BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label ceramah Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label ceramah Anwar Ibrahim. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

LIVE NOW: ANWAR IBRAHIM DETIK AKHIR MENJELANG PRU13

4 MEI 2013 - HARI TERAKHIR BN


Events 


 Events

Tukar Kerajaan: Ukir Nama dalam Sejarah Malaysia

ESOK ADALAH PELUANG TERBESAR KITA UNTUK MENGUKIR NAMA SEBAGAI SALAH SEORANG YANG TERLIBAT DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA BARU,

UNDI PAKATAN RAKYAT

PAS, DAP, PKR

 

Ayuh anak muda, rebut peluang tukar kerajaan esok

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 4 MEI: Calon KEADILAN Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru semua anak muda bersama-sama melakar sejarah menukar kerajaan dalam pilihan raya esok.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu berkata, perubahan yang berlaku selepas pengundian esok akan menunjukkan kepada BN bahawa rakyat mempunyai kuasa dan kebebasan untuk memilih.

“Anak muda pemangkin kepada perubahan. Jika kita lihat negara luar seperti Indonesia, Myanmar dan terbaru di Timur Tengah, arus perubahan semua dilakukan anak muda,” katanya kepada Keadilan Daily.
Jelas Shamsul, Pakatan Rakyat telah pun menggubal manifesto yang akan memastikan anak muda diangkat tarafnya dari segi ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan.

“Semua manifesto yang kita rencanakan akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat mandat. Cara hidup dan pemikiran anak muda perlu ditingkatkan, sebab itu kita perlu berubah,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan beliau di Bukit Katil yang akan bersaing dengan Datuk Seri Ali Rustam, Shamsul berkata, rekod buruk Ketua Menteri Melaka itu akan menjadi faktor kemenangan Pakatan.

“Saya yakin dengan pelbagai rekod buruk yang ditinggalkan Ali di Melaka, membabitkan hutang negeri sehingga lebih RM800 juta dan program ekonomi yang tidak menjadi, itu semua akan jadi faktor kemenangan calon Pakatan,” kata Shamsul.

Thursday, May 2, 2013

Malam Ini: Anwar Ibrahim di Sungai Buaya, Hulu Selangor




JANGAN LUPA.. TERUSKAN MOMENTUM KEBANGKITAN RAKYAT PRU13

JUMPA DI BANDAR BARU SUNGAI BUAYA RAWANG
PARLIMEN HULU SELANGOR

JAM: 9.00 MLM - 12.00 MLM

THIS IS THE FINAL LAP!!!

UBAH!!
 INI KALI LAH!!



Wednesday, May 1, 2013

Jadual DS Anwar Ibrahim 1 Mei - 3 Mei 2013

SELANGOR >> JOHOR >> PERAK/HULU SELANGOR>> KEDAH

 

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat

1 Mei 2013 (Rabu) SELANGOR
1) 10.00 pg – Kampong Lindungan, Jln Kelang Lama, PJS 6
(Depan Kontena Nasional)

2) 11.00 pg – Bilik Gerakan PR Petaling Jaya Selatan , 
Jalan 2/16A, Taman Maju Jaya, Petaling Jaya

3) 12.00 tgh – Padang Taman Dagang, Ampang

4) 2.00 ptg – Putrajaya

5) 3.30 ptg – Tapak Pasar Malam Batu 20, Kuang

6) 4.30 ptg – Taman Kelang Utama, Klang (Depan Econsafe)

JOHOR
1) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Perdana
Lokasi: Jln Siakap 6, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang

2) 8.30 - 12.00 mlm – Ceramah Perdana
Lokasi : Sutera Mall, Skudai

3) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Perdana
Lokasi: Tapak Letak Kereta, Stadium Larkin, Johor Bahru

2 Mei 2013 (Khamis) Perak
1) 3.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: BGU Bagan Datuk, Bangunan PKNP, Simpang Empat, Hutan Melintang
2) 5.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: BGU DN Sungai Manik, Pekan Langkap
3) 6.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: BGU KeADILan Kampar, Malim Nawar
4) 8.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: BGU KeADILan Tapah, Jalan Pahang, Tapah
5) 9.30 mlm – Ceramah Perdana 
Lokasi: Pasar Awam Pekan Sungkai, Tanjung Malim
6) 11.00 mlm – Ceramah Perdana 
Lokasi: Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor

Jumaat 3hb - Kedah
1)   1.00 ptg – Solat Jumaat – Masjid Ulu Melaka, Langkawi
2)   2.00 ptg – Sepetang Bersama DSAI Lokasi: Pdg Maktab Mahmud, Ulu Melaka, Langkawi
3)   4.00 ptg – Sepetang Bersama DSAI Lokasi: Pekan Naka, Pedu
4)   5.00 ptg – Sepetang Bersama DSAI Lokasi:  Kg Tanjong Musang, Pokok Sena
5)   5.45 ptg – Sepetang Bersama DSAI Lokasi: Pej PKR Negri Kedah, Bakar Bata, Alor Setar
6)   7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib     Lokasi: Surau Taman Peruda, Sungai Petani
7)   8.30 mlm – Ceramah Perdana Lokasi: Taman Ria Jaya, Sungai Petani
8)   9.45 mlm- Ceramah Perdana Lokasi: Taman Semarak, Sungai Petani
9)   11.15 mlm – Ceramah Perdana Lokasi: Stadium Mini Keladi, Kulim

Friday, March 22, 2013

Ceramah UMUM - Jelajah Merdeka Rakyat, Rawang


CERAMAH PAKATAN RAKYAT

JELAJAH MERDEKA RAKYAT
TARIKH : 22 MAC 2013
TEMPAT PUTERI CENTRAL PART, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG
MASA : 9.00 MALAM

MAP

View Larger Map

Thursday, March 21, 2013

Esok - Jelajah Merdeka Rakyat Bandar Tasik Puteri, Rawang 22 Mac 2013

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tanjung Malim, Rawang 22 Mac (Jumaat)

Meneruskan siri jelajah Merdeka Rakyat, kali ini Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramahnya  di Parlimen Tanjung Malim dan Parlimen Selayang.

Ceramah Anwar
Bagi ceramah pertama, Anwar akan menyampaikan pidatonya bertempat di Lot 466, Kg Batu 8, Behrang Ulu, Tanjong Malim, Perak. Ceramah itu dijadualkan bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala bagi ceramah kedua yang dihadiri Ketua Pembangkang itu, akan diadakan di Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Antara barisan penceramah pada malam itu terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak, Dr Mohd Nur Manuty, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Kor Ham, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Mustafa Kamil Ayub.

Menariknya ceramah pada malam itu akan diserikan dengan kehadiran bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan menyampaikan ceramah iaitu  Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid dan  Mejar (B) Kamal Badri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47950

Saturday, January 28, 2012

Ceramah Anwar di Sabak Bernam Tiada Sambutan.. Habis lah PR Selangor Kali ni!!

Dah tau Sabak Bernam tu Kawasan UMNO, Sebab tu dak de orang datang, semua dah dapat BR1M RM500 beb.

Korang tengok la sendiri, Bungkus la jawap nye...

Aduhh....!! Banyak ni je macam mana nak menang

Alamak!! Banyak kerusi dari orang, kerusi boleh mengundi ke

Malas nak kate ape la..

Tu la, tak de orang nak percaya lagi dah..
Tapi.. bukan ke DS Anwar ceramah kat stadium, apesal rendah sangat spotlight stadium tu..

