BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Thursday, September 22, 2011

SPR a.k.a BN cuba nak main tipu, Tapi kantoi dan terpaksa gugur nama hantu

Terima bantahan PAS, SPR gugur 52 nama

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju untuk menggugurkan 52 nama yang meragukan daripada daftar pemilih di kawasan berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ia adalah daripada sejumlah 58 nama yang disenaraikan dalam bantahan PAS Shah Alam kepada SPR.

Keputusan itu dibuat selepas SPR mengadakan pendengaran terhadap bantahan tersebut Isnin lalu.

Manakala enam nama lagi dikekalkan dalam daftar pemilih selepas SPR berpuashati dengan penjelasan mereka.

Bercakap dalam sidang media di perjabat PAS Selangor hari ini, Khalid berkata dua daripada mereka yang digugurkan daripada daftar pemilih adalah dua orang yang dipercayai warga Indonesia, yang hadir dalam pendengaran tersebut.

Khalid berkata dua warga asing tersebut dikenali sebagai Erman Syamsuddin dan Edi Rabaini, masing-masing mengundi di Kampung Jawa dan Kampung Kuantan - dalam kawasan parlimen Shah Alam.

"Mereka datang bila kita buat bantahan di SPR. Mereka dipanggil untuk hadir. (Kita) Buat bantahan, orang yang kena bantah itu kena datang.

"Kalau tak datang, dianggap diterus gugur, bukan orang bermastautin. Mereka datang, (dan) mereka (kata) baru dapat kad pengenalan ini.

"Dia pun tak daftar sebagai pengundi... Dia kata, tak tandatangani apa-apa borang. Dia cakap loghat Indonesia masih pekat lagi," kata Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, mereka menerima alasan keenam-enam warga asing itu kerana kesemuanya memang mendaftar sebagai pengundi dan menetap di Shah Alam.

Khalid berkata, pihaknya perlu membayar RM10 bagi setiap bantahan dan perlu membayar RM150 bagi setiap seorang yang hadir sebagai "gantirugi dia bercuti dan datang ke SPR".

Pihaknya juga telah menjelaskan bayaran tersebut, tambahnya.

Dalam sidang media itu juga, setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata pendengaran bantahan mereka didengar di Kuala Selangor hari ini, manakala pendengaran di Subang berlangsung kelmarin.

"Daripada tuntutan kita itu, 90 peratus kita menang. Bermakna 90 peratus itu mereka hadir dan Mereka tidak didaftarkan oleh sesiapa," dakwanya.

Sehubungan itu, katanya, jika ini berleluasa, mereka akan membuat laporan polis sebagai kes penipuan dan akan memantau sesiapa yang masuk Selangor.

Tempoh bantahan daftar pemilih bermula Isnin lalu dan berakhir minggu hadapan. Semua bantahan dibuat Ogos lalu.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin