BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Monday, March 28, 2011

Pilihanraya Sarawak: 5 kerusi untuk PAS, 15 untuk DAP

Syukur la kerusi PAS dan DAP dah ditentukan, buat PKR dan SNAP, bincang la baik-baik jangan sampai membawa perpecahan, percanggahan tu biasa, tapi sekarang musuh tengah bermain isu.. semoga dapat diselesaikan dengan baik biar TV3, rtm takde modal nak cerita. Yang lebih penting perancangan kempen mesti teratur kerusi je banyak tak bersaing pun tak guna, kalau setakat nak buang duit.

PAS tanding 5, DAP 15 kerusi di Sarawak
Nazri Abdullah   


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan PAS bertanding di lima kerusi dan DAP 15 pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, manakala PKR pula masih meneruskan perbincangan pembahagian dengan SNAP.

"...selebihnya itu (kerusi) Keadilan dan kita sampai tengahari tadi masih ada rundingan dengan SNAP," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan, Idris Ahmad, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga hadir pada mesyuarat sebelum itu bagaimanapun terpaksa keluar awal kerana mempunyai urusan.

"Nama-nama kerusi dan calon itu serah kepada parti masing-masing dan akan diumumkan di Kuching.

"Pandangan kita tak perlu umum di sini kerana kita hanya dapat input dari negeri. Kita hanya mengesahkan perundingan di negeri," kata Anwar lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan rundingan PAS dengan PKR dan DAP selesai.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak berada di sana sejak minggu lalu bagi urusan perbincangan kerusi tersebut.

"Kita sekarang sedang memantau persiapan kita di semua kerusi yang kita bertanding di sini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin