MALAM INI 15 MEI 2013
MEDIA RAKYAT
BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI
Showing posts with label pengundi hantu. Show all posts
Showing posts with label pengundi hantu. Show all posts
Wednesday, May 15, 2013
Thursday, May 17, 2012
Daftar Pemilih: Lelaki dengan nombor IC perempuan
Tak boleh mengundi, nombor IC 'dicuri'
| Harakahdaily, | 17 Mei 2012 |

BATU GAJAH: Seorang wanita mendakwa dirinya hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain.
Ketika membuat semakan, Puan Tamil Malar yang memiliki no kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya tidak keluar tetapi yang dipapar adalah nama seorang lelaki Mansor Bin Jali.
Puan Tamil Malar menetap di DUN Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak namun dalam semakan menggunakan no kad pengenalannya itu memaparkan beliu adalah pengundi di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka.Sementara itu, Adun Tronoh V.Sivakumar berkata, pihaknya hairan dengan kes yang berlaku itu sedangkan daftar pemilih dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu disemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Terbukti ada unsur-unsur penipuan dalam pendaftaran pemilih.
"Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut Sivakumar lagi, pihaknya kini sedang giat megesan 'pengundi hantu' yang mungkin wujud di Dun itu.
"Kami sedang membuat operasi ‘Ghost Busters’ di DUN Tronoh dan dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata," katanya merujuk kepada kes Puan Tamil Malar itu.
Tuesday, March 29, 2011
Gempar giler: Rumah ibu Azmin Ali dimasuki 'hantu'??
Dilaporkan 8 ekor hantu dijumpai di rumah ibu Ahli Parlimen Gombak -Azmin Ali, dipercayai hantu-hantu itu berketurunan cina dan india. kih.kih.kik..
SHAH ALAM: Jika daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diguna pakai, rumah ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ada ‘hantu’.
Bercakap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata terlalu banyak pengundi hantu muncul dan bilangannya bukan satu tetapi lapan karakter.
“Kalau ikut istilah pengundi hantu sebenarnya orang yang mati dihidupkan semula tetapi yang berlaku kini melibatkan penambahan pengundi dan pengalihan nama-nama pendafar.
“Contohnya, rumah ibu saya didafarkan seramai lapan orang dengan kaum Cina dan India sedangkan ibu saya tinggal seorang diri dan saya tidak mempunyai adik beradik kaum lain,” katanya yang menyifatkan SPR sebagai kuda tunggangan Umno.
Pendedahan itu menunjukkan daftar pemilih atau pengundi SPR tidak bersih hingga menimbulkan banyak keraguan besar walaupun pimpinan Umno kerap menyebelahi SPR yang didakwa mereka sebagai ‘telus’ dan ‘cekap’.
Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, pengundi hantu yang diwujudkan Umno pasti akan mengundi parti pemerintah itu untuk dijadikan sebagai taktik kemenangan pilihan raya akan datang.
“Ikut tradisi, pengundi hantu akan undi Umno, kerana hati mereka juga mati. Mereka akan memberikan kemenangan kepada Umno,” katanya.
Azmin juga menyarankan kerajaan negeri supaya melakukan pemantauan terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana beliau mendapat maklumat jabatan itu menjalankan ‘kerja kotor’ selepas waktu kerja.
“Kerajaan negeri perlu pantau JPN kerana mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing yang dilakukan selepas waktu kerja.
“Perkara itu berlaku di Sepang yang didakwa lebih 200 orang diberi kad pengenalan kerana sedar rakyat negara ini tidak memberi sokongan dan terpaksa bergantung kepada warga asing,” katanya.
di cedok dari Kembara Jr
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
Akhbar Online
Dari Blog Pemimpin
-
-
-
-
-
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖6 years ago
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia8 years ago
-
World Environment Day Message (e/m/c)8 years ago
-
Pendidikan bukan perkara main main8 years ago
-
-
-
-
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN13 years ago
-
Jadual 10 Akhir Ramadan14 years ago
-
-
-
-
-
-
