BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Monday, March 21, 2011

Siapa yang perutnya buncit tu!!??

Katak sudah berkata-kata, Pejuang Islam dan melayu tegar sudah memberi Hujjah pembodohannya. Menteri sudah menafikan, tapi tak ambik tindakan.
Video Lucah boleh ditayangkan di hotel mewah. Buleh disimpan oleh datuk, itu semua tak salah,
yang salah adalah orang buncit dalam video. yang kena letak jawatan adalah orang buncit yang mirip Anwar Ibrahim. Menteri jaga polis cuma akan tersengeh-sengeh depan camera bila di interview.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menafikan bahawa beliau adalah individu dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi tadi.

Beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama-sama dengan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anak-anak, dan cucu sambil mengakses ke laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu tersebut.

Rakaman video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.

"Ini adalah serangan bermotifkan politik ke atas saya," katanya pada sidang media petang tadi.

Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza daripada lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.

"Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara.
Sementara itu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, tiada sebab untuknya berundur daripada jawatannya sekarang.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin