Tuesday, 22 March 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 22 Mac : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak laporan Utusan Malaysia kononnya kerajaan negeri ghairah memunggah hasil tanah adat orang asal di Kuala Langat.
Menurut Tan Sri Khalid, tanah yang dimaksudkan oleh akhbar kawalan Umno itu sebenarnya dipindahkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) semasa parti itu (Umno) memimpin kerajaan negeri.
Tanah tapak lombong 120 ekar di Olak Lempit itu diserahkan anak syarikat Kerajaan Negeri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Merujuk rekod Pentadbir Tanah Kuala Langat, tanah terbabit bukanlah tanah yang di wartakan sebagai kawasan rizab Orang Asli (OA) atau kawasan rayau orang asli sebaliknya sebahagian hutan simpan Kuala Langat Utara yang dibatalkan bagi tujuan perlombongan bijih timah.
Khalid menjelaskan individu yang mempunyai hak boleh membuat semakan pemilikan tanah di pejabat tanah daerah berkenaan.
“Mereka-mereka yang merasakan mempunyai pemilikan tanah boleh membuat semakan di Pejabat daerah Kuala Langat dan jika perlu kita juga ada senarai pemilikan tanah di Pejabat pengarah Tanah dan Galian, mereka juga boleh mengemukan pandangan daripada exco, ini adalah proses yang boleh dilakukan.
“Sekiranya mereka rasa mereka mempunyai hak pemilikan tanah mereka juga boleh membawa perkara ini ke mahkamah,”jelas beliau lagi.
No comments:
Post a Comment