BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Sunday, April 24, 2011

Najib sound VC UUM suruh bayar cukai, Mukhriz sound Najib suruh lebih kreatif cari duit

"Maka, semua pihak perlu memainkan peranan dengan baik supaya lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan seperti membayar cukai mengikut ketetapan," - NAJIB KATA


"Kerajaan Pas negeri Kedah perlu lebih kreatif mencari dana dan sumber kewangannya dan bukan sekadar mengambil kesempatan terhadap rebat cukai tanah " -Mukhriz

Mukhriz patut cakap pada Najib bukan MB Kedah saja.

 

Bergantung kewangan negara



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sesuatu projek pembangunan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kemampuan kewangan negara dan setiap projek yang diberikan kepada kontraktor berdasarkan kepada kualiti dan kemampuan mereka melaksanakannya.

"Jadi, tidak perlulah melobi, ini ada yang sanggup tunggu saya di lapangan terbang," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung ke-27 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad.

Perdana Menteri berkata, isu kerajaan tidak menambah projek pembangunan yang boleh memberi pekerjaan kepada kontraktor tidak timbul sama sekali.

"Semua ini berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi dan kebolehan kita mengutip hasil tambahan kerana jika kita tidak mampu mengutip hasil tersebut berikutan berlaku ketirisan yang berleluasa, maka ia akan menjejaskan hasil dan pendapatan negara.

"Maka, semua pihak perlu memainkan peranan dengan baik supaya lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan seperti membayar cukai mengikut ketetapan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib menegaskan, setiap kontraktor perlu meningkatkan kemampuan dan kecekapan dalam menguruskan sesuatu projek supaya dapat disiapkan mengikut jadual.
"Kontraktor perlu mempunyai tiga ciri penting iaitu kualiti kerja yang sangat baik dan sempurna, pelaksanaan projek mengikut jadual dan harga perlu memenuhi bajet yang ditetapkan.

"Dalam menguruskan sesuatu projek, perkara yang penting ialah ilmu dan kemahiran daripada membuat bangunan, meletak harga, menguruskan bahan binaan dan tenaga kerja," jelasnya.

Kedah perlu lebih kreatif cari wang - Mukhriz

24/04/2011 12:22pm

KULIM 24 April - Kerajaan Pas negeri Kedah perlu lebih kreatif mencari dana dan sumber kewangannya dan bukan sekadar mengambil kesempatan terhadap rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, jika perkara itu berterusan ia dilihat salah satu simptom kepada masalah yang lebih besar.

Bercakap kepada media selepas majlis Mesra Rakyat di Kampung Baru Manggis, Sungai Karangan, dekat sini, petang semalam, Mukhriz berkata selain tidak melihat daripada aspek kepentingan pendidikan malah ia dilihat seolah-olah mahu mengambil kesempatan.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, memandangkan Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini dibiayai oleh Kerajaan Pusat justeru, sedikit sebanyak mungkin ada yang mahu mengambil kesempatan dari cukai tanah tersebut.

Mukriz berkata, Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu sentiasa memberi rebat kepada UUM dan hanya meminta universiti tersebut membayar token lebih kurang RM100,000 sahaja untuk tempoh setahun kerana pulangan yang didapati selepas itu adalah jauh lebih besar.

"Nampak gaya kerajaan negeri Kedah kini melihat cukai tanah itu sebagai satu sumber pendapatan hasil mahsul negeri yang saya rasakan agak pelik dan tidak sewajarnya berlaku, kerana sebagai kerajaan negeri sepatutnya mereka mencari sumber lain untuk menjana pendapatan negeri,” kata Mukhriz.

Beliau berpendapat adalah tidak wajar jika sesebuah kerajaan negeri mengenakan cukai yang tinggi ke atas sebuah institusi pengajian tinggi yang memberi menafaat yang banyak kepada rakyat khususnya penduduk di luar bandar.

Mukhriz berkata beliau merasa terkilan kerana UUM terpaksa berdepan dengan masalah bekalan air yang tidak sempurna sekalipun terpaksa membayar cukai tanah yang tinggi.

Katanya, perkara itu sepatutnya tidak berlaku dan seharusnya menjadi prasyarat kepada kerajaan negeri menentukan kesempurnaan dan memberi perkhidmatan yang baik setelah mengenakan cukai tinggi kepada universiti itu.

Jika keadaan itu berterusan, hasrat UUM untuk berada di dalam kelompok 500 Universiti terbaik di seluruh dunia mungkin tidak kesampaian jika masalah sebegini tidak diselesaikan. Terdahulu, Mukriz turut menyampaikan sumbangan berupa barang-barang keperluan dapur kepada 15 keluarga miskin dari beberapa buah kampung sekitar pekan Sungai Karangan, dekat sini, termasuk sebuah basikal kepada pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan Mohd Aiman Mohd Hisham, 13. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin