BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label polis malaysia. Show all posts
Showing posts with label polis malaysia. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Semua akan ditahan, tiada terkecuali !!!


Aduh yaiii !!!!

Perhimpunan BERSIH: Tiada lagi rundingan, kata polis -mk
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak lagi berminat berunding atau berbincang dengan mana-mana penganjur perhimpunan pada 9 Julai ini selepas nasihat diberikan kepada pemimpin masing-masing sejak kelmarin dan semalam.

NONEUtusan Malaysia Online memetik beliau sebagai berkata mereka yang berkeras untuk meneruskan dan menyertai perhimpunan itu bakal dikenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Semalam, pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, bemesyuarat dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan meminta laluan supaya pihaknya dapat menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

Pada mesyuarat itu, menurut Ambiga, Ismail melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan, walaupun diberi jaminan ia akan dijalankan secara aman.
BERSIH 2.0, berharap dapat berunding dengan Ismail sekali lagi minggu depan bagi mendapatkan bantuan polis bagi memastikan perhimpunan itu selamat.
Selain BERSIH, Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA juga berhasrat berhimpun pada hari yang sama dan telah berjumpa dengan polis.
Semua ketiga-tiga kumpulan juga memberi jaminan perhimpunan mereka akan diadakan secara aman.

Wednesday, April 27, 2011

Video seks lagi: Mudahnya polis Malaysia dipermainkan oleh penggila seks

"Andaian situasi: Polis tidak tahu atau tidak bersekongkol dengan fitnah video lucah"

Hari ni keluar lagi video lucah bangang dalam youtube. yang nyata polis telah dipermainkan oleh pengarah "siri fitnah video bangang". Adalah polis nak biarkan perkara macam ni terjadi lagi? lepas ni nak tiunggu siri III pulak keluar??. Sudah nya polis juga yang kena jawap. kenapa tak cari orang yang sebar kat youtube. Kalau yang ni pun polis tak dapat sattle apa lagi kes pembunuh, penculik kanak-kanak, perompak, perogol perasuah yang lebih rumit, lebih tersembunyi. (yang disiar di tv dan akhbar adalah yang berjaya, yang tidak berjaya masih banyak)

Dalam masa polis sibuk dengan siasatan, hantar video keluar negara untuk analisis, bersengkang mata untuk menyuasat. Terpaksa tinggalkan keluarga untuk amanah kerja sebagai polis. tiba-tiba, keluar lagi video siri 2 yang ntah dari mana datangnya (ada sumber mengatakan di upload di Indonesia oleh pengguna youtube yang baru sehari mendaftar) sudahnya kertas siasatan yang dibuat dengan pernuh jujur dan penuh bertanggungjawab direject. Masih bolehkah polis bertindak dengan adil, amanah, berhemah tanpa tekanan dan ikut telunjuk orang lain atau tugas mulia polis akan tercemar.

Apa yang dapat dilihat, polis telah dipermainkan oleh penjenayah gila seks.???!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku culik gambar di bawah ni dari milo suam (terima kasih) untuk tatapan semua,

Kali ini satu lagi penipuan terbongkar apabila rambut lelaki mirip Anwar Ibrahim ternyata jauh berbeza dengan Anwar Ibrahim yang sebenar. Lihat gambar di bawah. (dari video seks siri II)



source gambar: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/video-seks-anwar-ibrahim-bahagian-kedua.html#ixzz1KjOUTrcJ

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin