MALAM INI 15 MEI 2013
MEDIA RAKYAT
BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI
Showing posts with label SPR penipu. Show all posts
Showing posts with label SPR penipu. Show all posts
Wednesday, May 15, 2013
Monday, May 6, 2013
8 Mei 2013 Std Kelana Jaya: Tuntut SPR baru dan bantah penipuan
Anwar: Himpunan 8 Mei untuk bantah 'penipuan'
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada penyokongnya
untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke
atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam pilihanraya 5 Mei.
"Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum
pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru
semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap
penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib
Razak.
"Gerakan untuk perubahan tidak boleh dihalang. Permintaan rakyat untuk
memiliki pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan
yang kita pilih bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah akan terus
bergema kuat di sebalik keputusan Pilihan Raya Umum ke-13," katanya
dalam satu kenyataan.
Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya
Bersih dan Adil (BERSIH) bagi memastikan sebuah SPR yang baru dan bebas
ditubuhkan bagi menangani penipuan dalam pilihan raya.
Katanya, beliau juga akan berusaha bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mempersoalkan kesahan kerajaan yang dibentuk oleh BN.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab kerana bersubahat dalam
penipuan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah kita. Perjuangan
untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan
yang penting bagi mana-mana rakyat Malaysia.
"Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga saya bersama BERSIH dan
rakyat Malaysia untuk memastikan SPR yang baru dan bebas ditubuhkan
secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya.
"Kita tidak boleh membenarkan diri kita menerima keputusan pilihan raya
melalui penipuan dan menipu. Hati saya akan bersama dengan setiap rakyat
Malaysia yang tidak menerima keputusan ini. Saya akan berusaha ke arah
konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang
dicapai melalui penipuan pilihan raya itu," katanya lagi.
Malaysiakini/-
Thursday, May 17, 2012
Daftar Pemilih: Lelaki dengan nombor IC perempuan
Tak boleh mengundi, nombor IC 'dicuri'
| Harakahdaily, | 17 Mei 2012 |

BATU GAJAH: Seorang wanita mendakwa dirinya hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain.
Ketika membuat semakan, Puan Tamil Malar yang memiliki no kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya tidak keluar tetapi yang dipapar adalah nama seorang lelaki Mansor Bin Jali.
Puan Tamil Malar menetap di DUN Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak namun dalam semakan menggunakan no kad pengenalannya itu memaparkan beliu adalah pengundi di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka.Sementara itu, Adun Tronoh V.Sivakumar berkata, pihaknya hairan dengan kes yang berlaku itu sedangkan daftar pemilih dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu disemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Terbukti ada unsur-unsur penipuan dalam pendaftaran pemilih.
"Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut Sivakumar lagi, pihaknya kini sedang giat megesan 'pengundi hantu' yang mungkin wujud di Dun itu.
"Kami sedang membuat operasi ‘Ghost Busters’ di DUN Tronoh dan dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata," katanya merujuk kepada kes Puan Tamil Malar itu.
Thursday, April 12, 2012
BERSIH 3.0: 24,000 pendaftaran berganda
BERSIH kesan 24,000 pendaftaran berganda
BERSIH hari ini mendakwa menemui lebih banyak penipuan dalam daftar pemilih menjelang perhimpunannya pada 28 April, termasuk 24,105 pengundi di Sabah dan Sarawak yang didakwa didaftarkan semula di Selangor.
Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, mereka mendakwa 15,520 pengundi dan 8,585 pengundi Sarawak didaftarkan semula kali kedua di Selangor dalam daftar pemilih terkini sehingga suku pertama 2012.
Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan kes spesifik apabila ditanya oleh media. Sebaliknya, menurut jawatankuasa pemandunya, ia akan didedahkan dalam sidang media lain dalam waktu terdekat.
BERSIH yang diketuai bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (lihat foto) juga mendakwa dalam daftar pemilih sama, seramai 7,841 pengundi di Selangor didaftarkan dengan MyKad dengan kod lokasi 71, merujuk kepada kelahiran di luar Malaysia.

Thursday, September 29, 2011
SPR memang penipu: 70,361 nama pemilih digugur
Wednesday, 28 September 2011 12:23 Editor
Akhirnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengistiharkan kepada rakyat Malaysia 70,361 pemilih digugur dan 50 ribu lagi pemilih sedang di siasat. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Dato Kamaruddin Mohamed Baria Setiausaha SPR kepada Bernama pada 27hb September 2011. Daripada jumlah pemilih yang digugurkan, terdapat 69,293 adalah pemilih yang telah meninggal dunia dan baki 1,068 pemilih yang telah dilucutkan kewarganegaraannya oleh pihak JPN.
Setiausaha SPR menyatakan bahawa tindakan itu diambil bermula Julai hingga 15 hb Sptember 2011 membabitkan jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 12.3 juta orang. Proses pemutihan ini telah melibatkan semakan rekod pemilih dengan kerjasama JPN, Jabatan Arah rekod dan Pencen (JRP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pendedahan terbaharu SPR ini telah menolak penafian Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof pada 19 hb Ogos 2011 yang telah menyatakan bahawa kemungkinan kesilapan dalam daftar pemilih SPR hanyalah 0.0001% sahaja. Jumlah pemilih yang digugur dan di siasat adalah 120,361 daripada 12.3 juta pemilih. Jumlah ini adalah 0.98 % bukannya 0.0001 % seperti yang didakwa oleh Pengerusi SPR. Jumlah pemutihan yang besar ini juga membuktikan dakwaan Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar yang menyatakan bahawa kesilapan yang berlaku adalah kesilapan kerani SPR adalah tidak benar. Tidak mungkin kesilapan kerani SPR sehingga melibatkan ratusan ribu data SPR.
Pemuda PAS Malaysia berpendapat bahawa pengguguran dan penyiasatan daftar pemilih SPR ini adalah kejayaan rakyat Malaysia dalam mendesak kerajaan membersihkan daftar pemilih terbabit. Desakan ini bermula daripada Himpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai 2011 dikuti siri-siri pendedahan yang telah dibuat oleh Pemuda PAS Malaysia. Persoalannya apakah SPR akan melaksanakan pemutihan secara intensif tanpa sebarang desakkan daripada rakyat? Pemuda PAS penuh yakin bahawa pemutihan ini tidak akan berlaku tanpa tekanan yang kuat daripada rakyat. Tahniah rakyat Malaysia.
Pemuda PAS mahu terus mendesak kepada SPR agar mengemukakan hasil siasatan ke atas 50 ribu pemilih yang pernah diwartakannya. Satu jawapan yang bertanggungjawab daripada SPR perlu dikeluarkan iaitu berapa ribukah jumlah pemilih yang memiliki kad pengenalan klon/palsu. SPR tidak boleh berdalih dalam perkara ini kerana Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar sendiri telah mengakui pada 24 Julai 2011 bahawa terdapat kad pengenalan klon/palsu dalam daftar pemilih sah SPR. Soalan ini boleh dipecahkan kepada berikut :
1. Berapa banyakkah kad pengenalan lama dimiliki oleh lebih daripada satu identiti pemilih.
2. Berapa ramaikah pemilih berkembar?(Memiliki nama pemilih yang sama dan kad pengenalan yang 83% adalah sama)
3. Berapa ramaikah pemilih yang berkod negara “71” yang telah digugurkan?
Cabaran yang paling besar dihadapi oleh SPR dalam mengemukakan hasil siasatan di atas adalah halangan daripada Menteri Dalam Negeri yang menjaga Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). Tidak mungkin hasil siasatan ini akan dimaklumkan secara telus kepada rakyat selagi kerajaan yang memerintah adalah Barisan Nasional(BN). Jika rakyat mahukan maklumat sebenar berkenaan manipulasi kad pengenalan klon/palsu dalam daftar pemilih SPR maka kerajaan BN perlu ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang. Rakyat perlu digembelingkan untuk mengagalkan sebarang bentuk ruang manipulasi dalam pilihanraya akan datang.
SUHAIZAN BIN KAYAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI PEMUDA PAS MALAYSIA.
KETUA PEMUDA PAS JOHOR.

Thursday, September 22, 2011
SPR a.k.a BN cuba nak main tipu, Tapi kantoi dan terpaksa gugur nama hantu
Terima bantahan PAS, SPR gugur 52 nama
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju untuk menggugurkan 52 nama yang meragukan daripada daftar pemilih di kawasan berkenaan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ia adalah daripada sejumlah 58 nama yang disenaraikan dalam bantahan PAS Shah Alam kepada SPR.
Keputusan itu dibuat selepas SPR mengadakan pendengaran terhadap bantahan tersebut Isnin lalu.
Manakala enam nama lagi dikekalkan dalam daftar pemilih selepas SPR berpuashati dengan penjelasan mereka.
Bercakap dalam sidang media di perjabat PAS Selangor hari ini, Khalid berkata dua daripada mereka yang digugurkan daripada daftar pemilih adalah dua orang yang dipercayai warga Indonesia, yang hadir dalam pendengaran tersebut.
Khalid berkata dua warga asing tersebut dikenali sebagai Erman Syamsuddin dan Edi Rabaini, masing-masing mengundi di Kampung Jawa dan Kampung Kuantan - dalam kawasan parlimen Shah Alam.
"Mereka datang bila kita buat bantahan di SPR. Mereka dipanggil untuk hadir. (Kita) Buat bantahan, orang yang kena bantah itu kena datang.
"Kalau tak datang, dianggap diterus gugur, bukan orang bermastautin. Mereka datang, (dan) mereka (kata) baru dapat kad pengenalan ini.
"Dia pun tak daftar sebagai pengundi... Dia kata, tak tandatangani apa-apa borang. Dia cakap loghat Indonesia masih pekat lagi," kata Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, mereka menerima alasan keenam-enam warga asing itu kerana kesemuanya memang mendaftar sebagai pengundi dan menetap di Shah Alam.
Khalid berkata, pihaknya perlu membayar RM10 bagi setiap bantahan dan perlu membayar RM150 bagi setiap seorang yang hadir sebagai "gantirugi dia bercuti dan datang ke SPR".
Pihaknya juga telah menjelaskan bayaran tersebut, tambahnya.
Dalam sidang media itu juga, setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata pendengaran bantahan mereka didengar di Kuala Selangor hari ini, manakala pendengaran di Subang berlangsung kelmarin.
"Daripada tuntutan kita itu, 90 peratus kita menang. Bermakna 90 peratus itu mereka hadir dan Mereka tidak didaftarkan oleh sesiapa," dakwanya.
Sehubungan itu, katanya, jika ini berleluasa, mereka akan membuat laporan polis sebagai kes penipuan dan akan memantau sesiapa yang masuk Selangor.
Tempoh bantahan daftar pemilih bermula Isnin lalu dan berakhir minggu hadapan. Semua bantahan dibuat Ogos lalu.

Saturday, August 27, 2011
JPN tak cukup kakitangan ke? atau memang perangai orang kerajaan macam ni?
Aku bukan la anti sangat dengan pegawai2 atau staff2 yang dapat kerja dengan kerajaan ni. tapi setiap kali aku pandang dorang. aku dengar je orang tu keje kerajaan, memang aku meluat betul. tak tau la kenapa. mungkin jelous sebab aku tak ada kelayakan yang setaraf dengan dorang. kelulusan aku tak sertanding dorang, sebab tu tak leh keje dengan kerajaan. itu kalau ikut sangka baik aku la.
Tapi kalau ikut sangka tak baik aku memang invironment keje kerajaan ni "lembab" "malas" "suka enjoy" "lambat" "perabis duit", "suka tukar kereta". Kemudahan bertimbun2 pun masih kata itu tak cukup, ini tak cukup,
Balik kat citer JPN ni. ari tu SPR kata JPN tak update. kenapa? tak ada orang nak update ke?, tak cukup staff? staff malas buat keje? nak kena ketuk baru nak gerak?. banyak cuti? bisnes kat ofis sampai keje tak siap?. kalau staff JPN tak reti nak buat keje. nak semak balik senarai semua. tak reti nak update. berenti je la wei.. ramai lagi orang nak buat keje.. baik ambik orang2 PAS tu ha. dah tentu dapat detact mana yang tak update lagi. kalau PAS tak hilite tak tau la bila lagi nak buat keje. Dah la nak dapat keje dengan JPN bukan main payah. (kalau ikut saluran yang betul). boleh blahhh laaa... sekarang ni dah kantoi nak menipu pulak.

| Status nama 'jarang didengar' berubah |
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS hari ini membongkar lagi keraguan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Terbaru, Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Mohd Adram Musa terdapat perubahan status terhadap nama 'jarang didengar' yang ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didedahkan mereka sebelum ini. Individu tersebut adalah Jumaayah Binti Alus yang kini namanya sudah ada dalam rekod JPN. Pada 22 Ogos lalu, pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Suhaizan Kaiat mendedahkan lima nama unik yang jarang didengar dan mempunyai dua nombor kad pengenalan berbeza. Nama-nama tersebut seperti berikut: 1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11. 2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja. 3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12 4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja. 5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6. Selain itu, ada di antara mereka termasuk nama Jumaayah Binti Alus hanya ada dalam senarai SPR dan tiada dalam rekod JPN.Bagaimanapun statusnya hari ini telah bertukar dan kini MyKadnya wujud dalam rekod JPN apabila disemak menggunakan salah satu nombor kad pengenalannya iaitu 511122105834. "SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didesak membersihkan Daftar pemilih terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada pihak lain. "Apa yang jelas SPR hanya cuba melepaskan diri dengan menyalahkan JPN ,dari siri pendedahan yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia," ujar Adram. Selain itu, beliau juga turut mendedahkan enam lagi nombor kad pengenalan yang didakwa ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod JPN. Nombor kad pengenalan tersebut adalah seperti berikut: 1. 790924145621 2. 750612105026 3. 620826086291 4. 850709146543 5. 850706145967 6. 651105105087 Sehubungan itu, beliau mendesak SPR membersihkan senarai daftar mereka terdahulu sebelum menyalahkan pihak lain yang mendedahkan perkara tersebut. "Saya tidak tahu berapa lama data ini boleh bertahan sebelum ditukar statusnya. Tidak salah jika rakyat membuat pelbagai tafsiran dengan keadaan seperti ini," katanya. |
Wednesday, August 3, 2011
Penipu yang terus menipu, Sedar la oii!!! Najib tak kan bantu di Akhirat
Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (SI PENIPU BESAR-lihat gambar) kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.
"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.
Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.
"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.
Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.
------------------------------------------------------------
KALAU DAN START DENGAN MENIPU, SELAMAMYA AKAN MENIPU!!SPR RASA NAJIB BOLEH TOLONG JAWAP DEPAN ALLAH, SANGGUP MENIPU DEMI NAJIB!!
Nampak tak si penipu ni kata..
1) Senarai belum update dalam record JPN
2) PR tak boleh memohon sebagai pengundi
3) SPR semak dengan JPN, kalau PR automatik kena reject.
Jadi, Walau apa pun alasan, Tak kisah la sama ada kesilapan teknikal, JPN terlupa update atau JPN tersalah update atau Orang yang tukang update tu cuti bersalin, atau apa sekali pun. Hakikatnya nama dalam sistem JPN masih di rekod sebagai PR (tak leh mengundi/mendaftar sebagai pengundi).
Makanya, orang itu tak akan ada nama dalam daftar SPR,
Sebab bila SPR check dengan sistem JPN yang dikatakan Agency Link Up System (Alis) tu konfirm akan reject. Sebabnya sistem belum update. Kalau dah reject mana boleh SPR main belasah je masuk juga dalam list pengundi SPR.
GILA KE SPR NI, GAJI DAPAT BULAN2 BUAT KERJA HARAM KE?
Bukan kerja Kilang Arak Je Haram, Kerja SPR pun kalau menipu sama juga haram!!
Bukan kerja Kilang Arak Je Haram, Kerja SPR pun kalau menipu sama juga haram!!
Tuesday, August 2, 2011
Malaysia Dalam Bahaya Angkara Kelangsungan Kuasa UMporNO
Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara
Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.
Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.
Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.
Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.
Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.
Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

Lagi Penipuan Pilihanraya Didedah !!!

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dikesan sekali lagi melakukan penipuan berdasarkan sistem pengesahan dalam Laman Daftar Pemilih suruhanjaya itu dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menunjukkan kewujudan warga asing sebagai pengundi.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan penemuan seorang pemegang status penduduk tetap (PR) yang diterima sebagai pengundi baru di Ijok, Selangor dikenali sebagai Mismah.
Mismah didaftarkan sebagai pengundi di kawasan DUN dimenangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada pilihan raya umum lalu dan Parlimen Kuala Selangor yang diwakili Dr Dzulkefly Ahmad dari Pas.
Nama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan SPR meskipun memegang status penduduk Tetap (PR). Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan perkara itu.
Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) berstatus PR yang tidak layak mengundi.
Bagaimanapun, nombor sama yang disemak dalam sistem SPR pula mendapati Mismah pengundi baru.
Menurut undang-undang pilihan raya, SPR mengemaskini daftar pemilih dan draf daftar pemilih tambahan setiap tiga bulan.
Nama semua pengundi baru yang berdaftar, pengundi yang bertukar alamat dan pengundi yang dipindahkan dari daftar pemilih akan dikumpulkan pada draf daftar pemilih tambahan.
Sementara itu, dua lagi pengundi dikesan iaitu Basri Buru Alimin (Mykad: 250622715425) dan Soessje Scwanne Jetty Silvana (Mykad: 380424715016) yang didaftar dalam laman pengesahan SPR sebagai pengundi berdaftar di Hulu Langat, tetapi tidak ada rekod dalam laman web JPN.
JPN menyatakan ‘tiada permohonan/nombor dimasukkan tidak sah’ apabila dua nombor itu dimasukkan ke dalam laman berkenaan. Ia menimbulkan persoalan samada dua individu itu adalah warganegara Malaysia.
Manakala seorang lagi pengundi bernama Mohd Fahmi bin Che Yusoff memiliki dua no kad pengenalan yang hampir sama tetapi cuma berbeza pada digit terakhir iaitu 850915105005 dan 8509155006.
‘Kedua-dua’ pengundi itu memiliki nama yang sama dari daerah mengundi Sungai Ramal, dan mendaftar mengundi di kawasan yang sama iaitu di Dun Bangi dan Parlimen Serdang.Keadilandaily
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
Akhbar Online
Dari Blog Pemimpin
-
-
-
-
-
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖5 years ago
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia7 years ago
-
World Environment Day Message (e/m/c)8 years ago
-
Pendidikan bukan perkara main main8 years ago
-
-
-
-
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN13 years ago
-
Jadual 10 Akhir Ramadan13 years ago
-
-
-
-
-
-

Selain itu, ada di antara mereka termasuk nama Jumaayah Binti Alus hanya ada dalam senarai SPR dan tiada dalam rekod JPN.