BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Saturday, April 6, 2013

Sah lah BN memang pengecut!!

Dah terbukti BN memang pengecut
HENTAM PR setiap hari dalam TV, tapi tak berani bagi PR jawap.
Bagi PR bentang manifesto di TV 10 minit -Rakaman
BN Siaran langsung ntah berapa jam aku pun tak tahu.
Ajak debat lagi pengecut!! hentam orang pandai

Yang lebih memalukan penyokong BN terutamanya orang melayu yang menyokong parti pengecut BN/UMNO.

Orang Melayu sepatutnya menerajui perubahan, menjadi barisan hadapan menuju perubahan, bukan duk belakang parti dan pemimpin pengecut BN/UMNO.

Jadilah orang Melayu yang berani bersama PR, walau hari-hari di hentam tetap kuat dan teguh tak pernah luntur.

p/s: Majlis Pelancaran Manifesti BN belum mula pun, tapi dah tahu 60,000 orang datang, dah set la tu. kelakar.



PENGECUT = BN/UMNO
Pemimpin meraka pun cari telur tak jumpa

Transformasi Lucu : PR 10 Minit, Umno-BN Siaran Langsung


johari abdul media prima RTM 01

SHAH ALAM 6 APRIL : Ketika Pakatan Rakyat (PR) bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentangkan manifesto pilihan raya kepada rakyat, Umno-BN mendapat laluan mudah apabila manifestonya disiarkan secara langsung oleh media milik kerajaan dan media arus perdana.

Senario ini agak melucukan ketika pernilaian dibuat terhadap janji transformasi media massa yang sering dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Agak lucu apabila dia (Umno-BN) tawarkan 10 minit kepada Pakatan Rakyat untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” begitu kata bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kepada TV Selangor hari ini berhubung perkara itu.

Majlis pelancaran manifesto BN untuk PRU13 oleh Najib di Stadium Bukit Jalil malam ini dalam satu majlis khas akan disiarkan secara langsung oleh media perdana di negara ini.

Johari turut mempersoalkan siaran langsung tersebut kerana kerajaan yang wujud ketika ini adalah kerajaan sementara di mana Umno-BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan bagi kerja parti.

“Saya ingin bertanya sama ada Umno-BN membayar atau tidak kepada RTM kerana menggunakan fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, dia (Umno-BN) tidak boleh menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja parti,” ujarnya.

Johari mendakwa, Umno-BN melakukan perubahan terhadap manifestonya yang diyakini telah disiapkan awal tetapi ditarik semula apabila PR melancarkan manifesto lebih awal.

Sebagai contoh, katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak pernah didebatkan di dalam Parlimen sama ada bagi bajet 2010, 2011 atau 2012.

“Bila PR menyediakan Buku Jingga pada 2010 yang didalamnya jelas menyatakan bantuan RM1,000 setahun kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah maka Umno-BN lantas melancarkan BR1M walaupun tiada bajet diluluskan oleh Parlimen.

“Ini menunjukkan Umno-BN ketandusan idea. Dia cuma akan buat ‘adjustment’ terhadap apa yang dia ada dan mengikut apa dicadangkan PR. Bagi saya, Umno-BN tidak menpunyai ‘originality’ tetapi ‘copycat’,” katanya.

Selangorku

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin