BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Monday, April 25, 2011

VC UUM lebih baik jaga jamban rumah je

Beza antara cakap orang yang nak berpolitik dengan cakap seorang jurutera yang buat UUM..

Populasi pelajar bertambah punca air UUM tidak cukup - Sinar Harian

ALOR SETAR - Bilangan populasi pelajar meningkat hampir sekali ganda dan kegagalan pengurusan Universiti Utara Malaysia(UUM) menaik taraf kemudahan infrastruktur dikenal pasti punca bekalan air universiti itu bermasalah.

Seorang jurutera perunding yang terlibat dalam pembinaan rekabentuk infrastruktur di UUM sekitar tahun 1989 berkata, objektif pembinaan universiti itu pada awalnya untuk menampung kapasiti pelajar tidak melebihi 18,000 orang, bagaimanapun peningkatan bilangan pelajar sehingga hampir 30,000 orang menyebabkan sistem bekalan air sedia ada gagal menampung keperluan mereka.

Beliau yang enggan dikenali berkata, UUM kini menggunakan lebih kurang 350,000 gelen air sehari untuk menampung keperluan pelajar dan kakitangan universiti, walhal jumlah itu sebenarnya kurang separuh daripada kapasiti ideal air yang diperlukan iaitu lebih kurang 750,000 gelen air sehari.

“Selain itu, kegagalan UUM menaik taraf sistem perpaipan, menambah kapasiti tangki air(reservoir), menambah rumah pam,menukar saiz paip penghantaran dan paip retrikulasi(perhubungan) kepada saiz lebih besar supaya mendapat tekanan air sekata dilihat penyumbang utama kepada permasalahan, bukan semata-mata berpunca Syarikat Air Darul Aman(Sada).

“Tindakan menyalahkan Sada tidak wajar kerana masalah bekalan air UUM berpunca daripada kelemahan sendiri dan ianya bukan sahaja dialami universiti itu sahaja, malah turut meliputi sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam(IPTA) di negara ini,”katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.

Jurutera perunding itu berkata, sebelum pembinaan Loji Air Padang Sanai, Padang Terap, UUM terpaksa mendapatkan bekalan air daripada Loji Air Bukit Pinang dan mengalami masalah tekanan air rendah memandangkan ianya disalurkan dari kawasan rendah(Bukit Pinang) ke kawasan tinggi(Sintok).

Menurutnya, pembinaan loji air itu pada asalnya bertujuan mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Changlun dan Sintok, bagaimanapun ianya masih tidak mencapai objektif di UUM kerana sistem bekalan air dan perpaipan lama membataskan kuantiti bekalan air diterima.

“Peningkatan bilangan populasi pelajar sepatutnya seiring dengan peningkatan kemudahan asas dan infrastruktur universiti itu demi keselesaan penghuninya.

“Dalam isu bekalan air di UUM, apabila kemudahan infrastruktur tidak dinaik taraf, saiz paip bekalan air sedia ada tidak cukup dan memerlukan paip bekalan air lebih besar untuk sesuai dengan tekanan air lebih tinggi. Tiada guna Sada meningkatkan penyaluran bekalan air ke UUM sekiranya kemudahan infrastruktur di takuk lama,”katanya.

Menurutnya, UUM bukan sahaja perlu menaik taraf sistem bekalan air, malah perlu meningkatkan kualiti sistem bekalan kuasa, telekomunikasi, perparitan dan pengurusan sisa kumbahan memandangkan penambahan lebih daripada 10 blok bangunan di universiti itu memberi kesan langsung kepada kesemua infrastruktur tersebut.

“Berdasarkan perkiraan saintifik yang dibuat, anggaran RM50 hingga RM70 juta diperlukan UUM untuk menaiktarafkan sistem bekalan air di seluruh kawasan universiti, termasuk kos penyelenggaraan, menambah paip saliran, reservoir dan rumah pam baru memandangkan jumlah sedia tidak mencukupi.

“Manakala, anggaran keseluruhan sebanyak RM150 juta diperlukan untuk membiayai kos menaik taraf keseluruhan kemudahan infrastruktur terbabit untuk memastikan UUM selamat dan selesa diduduki,”katanya.

Beliau turut memberi amaran UUM bakal berdepan dengan masalah bekalan air yang lebih buruk pada masa akan datang sekiranya usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur universiti dipandang sepi oleh pengurusannya.

“Hampir keseluruhan paip saliran air yang digunakan di UUM diperbuat daripada paip asbestos yang kurang tahan lama manakala reservoir yang sedia ada pula hanya mampu menampung separuh daripada kuantiti sebenar air diperlukan.

“Saya minta pengurusan UUM memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan keselesaan pelajar dan kakitangan, lebih-lebih lagi universiti itu dalam usaha menarik pelajar luar negara melanjutkan pelajaran ke sana,”katanya.

1 comment:

  1. Jamban Naib Canselor UUM RM100,000

    Naib Canselor UUM Profesor Datuk Dr Mustaffa Ishak  membaiki jamban
    sehingga mencecah RM100,000 ringgit sementara membaiki pejabat
    barunya melebihi RM500,000 ringgit.  Membaiki jambannya sahaja sudah
    sama harga dengan sebuah banglo di Sintok, Kedah. Satu contoh
    menunjukkan beliau mengikuti cara hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang
    suka hidup dalam kemewahan menggunakan wang rakyat.

    Semua kakitangan UUM sudah mengetahui perkara ini kerana beliau sangat
    suka untuk melakukan pengubahsuaian untuk memperlihatkan kemewahan
    hidup yang melampau, selari dengan kebanyakan pemimpin UMNO.  Aduan
    telah dikemukakan kepada Menteri Pengajian Tinggi dan pejabat Perdana
    Menteri tetapi perkara ini tidak dipedulikan kerana mereka juga
    melakukan perkara yang sama.

    Sejak menjadi Naib Canselor beliau tidak segan silu menggunakan wang
    rakyat atau wang pelajar untuk melakukan pelbagai pengubahsuaian
    sehingga banyak perabut baru ditukarnya, bagi memperlihatkan
    pembaharuan yang dilakukan.  Dalam biliknya sahaja diubah suai
    termasuk memasukkan empat CCTV, bilik yang kalis bunyi, dan set TV
    yang berharga melebihi RM5,000 ringgit dan semua perabut ditukarnya.
    Perabut lama yang juga masih baru dibuang begitu sahaja.

    Sikap mewahnya itu juga berlaku ketika mengadakan lawatan ke luar
    negara dengan menyewa di hotel yang sama taraf dengan presiden
    amerika.  Bukan sekali lawatan dilakukan dalam setahun dua menjadi
    Naib Canselor ini sehingga hampir semua benua  dilawatinya.  Beliau
    nampaknya ingin mamaksimumkan kesempatan sementara menjadi Naib
    Canselor untuk mengadakan pelbagai lawatan sambil belajar.

    Dikhabarkan kereta rasmi dilengkapi dengan peti sejuk dan TV yang
    berharga melebihi RM50,000.  Inilah contoh apabila UMNO menguasai
    sesebuah universiti.  Tidak ada  pihak sama ada Kementerian Pengajian
    Tinggi atau Audit Negara berani untuk menegur kerana hubungan rapatnya
    Naib Canselor dengan pegawai-pegawai di pejabat Perdana Menteri.
    Perdana Menteri lagilah tidak berani menegur kerana beliau juga suka
    kepada kemewahan sehinggakan sewa hotelnya ketika bercuti baru-baru
    ini $20,000 semalaman.

    Tumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah menghabiskan wang rakyat.

    Oleh Nadirah binti Nabil

    ReplyDelete

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin