BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Friday, February 15, 2013

Ayuh Siswa Siswi, Humbankan UMNO samseng negara

Lagi Cerita Samseng (UMNO) di Pekan buli siswa ugut siswi,

Nanti ada pulak mamat2 minah2 siswa yang otak beku ni kata, padan muka dorang sape suruh cari penyakit....
Otak beku sampai dah tak tahu mana yang lebih teruk antara samseng yang ugut wanita atau seorang wanita yang mengedar risalah. 
Siswa jenis otak beku yang terkongkong dengan agenda membekukan otak oleh UMNO (samseng) yang suka hiburan, terkinja2 sana sini, 

Biarkan mereka dengan keBekuan Otak mereka..

Mahasiswa kalau bersatu atas nama mahasiswa pasti menggegar negara, Jadi sebahagian dari sejarah negara yang akan di abadikan bila Mahasiswa bangkit mementang kekejaman, anak muda bangkit menghumban keangkuhan samseng.
Jangan rela siswa di herdik oleh samseng UMNO, dimaki oleh ahli Politik UMNO, di sepak, di buli oleh samseng yang hanya berani sebab mereka UMNO. 



Aktivis pelajar dakwa ahli Umno tarik tudung di Pekan

Dua aktivis pelajar perempuan mendakwa dua ahli Umno menarik tudung mereka ketika mereka sedang mengedar risalah anti-BN di Pekan petang ini.

Norfatehah Ahmad, 23, memberitahu Malaysiakini bahawa dua lelaki itu, yang memperkenalkan diri mereka sebagai ahli Umno, juga bertindak merampas risalah mereka.

Kejadian itu didakwa berlaku di pasaraya Mydin pada jam 3 petang.
NONEMenurutnya, kedua-dua lelaki itu juga cuba mengheret mereka ke
bangunan Umno yang terletak beberapa meter dari situ, dengan menarik tangan dan tudung mereka.

"Kami enggan ikut. Selepas itu, mereka menarik lagi tangan saya dan mengugut untuk melakukan sesuatu kepada saya jika saya tidak ikuti mereka," kata pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

"Malah mereka juga menunjukkan penumbuk kepada kami dan memberi amaran supaya kami jangan berada (di kawasan pilihan raya) Pekan. Saya begitu takut dan menangis. "

Selepas memanggil rakan-rakan mereka supaya membantu, kedua-dua aktivis pelajar itu diiringi oleh dua penduduk tempatan dan menyertai semula rakan-rakan mereka 30 minit kemudian.
Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Kamaruddin memberitahu Malaysiakini, kira-kira 20 penduduk tempatan dan anggota PAS membantu membawa mereka ke sebuah madrasah.

NONEDalam SMS kepada Malaysiakini,  Ahmad Syukri bagaimanapun mendakwa sekumpulan lebih 50 orang yang datang menaiki kereta dan bermotosikal bertindak mengepung madrasah itu.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut beredar dari madrasah dan menunggu di jalan masuk, selepas lebih ramai penduduk datang membantu pelajar berkenaan.

Ahmad Syukri memberitahu bahawa mereka berjaya mendapatkan sebuah bas untuk membawa pelajar keluar dari Pekan malam ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Ahmad Syukri berkata mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur "atas sebab keselamatan".

"Kita akan buat berbincang mengenai isu ini," katanya.

Menurutnya, mereka akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan sebuah bas dan dua buah kereta kira-kira jam 10 malam ini.
Nota: Laporan tambahan oleh Abdul Rahim Sabri

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin