysia ke import? ada suara ke video tu? cakap melayu ke? atau dia kata "aiya!! aiya!!" atau mata dia sepet? mana dia tau cina tu pelacur pulak ada interview kah? kenal ke perempuan tu? kawan2 dia orang ke? ish... pening lagi...!!!

Apa-apa pun jangan lupa tarikh sudah diumumkan.

PENAMAAN CALON 6 APRIL, MENGUNDI 16 APRIL 2011

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April.

Ini bermakna tempoh berkempen adalah selama 10 hari.

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin