BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Thursday, March 21, 2013

Esok - Jelajah Merdeka Rakyat Bandar Tasik Puteri, Rawang 22 Mac 2013

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tanjung Malim, Rawang 22 Mac (Jumaat)

Meneruskan siri jelajah Merdeka Rakyat, kali ini Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramahnya  di Parlimen Tanjung Malim dan Parlimen Selayang.

Ceramah Anwar
Bagi ceramah pertama, Anwar akan menyampaikan pidatonya bertempat di Lot 466, Kg Batu 8, Behrang Ulu, Tanjong Malim, Perak. Ceramah itu dijadualkan bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala bagi ceramah kedua yang dihadiri Ketua Pembangkang itu, akan diadakan di Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Antara barisan penceramah pada malam itu terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak, Dr Mohd Nur Manuty, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Kor Ham, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Mustafa Kamil Ayub.

Menariknya ceramah pada malam itu akan diserikan dengan kehadiran bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan menyampaikan ceramah iaitu  Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid dan  Mejar (B) Kamal Badri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47950

1 comment:

  1. Dah tengok semalam, siap pak jabit bgoi ceramah lagi. hahaha

    ReplyDelete

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin