BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Sunday, February 5, 2012

Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012 di Rawang


KERAJAAN NEGERI SELANGOR MERAIKAN TAHUN BARU CINA 2012

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Khalid bin Ibrahim bersama-sama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina di Malaysia, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan.

"Kerajaan Negeri Selangor dengan gembira menyambut ketibaan tahun naga, yang dipercayai oleh kaum Cina sebagai tahun yang istimewa dan bertuah," kata Menteri Besar.

"Saya berharap semua rakyat Selangor, tidak kira kaum, bangsa ataupun agama akan mengambil kesempatan musim perayaan ini untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain."

Dato' Menteri Besar dan ahli MMKN juga berharap hubungan antara kaum akan lebih baik melalui interaksi dan usaha memahami antara satu sama lain. Selain itu, mereka mengingatkan kepentingan aspek keselamatan sepanjang musim perayaan kali ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga ingin menjemput semua pihak untuk bersama-sama menyambut Tahun Baru di Jalan Maxwell, Rawang pada 6hb Februari 2012, bermula pada pukul 2 petang sampai 11.30 malam.

Antara program-program yang dianjurkan pada hari tersebut termasuk persembahan orkestra Cina, tarian singa, akrobat dan banyak lagi. Menteri Besar dan barisan MMKN juga akan turut bersama rakyat untuk memeriahkan sambutan

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

Dari Blog Pemimpin