BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Tuesday, May 17, 2011

Keputusan Mahkamah 16 Mei 2011 dijangka?? jadi??

Semalam bila keputusan makhamah keluar apa yang kita dengar dari penyokong dan pemimpin PR?? Semua dengan riak, bongkak dan bangganya kata dah jangka keputusan tu, dah agak dah.. dah tau dah.. tak terkejut. Tapi kalau memang itu yang pemimpin dan pengokong PR akan katakan bila keputusan keluar semalam. mesti mereka juga dah buat persediaan awal. Lepas ni kalau kalah masa bela diri pun mesti semua orang kata dah jangka. Anwar kena penjara pun mesti semua kata dah jangka, tak terkejut. tapi cukup ke sekadar dah jangka dan tak terkejut sedangkan sepatutnya itu satu kelebihan untuk buat tindakan susulan.

Kalau dah jangka Anwar masuk penjara, mesti kita juga dah jangka soalan "siapa jadi ketua pembangkang"?? (isu yang UMNO akan main),
Kita Juga mesti dah jangka soalan "siapa bakal PM"??
Kita Juga mesti dah jangka soalan dan isu "Cina DAP bakal PM sebab majoriti dalam Parlimen"

Kalau kita jangka soalan2 macam tu dan mesti kita juga dah jangka berapa ramai orang kampung yang akan temakan dengan berita Utuseks, RTM, TV3 yang hari2 akan mainkan isu ini.

Kalau kita kata dah jangka Anwar masuk penjara, Siapa pula yang sanggup keliling Malaysia buat ceramah perdana, ceramah penerangan sana-sini??

Adakah mulut kita shaja yang kata "dah jangka" tapi dalam hati masih menaruh harapan dengan hakim, Najib serta UMNO untuk menjadi orang baik, orang yang berhati perut, orang yang bersimpati??

Bukan nak melemahkan semangat atau mendoakan DSAI masuk penjara tapi DSAI pernah masuk penjara dan itu bukan suatu yang mustahil di Malaysia. Jangan pula bila semua kata dah jangka DSAI masuk penjara tapi terpinga-pinga bila tiba masanya nanti. Baru nak berebut, baru nak susun strategi, baru nak bangkit melawan. Baru nak buat program penerangan, Baru nak demo.

Ingat masa DSAI masuk penjara dulu, berapa lama semangat Reformasi akan berkekalan sebelum semuanya pudar dan berkecai, sehingga keadilan tinggal 1 kerusi.

Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol : Aziz Bari

SHAH ALAM 16 MEI : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

 
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.
 
"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.

"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.
Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.
 
Peguam Anwar,  Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan."  
Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.

"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu,"katanya.
Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.
 
"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipecat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.
 
Perbicaraan kes liwat fitnah itu akan bersambung 6 Jun. Jika disabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara hingga 20 tahun

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

Dari Blog Pemimpin