Betulke ni??
memang tak betul pun.. yang betulnya kat atas tu ceramah katak panggil hujan kat Jalan Kebun sebab tu tak de orang, takut kena Ujaann nanti demem.. dah la buat ceramah dekat dengan YB Nurul Izzah buat ceramah.. (Ceramah UMNO di Jalan Kebun)

-------##----------------000---------------##--------

Yang betulnya lagi kat bawah ni baru la Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabak Bernam


Wooo...Tak payah berdiri atas pentas pun 

Waaahhh.. Tak payah kerusi pun

Good bye UMNO

Thursday, January 26, 2012

Ceramah Pakatan Rakyat di Sabak Bernam!! mari turun ramai-ramai

Ceramah Perdana Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Sabak Bernam, Selangor
1.      YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2.      YB Azmin Ali
3.      YB Zuraida Kamaruddin
4.      YBhg Professor Aziz Bari
5.      YBhg Dr Badrul Amin Baharom
6.      YBhg Ustaz Solehan Muhyi

Thursday, December 1, 2011

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Hulu Selangor dan Tanjung Malim

DEMI RAKYAT
2 Disember 2011 (Jumaat)

Program 1)
Hulu Selangor
9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Malaysia Tanpa UMNO
Lokasi: Dewan Dato’ Hamid, Batang Kali, Hulu Selangor

Penceramah:
1.      YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2.      YB Azmin Ali
3.      YBhg N Surendran
4.      YBhg Khalid Jaafar

Program 2 )
Tanjung Malim, Perak
9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Demi rakyat
Lokasi: Kg Klan Halt 3, Simpang Felda Sungai Behrang, Slim River, Perak

Penceramah:
1.      YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2.      YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin
3.      YB Nga Kor Ham
4.      YBhg Dr Muhammad Nor Manuty
5.      YBhg Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Khattab

------------------------------------------------------------------

Karnival Jelajah GeMS
4 Disember 2011
Dataran Bukit Sentosa, Bukit Sentosa, Rawang

Thursday, April 14, 2011

Program ‘Grand Finale’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak

Program ‘Grand Finale’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak
5.00 ptg – Pekan Sadong Jaya
6.00 ptg – Pekan Asajaya
7.30 malam – Serian Seafood Garden Restaurant, Bazar Serian
9-00 malam – BDC, Jalan Stampin, Kuching
10.30 malam – Bandar Baru Semariang Fasa 3, Jalan Sultan Tengah, Kuching.


GAMBAR BAWAH NI BUKAN GRAND FINALE, RASANYA MESTI LAGI GEMPAK



Monday, April 11, 2011

BN dah guna talian hayat seawal hari ke-5




INI KAH YANG MEMBAWA NAJIB KE SARAWAK SEAWAL HARI KE-5 KEMPEN,

Mungkinkah juga lepas ni semua agensi bakal dikerah, Polis, SPR, Semua kementerian, Guru-guru, sampai budak2 sekolah pun nanti dijadikan bahan melariskan kempen BN dan menghalang kempen PR.





 

 

 

PRN Sarawak : Najib Bawa Jentera Kerajaan Persekutuan Bantu Kempen Sarawak

KUCHING - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tiba-tiba berkampung di Sarawak bertujuan memudahkan jentera kerajaan Persekutuan dikerah membantu kempen Barisan Nasional di negeri itu.Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehadiran Najib menunjukkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud tidak berkeupayaan untuk meraih sokongan rakyat untuk mengundi Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, ia juga menggambarkan  ketakutan BN hingga terpaksa membawa masuk keseluruhan jentera kerajaan Persekutuan bersama Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Ini adalah satu kesalahan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.Najib akan tiba di Kuching bagi kali kedua sejak kempen bermula pada 6 April dan hanya akan pulang Jumaat depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berada di Sarawak untuk kempen sejak beberapa hari lalu. Pada sidang media itu, Anwar berkata, kehadiran Najib, Muhyiddin dan Menteri Kabinet jelas  menunjukkan manifesto politik pembangunan BN gagal mengumpan sentimen rakyat.

“Janji pembangunan hanya ulang tayang yang tidak ditunaikan. Mereka gagal untuk sampaikan kepada rakyat. Untuk saya, mereka telah lama terpinggir. Tiada jaminan bahawa rompakan tanah dan balak ini dihentikan.Selain itu, beliau juga diberitahu seorang calon KEADILAN yang memaklumkan keseluruhan jentera kementerian yang diketuai Datuk Sharizat Jalil turun di Belaga.

Beliau dimaklumkan yang Sharizat membuat tohmahan kepada penduduk setempat kononnya keadaan di Pulau Pinang dan Selangor jauh lebih teruk daripada Sarawak sejauhkan situasi sebenar, terbalik./KD

Sunday, April 10, 2011

“Apa bezanya Pakatan Rakyat perintah tiga tahun dengan BN perintah Sarawak selama 30 tahun? - Anwar

“Adakah orang Sarawak diberi sagu hati jika masuk universiti? Adakah anak Sarawak yang baru lahir diberi saham? Adakah orang Sarawak dapat air percuma? Tidak ada. Kita tawarkan untuk merakyatkan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat.


BN Sarawak guna konsert ganggu ceramah Anwar

SARAWAK: Barisan Nasional (BN) Sarawak semakin terdesak apabila cuba mensabotaj ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengadakan konsert berhadapan tapak ceramah di Kampung Sebuan Besar.

Sungguhpun begitu, orang ramai tidak berganjak dan terus mengikuti ucapan Ketua Umum KEADILAN itu walaupun diganggu bunyi bising dari konsert nyanyian artis di padang awam di kampung yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak itu.

Seorang penduduk kampung yang juga petugas Pakatan Rakyat ketika ditemuiKeadilanDaily, berkata taktik itu tidak akan dilakukan BN jika mereka tidak terdesak.

“Tak apa, kita berkempen bukan hari ini sahaja. Mereka berbelanja berpuluh-puluh ribu ringgit untuk tarik ‘crowd’ (orang ramai). Belum tentu orang akan undi mereka,” katanya.

Ucapan Anwar lebih membawa makna kepada masa depan rakyat Sarawak
Pada pagi sebelum itu, polis cuba menghentikan ceramah Anwar yang mengadakan pertemuan bersama pengundi di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah.

Polis hanya membenar ucapan Anwar selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tetapi dihad kepada 15 minit.

Sebelum ini, polis melakukan tindakan sama terhadap tiga program yang dihadiri Anwar di Betong,  DUN Semariang dan Satok minggu lalu.

Dalam program di restoran 96 di Bandar Bintulu, kira-kira 3,000 hadir – rata-ratanya kaum Tionghua sekali gus menunjukkan semangat untuk melakukan perubahan.

Di Sebiu majoriti penduduknya keturunan Melanau-Islam, sambutan tidak kurang hebat. Penduduk setia untuk mendengar walaupun terpaksa berdiri sepanjang ceramah yang dijalankan perkarangan rumah.

Anwar dalam ucapannya mengingatkan mereka, pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat jauh lebih berjaya daripada 30 tahun dalam cengkaman regim BN di Sarawak, khususnya dari segi kebajikan rakyat.

“Apa bezanya Pakatan Rakyat perintah tiga tahun dengan BN perintah Sarawak selama 30 tahun?

“Adakah orang Sarawak diberi sagu hati jika masuk universiti? Adakah anak Sarawak yang baru lahir diberi saham? Adakah orang Sarawak dapat air percuma? Tidak ada. Kita tawarkan untuk merakyatkan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat.

“Ini bukan janji. Perkara ini kita dah buat,” kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh.
Beliau berkata, jumlah penduduk di Selangor adalah empat juta, sekali ganda penduduk Sarawak tetapi mampu mengagih kekayaan sumber bumi melalui program kerajaan negeri.

“Sedangkan, Selangor tidak ada minyak, tidak ada balak dan hasil sawit yang sedikit tetapi mengapa kami mampu lakukan? Kerana pemimpin yang amanah dan kasih kepada rakyat,” katanya.

Keadilandaily

Saturday, March 26, 2011

Mereka Semakin Gentar: Ceramah Anwar Jadi mangsa

5,000 saksi Anwar diheret polis dari pentas ceramah, 3 ditahan

 
Antara ribuan yang hadir program pelancaran kempen DNA: Datuk Najib-Altantuya

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa  berunding dengan polis Ampang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang  turut muncul hingga menggamatkan hadirin.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.
Suasana terus kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.

Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu, hingga menyebabkan kepalanya berdarah.

Kempen itu  dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’
 
Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9854

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin