BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Tuesday, April 26, 2011

Bila lagi Melayu nak memimpin perubahan??

Aduhaii Orang Melayu..
takkan nak tunggu orang lain dah kedepan baru nak terhegeh-hegeh berubah
takkan nak tunggu orang lain dah rasa senang baru korang terhegeh-hegeh nak berubah
takkan nak tunggu orang lain dah naik ke bulan baru nak berangan-angan buat kapal terbang
takkan nak tunggu Pakatan Rakyat dah turunkan harga minyak baru terhegeh-hegeh nak sokong.

Tapi.. kebiasaan melayu memang macam tu..
Nampak orang lain berjaya buka bengkel baru terhegeh-hegeh nak buka bengkel.
Nampak orang Cina berjaya buka kolam ikan maka berduyun-duyunlah orang Melayu terkial-kial nak buka kolam ikan juga.
Nampak orang India berjaya ternak lembu baru lah Melayu-melayu ni sibuk juga nak ternak lembu.
Bila orang melayu ada kebun tak nak usahakan, tapi bila tengok orang lain berjaya jadi petani moden, maka sibuk lah Melayu-Melayu ni baru nak usahakan kebun semula.

Itu lah ragamnya, asyik menurut belakang bontot orang lain..

Orang-orang Melayu boleh memimpin perubahan, sekarang lah masanya.. Jangan nanti orang-orang Cina dah berjaya dengan agenda perubahan mereka, masa tu baru kita nak merancang perubahan, Maka untuk kesekian kali nya Melayu itu sentiasa terkebelakang.

Jangan pula satu hari nanti orang-orang Melayu ni cakap "Kalau aku tau Pakatan Rakyat lebih baik dari BN, dah lama aku sokong".

memang kita tak tau apa yang bakal berlaku, tapi kita diberi akal untuk berfikir.


Kalau Cina tolak MCA, Melayu patut tolak Umno
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 26 April: “Jika orang Cina memilih DAP dan menolak MCA, kenapa tidak orang Melayu memilih PAS dan menolak Umno,” kata AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Hakikatnya, kata beliau hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak terjejas sama sekali.
Ini, ujarnya terbukti ketika pilihan raya Negeri Sarawak di mana ketiga-tiga parti membentuk pakatan yang kuat menentang BN hingga berlaku peningkatan sekali ganda kerusi yang dimenangi oleh PR.

Tambahnya, isu video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah percubaan musuh untuk mengaibkan Anwar sekali lagi selepas kegagalan usaha BN pada tahun 1998 dulu di mana akhirnya mahkamah membersihkan nama Anwar.

“Semangat setiakawan PAS terhadap rakan-rakan dalam PR kian utuh,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, menerusi Konvensyen PR yang telah dua kali diadakan, Majlis Menteri Besar PR, Majlis pimpinan PR dan Sekretariat PR adalah bukti jelas semangat musyawarah yang sedia terjalin dalam apa jua perbincangan bagi menggagaskan alternatif menggantikan kerajaan BN yang korup.

“Apa perlunya kerjasama dengan sebuah parti yang sangat perkauman seperti Umno?

“Perpaduan apakah yang mahu dijalinkan dengan pemimpin yang korup, penuh skandal dan tidak beramanah seperti Umno?” tanya beliau.

Katanya, hubungan Umno sendiri dengan komponen BN sendiri sangat dingin.

Tambahnya, insiden terbaru MCA terhadap Utusan Malaysia sendiripun diulas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam nada yang menggambarkan perpecahan Umno MCA.

“Kalau dalam BN sendiri bersarat dengan masalah; apa yang boleh diperolehi oleh PAS jika menjalin perpaduan dengan Umno?” soalnya.

Ketika ini, ujarnya hanya tinggal sebahagian orang Melayu yang menyokong Umno terutamanya di pedalaman dan kawasan Felda dan Felcra, itupun sebahagian mereka telah berubah.

Beliau berkata, jika usaha yang sedang rancak dilakukan di kawasan ituberjaya mengubah sokongan mereka kepada PR; apa yang tinggal pada Umno.

Katanya, PR sedang mempromosikan tawaran 100 hari PR melalui Buku Jingga di mana momentum PAS Ganti Umno sedang berkembang seluruh negara dengan sambutan yang luarbiasa.

“PAS tidak akan terpedaya dengan strategi Umno untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR. PR sedang bergerak menuju Putrajaya.

“PR akan menjadi kerajaan prorakyat yang sentiasa memikirkan kepentingan rakyat,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

Dari Blog Pemimpin