BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

JPN tak cukup kakitangan ke? atau memang perangai orang kerajaan macam ni?

Aku bukan la anti sangat dengan pegawai2 atau staff2 yang dapat kerja dengan kerajaan ni. tapi setiap kali aku pandang dorang. aku dengar je orang tu keje kerajaan, memang aku meluat betul. tak tau la kenapa. mungkin jelous sebab aku tak ada kelayakan yang setaraf dengan dorang. kelulusan aku tak sertanding dorang, sebab tu tak leh keje dengan kerajaan. itu kalau ikut sangka baik aku la.

Tapi kalau ikut sangka tak baik aku memang invironment keje kerajaan ni "lembab" "malas" "suka enjoy" "lambat" "perabis duit", "suka tukar kereta". Kemudahan bertimbun2 pun masih kata itu tak cukup, ini tak cukup,

Balik kat citer JPN ni. ari tu SPR kata JPN tak update. kenapa? tak ada orang nak update ke?, tak cukup staff? staff malas buat keje? nak kena ketuk baru nak gerak?. banyak cuti? bisnes kat ofis sampai keje tak siap?. kalau staff JPN tak reti nak buat keje. nak semak balik senarai semua. tak reti nak update. berenti je la wei.. ramai lagi orang nak buat keje.. baik ambik orang2 PAS tu ha. dah tentu dapat detact mana yang tak update lagi. kalau PAS tak hilite tak tau la bila lagi nak buat keje. Dah la nak dapat keje dengan JPN bukan main payah. (kalau ikut saluran yang betul). boleh blahhh laaa... sekarang ni dah kantoi nak menipu pulak.


Status nama 'jarang didengar' berubah
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS hari ini membongkar lagi keraguan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terbaru, Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Mohd Adram Musa terdapat perubahan status terhadap nama 'jarang didengar' yang ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didedahkan mereka sebelum ini.

Individu tersebut adalah Jumaayah Binti Alus yang kini namanya sudah ada dalam rekod JPN.
Pada 22 Ogos lalu, pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Suhaizan Kaiat mendedahkan lima nama unik yang jarang didengar dan mempunyai dua nombor kad pengenalan berbeza.

Nama-nama tersebut seperti berikut:

1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.

2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12

4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja.

5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.

Selain itu, ada di antara mereka termasuk nama Jumaayah Binti Alus hanya ada dalam senarai SPR dan tiada dalam rekod JPN.

Bagaimanapun statusnya hari ini telah bertukar dan kini MyKadnya wujud dalam rekod JPN apabila disemak menggunakan salah satu nombor kad pengenalannya iaitu 511122105834.

"SPR dan Jabatan  Pendaftaran  Negara (JPN) didesak  membersihkan  Daftar  pemilih  terlebih  dahulu  sebelum menunding  jari  kepada  pihak  lain.

"Apa  yang  jelas SPR  hanya cuba melepaskan  diri  dengan  menyalahkan  JPN ,dari siri pendedahan yang telah  dibuat  oleh Dewan  Pemuda Pas  Malaysia," ujar Adram.
Selain itu, beliau juga turut mendedahkan enam lagi nombor kad pengenalan yang didakwa ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod JPN.

Nombor kad pengenalan tersebut adalah seperti berikut:
1. 790924145621
2. 750612105026
3. 620826086291
4. 850709146543
5. 850706145967
6. 651105105087

Sehubungan itu, beliau mendesak SPR membersihkan senarai daftar mereka terdahulu sebelum menyalahkan pihak lain yang mendedahkan perkara tersebut.

"Saya  tidak  tahu  berapa lama  data ini  boleh  bertahan sebelum  ditukar  statusnya. Tidak salah  jika  rakyat  membuat  pelbagai  tafsiran  dengan  keadaan seperti ini," katanya.

Sunday, July 17, 2011

AL-Fatihah buat Dr. Lo' Lo'

AL-FATIHAH



2 Ogos 1957 - 17 Julai 2011 

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI
(AHLI PARLIMEN TITIWANGSA)



TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM

Sunday, May 8, 2011

Anak Muda - Jom Ubah

Aku cuma harap program macam ni akan libatkan semua golongan anak muda, pelajar IPTA/IPTS, Pekerja Swasta/Kerajaan anak-anak muda yang bekerja sendiri tak kisahlah yang jual burger ke, jual baju bundle ke, peniaga pasar malam. Anak-anak muda yang suka shopping. anak-anak muda yang tak pernah kisah pasal politik, anak-anak muda yang cuma tau artis je dalam hidup dorang. anak-anak muda yang kehidupannya bz mencari duit untuk menyara hidup yang makin tersepit.

Aku harap progan macam ni bukan saya libatkan pemuda-pemuda PAS, orang-orang terdekat parti politik, anak-anak muda yang biasa dengan politik sahaja. kalau program macam ni cuma untuk anak-anak muda dalam parti politik. semua nya akan jadi syok sendiri.
------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Anak Muda Malaysia merupakan nadi kebangkitan rakyat hari ini ke arah perubahan politik negara yang lebih adil, bebas dan sejahtera.

Bagi menyemarakkan lagi kebangkitan itu, demi masa depan rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan siri Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan (Jom Ubah) ke seluruh negara.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata program Jom Ubah bakal dilancarkan di dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan  pada 1 hingga 2 Jun depan di Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Beliau yang juga pengarah program berkata, Jom Ubah akan dilancarkan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Program, katanya itu akan memulakan siri jelajahnya yang pertama pada 23 hingga 26 Jun 2011 melibatkan Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Siri jelajah Jom Ubah ini, DPPP akan menyampaikan dan mengedarkan tawaran Pemuda PAS kepada anak muda sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang selain mengadakan program-program khas untuk santapan anak muda,” ujarnya.

Anak-anak muda juga, ujarnya akan berpeluang mendengar pidato dan amanat daripada tokoh-tokoh pemimpin PAS di samping bersama dengan selebriti-selebriti negara yang akan menampilkan suatu yang baru kepada peminat mereka.

Lebih menarik, tambahnya aktiviti konvoi bermotor dan berkereta ke seluruh negara juga akan diadakan dan pemuda PAS akan singgah di setiap negeri berjumpa dan beramah mesra dengan masyarakat.

Katanya, Jom Ubah akan meneruskan siri jelajahnya ke negeri-negeri lain, iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor (30 hingga 31 Julai 2011), Sarawak (23 hingga 25 September 2011) dan Sabah (28 - 30 Oktober 2011).  hrkh

Sunday, April 3, 2011

Jangan terpedaya janji 5 tahun sekali

KOTA SAMARAHAN, 3 April: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat Sarawak agar menjaga perinsip dan maruah diri dan tidak terlalu mudah 'dibeli' dengan sedikit habuan menjelang pilihan raya negeri ini.

Berucap sewaktu melancarkan gerak kerja pilihan raya bagi Dun Muara Tuang ,(gambar)  malam tadi, presiden PAS itu berkata, rakyat sebenarnya berkuasa memilih pemimpin mana yang baik untuk menjadi wakil mereka dan bukan memelih kerana dibeli.

“Rakyat di negeri jangan memilih pemimpin yang cuba membeli kita pada musim-musim (pilihanraya) seperti ini.

“Kita mempunyai maruah yang tinggi dan berkuasa menentukan siapa pemimpin yang perlu kita pilih,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Turut hadir dalam majlis perlancaran berkenaan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar.

Sambil mengingatkan rakyat agar memilih pemimpin yang mampu membangkitkan masalah mereka, Tuan Guru Abdul Hadi berkata Sarawak tidak memerlukan pemimpin yang hanya turun lima tahun sekali untuk menabur janji.

Apatah lagi ujarnya, selama BN memerintah di Sarawak, mereka hanya menjaga kroni-kroni mereka khususnya yang rapat dengan Ketua Menteri (KM) Sarawak, Penin Sri Haji Abdul Taib Mahmood.

“Kita tidak mahu pemimpin yang hanya muncul lima tahun sekali dan membeli kita dengan menabur pelbagai janji pembangunan.


(Presiden PAS bergambar dengan petugas PAS di Muara Tuang- gambar Rizal Tahir)

“Negeri Sarawak kaya dengan pelbagi hasil sepeti minyak, balik dan hasil bumi yang lain. Tetapi kekayaan itu hanya berpusing disekitar mereka (BN) dan yang rapat dengan KM,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Sarawak menjadi antara negeri yang termiskin di Malaysia akibat kerakusan pemimpin BN di negeri ini yang mencuri duit rakyat.


Sehubungan itu, rakyat nasihatnya, perlulah memilih pemimpin yang amanah dengan harta negeri dan ini dibuktikan oleh pemimpin PAS yang telah memerintah di negeri seperti Kelantan, Terengganu (1999-2004) dan Kedah.

Tambahnya lagi, PAS yang dasarnya ialah Islam, memberi jaminan sesekali tidak menganggu hak agama lain untuk mengamalkan amalan agama mereka.

“Menjadi dasar  PAS yang asasnya Islam, menjamin hak dan amalam agama lain. Islam membenarkan agama lain diamalkan secara bebas tanpa diganggu,” ujarnya.

Monday, March 28, 2011

Pilihanraya Sarawak: 5 kerusi untuk PAS, 15 untuk DAP

Syukur la kerusi PAS dan DAP dah ditentukan, buat PKR dan SNAP, bincang la baik-baik jangan sampai membawa perpecahan, percanggahan tu biasa, tapi sekarang musuh tengah bermain isu.. semoga dapat diselesaikan dengan baik biar TV3, rtm takde modal nak cerita. Yang lebih penting perancangan kempen mesti teratur kerusi je banyak tak bersaing pun tak guna, kalau setakat nak buang duit.

PAS tanding 5, DAP 15 kerusi di Sarawak
Nazri Abdullah   


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan PAS bertanding di lima kerusi dan DAP 15 pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, manakala PKR pula masih meneruskan perbincangan pembahagian dengan SNAP.

"...selebihnya itu (kerusi) Keadilan dan kita sampai tengahari tadi masih ada rundingan dengan SNAP," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan, Idris Ahmad, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga hadir pada mesyuarat sebelum itu bagaimanapun terpaksa keluar awal kerana mempunyai urusan.

"Nama-nama kerusi dan calon itu serah kepada parti masing-masing dan akan diumumkan di Kuching.

"Pandangan kita tak perlu umum di sini kerana kita hanya dapat input dari negeri. Kita hanya mengesahkan perundingan di negeri," kata Anwar lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan rundingan PAS dengan PKR dan DAP selesai.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak berada di sana sejak minggu lalu bagi urusan perbincangan kerusi tersebut.

"Kita sekarang sedang memantau persiapan kita di semua kerusi yang kita bertanding di sini," katanya.

Thursday, March 24, 2011

Pilihanraya DUN Sarawak: Kerusi PAS di Sarawak

P'raya Sarawak: Kerusi PAS selesai, umum esok
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata pembahagian kerusi PAS bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak sudah selesai.

Katanya, keputusan pembahagian kerusi itu dimuktamadkan selepas pertemuan dengan pimpinan PKR hari ini.
Bagaimanapun beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Sarawak berkata jumlah dan kerusi Dun mana yang ditandingi belum boleh dimaklumkan dan akan diumumkan secara rasmi esok.

"Tadi kita selesai bincang dengan PKR dan bagi pihak PAS, perbincangan pembahagian kerusi kita sudah selesai," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehubungan itu jelasnya, arahan telah dikeluarkan kepada pimpinan PAS di kawasan yang akan ditandingi untuk meneruskan gerak kerja yang telah dimulakan sebelum ini.

"Soal calon, kita akan bincang selewat-lewatnya awal minggu depan," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April, manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilapor Harakahdaily sebelum ini membayangkan PAS akan bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi pada pilihan raya Sarawak kali ini.

Bagaimanapun menurutnya, beberapa kerusi masih dalam perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat yang lain dan mungkin berlaku penambahan untuk beberapa kerusi lagi.

PAS dijangka akan meletakkan calon mereka salah satunya di N24 Beting Maro, iaitu satu-satunya kerusi yang pernah ditandingi mereka pada pilihan raya lalu.

Calon PAS, Alem Din pada waktu itu hanya tewas kepada calon BN dengan majoriti 895 undi.

Sunday, March 20, 2011

Perhatian!!.. Tak Ada lagi Saman Ekor!!!

Hujah UMNO kalau saman ekor tak ada.

1) Habis la Malaysia Macam ni.. Negara akan bankrap
Duit tak ada nak bantu rakyat, rakyat akan hidup susah, ekonomi tak berkembang,

2) Rakyat kat berdisiplin dijalan raya,
bawa kereta laju-laju (sekarang tak ada yang bawa laju).
Potong kiri, potong queue, langgar lampu merah (sekarang semua ikut peraturan)
Kemalangan meningkat, orang mati kat jalan raya meningkat (sekarang tak ada orang mati kat jalanraya)

Kalau UMNO rasa tak nak membodohkan diri dengan bagi alasan-alasan kat atas tu mereka akan bagi alasan paling bodoh dan membodohkan rakyat, macam yang dijaja sekarang di Sarawak
UMNgOk akan kata pembangkang cuma tau janji ke, tengok Selangor, Kelantan, Penang, Kedah apapun tak ada.

Maka, makcik-makcik, pakcik-pakcik pun takut,


Pakatan Rakyat hapus saman ekor
BESUT, 20 Mac: PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.
“Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah,” katanya.

Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi.
Perhimpunan selama dua hari bermula Jumaat itu merupakan siri kedua program seumpamanya dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Siri pertama telah diadakan pada pertengahan Januari lalu di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman.
Ceramah malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan. Selain Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat, termasuk soal saman ekor.

“Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional,” ujarnya.
Beliau malah secara sinis menganggap pelaksanaan sistem saman ekor itu sebagai bukti BN benar-benar menghayati slogan “Rakyat Didahulukan”.

Katanya, BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung kekurangan kewangan negara apabila terpaksa berbelanja lebih untuk melunaskan saman ekor itu.

Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain.

“Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah,” tegasnya. 

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin