BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Monday, March 21, 2011

Kesalahan memiliki video lucah

INI KISAH TAHUN 2008, undang-undang tahun 2008 tak sama dengan undang-undang tahun 2011, 2008 zamam Pak Lah, 2011 zaman Najib. sekarang tak payah serah pada polis, sebab boleh buat tayangan perdana kat hotel panggil wartawan je. Menteri jaga polis cuma ada kuasa untuk tersengeh-sengen depan wartawan bila di interview.

Serah kepada polis DVD seks kononnya libatkan ahli politik
MStar

BATU PAHAT: Sesiapa yang memiliki DVD yang kononnya mengandungi aksi seks seorang pemimpin politik tempatan dinasihatkan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris hari ini berkata mereka yang didapati memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau keduaduanya sekali.
“Kita juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan khabar angin yang akan memburukkan lagi keadaan,” katanya ketika diminta mengulas laporan media hari ini mengenai penyebaran DVD aksi seks itu di Muar, Batu Pahat dan Tangkak.
Ibrahim berkata polis tidak menerima sebarang laporan dari manamana individu tentang penyebaran DVD yang didakwa mengandungi aksi seks pemimpin politik itu.
Sampul surat mengandungi dua keping DVD tersebut dipercayai diedar secara percuma di beberapa tempat di Batu Pahat dengan cara meletakkannya di dalam peti surat penduduk dan peniaga. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

Dari Blog Pemimpin