BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label manifesto PRU13. Show all posts
Showing posts with label manifesto PRU13. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Mahu RM1200 tapi sengsara untuk 5 tahun




Terbeliak biji mata bila Najib umum nak bagi RM1200

AL-KISAH BN MENANG PRU13 - na'uzubillahi min dzalik

Bulan April/Mei 2013 - PRU13
Bulan Mei 2013 - Happy-happy time
Bulan Jun 2013 - GST (Harga Barang naik)
Bulan Julai 2013 - Tambang Bas Sekolah Naik
Bulan Ogos 2013 - Merdeka!! (Minyak masak naik harga)
Bulan September 2013 - Tol Naik
Bulan Oktober 2013 - Sabsidi gula di turunkan (naik harga la tu) elak kencing manis katanya..
Bulan November 2013 - Harga minyak naik - Harga kuih jadi 60sen sebiji
Bulan Disember 2013 - Apply BRIM (barang dah memang mahal)

Bulan Januari 2014 - Dapat RM1200 wahh!! happy walaupun bertur panjang - Tepung naik harga pulak dah!!
Bulan Februari 2014- Duit BRIM dah abis pakai, Tarif Elektrik naik pulak tu. hishh..
Bulan Mac 2014- Gaji tak naik lagi ni? Alamak!!
Bulan April 2014 - Minyak Masak tak de kat kedai, Balik rumah tengok bil air hmm.. dah naik harga ke? tak cakap kat berita pun.
Bulan Mei 2014 - PTPTN masih nak kena bayar ni.
Bulan Jun 2014 - Nak balik kampung, tol mahal
Bulan Julai 2014 - Harga minyak dunia naik jadi kena naik juga (tapi Malaysia paling murah katanya)
Bulan Ogos 2014 - Beras pula naik harga? aduiii....
Bulan September 2014 - Anak nak masuk U, nak kena apply PTPTN ke? kesian anak tu habis belajar dah ada hutang RM25000.
Bulan Oktober 2014 - Gula pula habis stok (monopoli punya pasal la ni). Terpaksa lah pakai gula ising
Bulan November 2014 - Alamak Susu anak pulak naik harga
Bulan Disember 2014 - Nak Apply lagi BRIM - Sekali dah tak ada la.. Ekonomi dunia tak menentu katanya.. Melopong la jawapnya.. Dah la TOL NAIK, MINYAK NAIK, BARANG NAIK, SUSU ANAK NAIK, GULA NAIK, SEMUA BARANG KENA CUKAI, ANAK NAK MASUK U LAGI, NAK KENA BAYAR BIL AIR, ELEKTRIK YANG TINGGI.. Kena tunggu lagi 3 tahun ni!!!


PENINGKATAN HUTANG NEGARA MASA NAJIB JADI PM

Monday, April 8, 2013

Untuk Cikgu-Cikgu yang masih ragu-garu

Banyak sangat ke persoalan mudah yang tak boleh di jawab

Jawapannya ada di sini


MANIFESTO "PAKATAN HARAPAN RAKYAT" yang di lancarkan pada  
25 Februari 2013
antara yang di gariskan
1. ELAUN KHAS GURU - RM500 SEBULAN - Ulasan
2. CARUMAN WANITA KEBANGSAAN -RM50 SEBULAN
3. Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJK), sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh- RM300 seahun setiap murid (disalur ke sekolah)

Selain itu perkara lain yang ditawarkan di dalam manifesto PAKATAN HARAPAN RAKYAT (download)
antaranya:
1. hapuskan hutang PTPTN - Klik untuk pengiraan kos
2. Elaun sara hidup RM5000 setahun untuk 500,000 mahasiswa -klik untuk huraian dan kos
3. Mansuhkan Tol PLUS - klik untuk pengiraan kos
4. Pengurangan Harga Kereta (termasuk motosikal) - Anggaran kos
5. Penurunan Harga minyak (Sekali gus menurunkan harga barang keperluan)
6. Tarif Elektrik dan Air lebih rendah

Yang lebih penting adalah dasar-dasar yang di gariskan untuk mengangkat Ekonomi dan plan untuk melaksanakan manifesto juga di rangka antaranya:
1. Menghapuskan monopoli ekonomi yang menyebabkan peningkatan harga
2. Membenteras rasuah dan menyalah gunaan kuasa yang mengebabkan kerugian yang rakyat
3. Menaikkan pendapatan bulanan minimum RM4000


Tak perlu difikir sangat persoalan yang sengaja diada-adakan, yang semua orang tahu itu cuma untuk mengelirukan contohnya, negara akan muflis, bankrap, Melayu tergugat, Agama Islam tergugat. sampai ke hari ini pun, sudah hampir pilihan raya segala yang di mainkan itu langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah untuk rakyat dan langsung tidak dapat dibuktikan.

Pakatan rakyat semakin mara dengan penerimaan yang semakin meluas oleh segenap lapisan masyarakat. Cuma segelintir manusia yang tidak mahu mendengar dan menilai sahaja yang termakan dengan cerita-cerita seperti itu. (Sambutan Rakyat di sini, sini, sini, sini, sini)

Tidak pasti apa yang mereka takutkan untuk memilih satu kerajaan baru. Takut negara muflis dengan manifesto yang Pakatan Rakyat bentangkan? Akhirnya BN juga menceduk idea menurunkan Harga Kereta setelah pemimpim BN beria-ia memperlekeh hasrat Pakatan Rakyat kerana sememangnya itulah harapan rakyat yang pemimpim BN nafikan.

.PAKATAN HARAPAN RAKYAT
  
KLIK SINI UNTUK MENGUNDI


Sunday, April 7, 2013

Dengan tak malunya Najib Umum kan Aku Janji (Aku tiru) secara LIVE





Ini lah bodohnya pemimpin UMNO, sorang cakap semua angguk-angguk, sekarang semua orang dah tau mereka memang BODOH, tak pernah buat kajian dan tak tahu apa yang rakyat mahukan

RAKYAT MAHU PAKATAN RAKYAT
RAKYAT MAHU HUMBANKAN BN

Saturday, April 6, 2013

Sah lah BN memang pengecut!!

Dah terbukti BN memang pengecut
HENTAM PR setiap hari dalam TV, tapi tak berani bagi PR jawap.
Bagi PR bentang manifesto di TV 10 minit -Rakaman
BN Siaran langsung ntah berapa jam aku pun tak tahu.
Ajak debat lagi pengecut!! hentam orang pandai

Yang lebih memalukan penyokong BN terutamanya orang melayu yang menyokong parti pengecut BN/UMNO.

Orang Melayu sepatutnya menerajui perubahan, menjadi barisan hadapan menuju perubahan, bukan duk belakang parti dan pemimpin pengecut BN/UMNO.

Jadilah orang Melayu yang berani bersama PR, walau hari-hari di hentam tetap kuat dan teguh tak pernah luntur.

p/s: Majlis Pelancaran Manifesti BN belum mula pun, tapi dah tahu 60,000 orang datang, dah set la tu. kelakar.



PENGECUT = BN/UMNO
Pemimpin meraka pun cari telur tak jumpa

Transformasi Lucu : PR 10 Minit, Umno-BN Siaran Langsung


johari abdul media prima RTM 01

SHAH ALAM 6 APRIL : Ketika Pakatan Rakyat (PR) bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentangkan manifesto pilihan raya kepada rakyat, Umno-BN mendapat laluan mudah apabila manifestonya disiarkan secara langsung oleh media milik kerajaan dan media arus perdana.

Senario ini agak melucukan ketika pernilaian dibuat terhadap janji transformasi media massa yang sering dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Agak lucu apabila dia (Umno-BN) tawarkan 10 minit kepada Pakatan Rakyat untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” begitu kata bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kepada TV Selangor hari ini berhubung perkara itu.

Majlis pelancaran manifesto BN untuk PRU13 oleh Najib di Stadium Bukit Jalil malam ini dalam satu majlis khas akan disiarkan secara langsung oleh media perdana di negara ini.

Johari turut mempersoalkan siaran langsung tersebut kerana kerajaan yang wujud ketika ini adalah kerajaan sementara di mana Umno-BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan bagi kerja parti.

“Saya ingin bertanya sama ada Umno-BN membayar atau tidak kepada RTM kerana menggunakan fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, dia (Umno-BN) tidak boleh menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja parti,” ujarnya.

Johari mendakwa, Umno-BN melakukan perubahan terhadap manifestonya yang diyakini telah disiapkan awal tetapi ditarik semula apabila PR melancarkan manifesto lebih awal.

Sebagai contoh, katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak pernah didebatkan di dalam Parlimen sama ada bagi bajet 2010, 2011 atau 2012.

“Bila PR menyediakan Buku Jingga pada 2010 yang didalamnya jelas menyatakan bantuan RM1,000 setahun kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah maka Umno-BN lantas melancarkan BR1M walaupun tiada bajet diluluskan oleh Parlimen.

“Ini menunjukkan Umno-BN ketandusan idea. Dia cuma akan buat ‘adjustment’ terhadap apa yang dia ada dan mengikut apa dicadangkan PR. Bagi saya, Umno-BN tidak menpunyai ‘originality’ tetapi ‘copycat’,” katanya.

Selangorku

Keputusan Terkini PRU 13: PR 103, BN 44


Monday, April 1, 2013

Rajinkan diri untuk membaca!! Jangan asyik tengok video seks


Masih ramai yang belum pernah membaca tawaran Pakatan Rakyat dalam Manifesto Rakyat tapi sudah mengkritik.Siapa yang berani mengaku dia suka bayar tol?? suka harga kereta mahal?? Tapi kerana ego keUMNOan dan spisis mudah tertipu dengan TV3 1/4 dan menteri-menteri pengecut. mereka pun terikut ikut mengatakan Manifesto Pakatan Rakyat boleh buat bangkrup. 

Masa Pakatan ambil alih Selangor, BN dengan angkuh kata Selangor akan bangkrup dalam 3 bulan, lepas tak bangkrup juga dia kata 1 tahun, sekarang sudah 5 tahun, Reserve negeri lebih 2500 juta (2.5 bilion), berbanding zaman BN yang tak ada air percuma, skim usia emas, jom shopping warga emas, tabung tawas, tak ada. cuma dapat simpan 600juta. tu pun konon dah banyak sangat.

Masih ramai rakyat Malaysia yang malas nak membaca, lebih seronok mendengar. Itu tak apa lagi kalau setakat dengar. Yang bermasalahnya mendengar dan terus percaya. Yang lagi parah bila percaya, kemudian takut, gigil, cemas, seram sejuk lepas tu sebarkan pula berita tipu kepada orang lain. Tak pasal-pasal dah jadi penipu dan pemfitnah sebaris dengan macai UMNO bahkan lagi teruk sebab macai UMNO ni ada hasil buat kerja-kerja fitnah ni. Tapi kalau setakan akak-akak makcik pakcik buat kerja serupa hasilnya tambah dosa sahaja..

Jangan jadi orang malas yang cuma duk depan TV tengok Belitin Utama.

Kalau tak nak baca Manifesto Pakatan Rakyat, tak payah sibuk nak komen.




Slide Lengkap Klik Sini

Sunday, March 17, 2013

Mansuh hutang PTPTN, Yang dah bayar macam mana?

Token penghargaan pada peminjam yang jelaskan PTPTN – Rafizi

(Oleh: Ruqayya Rahman)

PETALING JAYA 15 MAC:  Selain memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pakatan Rakyat  menawarkan token penghargaan kepada peminjam yang telah membayar pinjaman, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau mengumumkan berita baik itu ketika Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di One World Hotel, Bandar Utama hari ini.

“Setakat ni kita ada dua mekanisma, pertama kita tawarkan rebat atau yang kedua kita tawarkan insentif untuk mereka (peminjam yang telah membayar PTPTN) sambung belajar ke peringkat lebih tinggi dengan tanggungan penuh dari kerajaan.

“Yang penting tawaran token penghargaan ni kita akan bagi sebagai tanda kita menolak kezaliman secara total,” katanya.

118e29268e0811e2b44322000a1f92df_7

Rafizi turut menjawab beberapa soalan tentang pendidikan percuma termasuk dakwaan Umno mengatakan penghapusan PTPTN bakal menyebabkan kehilangan pekerjaan di kalangan kakitangan perbadanan itu.

“Tidak timbul isu kehilangan pekerjaan dan sebagainya, kami bukan benci pekerja PTPTN, kami nak hapuskan sistem riba dan semua cukai perkhidmatan yang tak logik dalam PTPTN,” katanya.

Menurut Rafizi, PTPTN akan tetap diwujudkan, namun fungsinya bukan lagi sebagai badan pemberi pinjaman kepada pelajar.

“Kita mungkin akan alihkan perbadanan ini sebagai badan yang akan menguruskan elaun sara hidup yang kita peruntukkan dalam manifesto (Pakatan),” katanya disambut tepukan gemuruh anak muda yang hadir.
Dialog dua hala yang dibuat secara bersiri bagi membincang isu generasi muda itu turut dihadiri beberapa pemimpin  termasuk Ketua Srikandi KEADILAN Siti Aishah Ismail dan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

SUMBER

Thursday, February 28, 2013

buat tatapan totok UMNO: MT Muslim dalam BN




 Bukan nak jadi resis atau terikut-ikut rentak BN, tapi memandangkan tahap pemikiran UMNO ni takat tu je, tak ada modal lain selain kata Pakatan nak jadikan Malaysia negara Kristian, orang melayu hilang kuasa bila PR perintah. Islam tergadai la, tapi hakikatnya

tengok la. ini sekarang bukan akan datang, bukan desas-desus, bukan lepas PRU 13 so??

 

Monday, February 25, 2013

Defisit 15 tahun berturut-turut

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PRU13 (DOWNLOAD)

 -------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara mengalami defisit selama 15 tahun berturut-turut sejak 1998 dan berkemungkinan berlanjutan hingga 2015 ekoran salah urus tadbir dan rasuah berleluasa.

 “Negara mengalami defisit 15 tahun berturut-turut sejak saya dipecat pada 1998 hingga 2012. Dalam Bajet 2013 yang sedang kita bahas juga mengalami defisit. Dijangka berterusan sehingga 2015 dan mungkin seterusnya,” katanya dalam laporan perbahasan bajet Kementerian Kewangan.

Anwar berkata, hutang negara tidak termasuk jaminan hutang sudah mencecah RM476 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (GNP) pada penghujung 2011.


“Ini amat mencemaskan kerana hampir mencecah 55 peratus daripada KDNK iaitu paras bahaya sesebuah negara sebelum terjerumus dalam kebankrapan seperti Greece,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1997, belanjawan negara sentiasa seimbang atau lebihan manakala ekonomi pula mencatat pertumbuhan purata 8.7 peratus.

“Bandingkan prestasi ini dengan Menteri Kewangan sekarang yang disandang Datuk Seri Najib Razak dari 2009 hingga 2011 yang hanya mencatat pertumbuhan KDNK secara purata pada kadar 3.2 peratus sahaja,” katanya.

Syorkan Turki sebagai model untuk reformasi ekonomi, politik

Membandingkan dengan Turki sebelum ini, Anwar berkata, negara tersebut hampir muflis disebabkan pertumbuhan ekonomi hanya empat peratus selain menangung hutang hingga 74 peratus daripada KDNK.
Bagaimanapun katanya, setelah Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil alih pemerintahan, pertumbuhan ekonominya meningkat 6.8 peratus pada 2002 hingga 2008.

Malah di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Taib Erdogan, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Turki mencatat mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia iaitu 8.4 peratus daripada KDNK pada 2011.

Anwar turut menempelak Umno BN kononnya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan ekonomi sedangkan negara di ambang muflis angkara kepincangan pengurusan ekonomi.

“Rekod jelas membuktikan kerberkesanan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mengurus tadbir negeri jauh lebih baik daripada BN,” tegasnya.

Beliau mengulangi gesaan supaya rakyat bersedia menukar kerajaan sebelum negara dilanda krisis ekonomi dan peningkatan hutang di bawah pemerintahan Umno BN.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin