BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Sunday, March 17, 2013

Mansuh hutang PTPTN, Yang dah bayar macam mana?

Token penghargaan pada peminjam yang jelaskan PTPTN – Rafizi

(Oleh: Ruqayya Rahman)

PETALING JAYA 15 MAC:  Selain memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pakatan Rakyat  menawarkan token penghargaan kepada peminjam yang telah membayar pinjaman, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau mengumumkan berita baik itu ketika Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di One World Hotel, Bandar Utama hari ini.

“Setakat ni kita ada dua mekanisma, pertama kita tawarkan rebat atau yang kedua kita tawarkan insentif untuk mereka (peminjam yang telah membayar PTPTN) sambung belajar ke peringkat lebih tinggi dengan tanggungan penuh dari kerajaan.

“Yang penting tawaran token penghargaan ni kita akan bagi sebagai tanda kita menolak kezaliman secara total,” katanya.

118e29268e0811e2b44322000a1f92df_7

Rafizi turut menjawab beberapa soalan tentang pendidikan percuma termasuk dakwaan Umno mengatakan penghapusan PTPTN bakal menyebabkan kehilangan pekerjaan di kalangan kakitangan perbadanan itu.

“Tidak timbul isu kehilangan pekerjaan dan sebagainya, kami bukan benci pekerja PTPTN, kami nak hapuskan sistem riba dan semua cukai perkhidmatan yang tak logik dalam PTPTN,” katanya.

Menurut Rafizi, PTPTN akan tetap diwujudkan, namun fungsinya bukan lagi sebagai badan pemberi pinjaman kepada pelajar.

“Kita mungkin akan alihkan perbadanan ini sebagai badan yang akan menguruskan elaun sara hidup yang kita peruntukkan dalam manifesto (Pakatan),” katanya disambut tepukan gemuruh anak muda yang hadir.
Dialog dua hala yang dibuat secara bersiri bagi membincang isu generasi muda itu turut dihadiri beberapa pemimpin  termasuk Ketua Srikandi KEADILAN Siti Aishah Ismail dan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin