BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Monday, January 3, 2011

Untuk Rakyat Selangor yang masih belum tahu


MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Di Selangor, kerajaan negeri percaya sumber alam adalah milik semua rakyat – ikrar telah diberikan untuk memastikan kekayaan negeri akan pergi kepada rakyat. Justeru, melalui pelancaran MES pada tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah Selangor, rakyat dapat mengambil manfaat daripada ekonomi yang kukuh dan sihat. Program MES berasaskan falsafah bahawa setiap penduduk Selangor harus merasa mereka adalah sebahagian daripada negeri.

Pencapaian utama
Program MES adalah siri pakej kebajikan yang dilaksanakan dari fasa ke fasa sejak 2008. Ia bermula dengan fasa 1 sebanyak 7 program. Ia diikuti dengan fasa 2 yang bermula 2009. Fasa ketiga, keempat dan kelima akan dilaksanakan bermula 2010 dan tahun-tahun berikutnya secara sistematik. Kerajaan negeri Selangor akan terus merangka dasar dan program baru yang memberikan manfaat kepada penduduk. Maklumat lanjut boleh diakses di www.mes.selangor.gov.my

FASA 1
·         1. Bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu.
      Objektif: mengurangkan beban kewangan rakyat.
      1.5 juta meter individu pengguna air di Selangor mendapat manfaat daripada bantuan ini.
      RM 166.7 juta dibelanjakan untuk menampung bantuan ini.
·         2. Program meningkatkan hasil batu dan mineral.
      Kumpulan Semesta Sdn Bhd diwujudkan untuk fokus kepada pengurusan cari gali pasir di Selangor.
      Pendekatan baru pengambil batu dan mineral diperkenalkan.
      Untung daripada royalti pasir pada 2009 : RM 4.68 juta.
      Keuntungan diperoleh diagihkan kepada rakyat melalui program kebajikan.
·         3. Anugerah kepada pelajar yang berjaya masuk ke universiti.
      RM 1000 diberikan kepada pelajar kelahiran Selangor yang terpilih masuk ke universiti.
      Khusus untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (RM1500 ke bawah)
      7339 pelajar mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
·         4. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
      Insuran kepada bayi kelahiran Selangor sehingga umur 18 tahun.
      Dasar permulaan dengan memasukkan RM100.
      Semua akan menerima RM1500 apabila mereka mencecah 18 tahun.
      11,858 bayi berdaftar dengan skim ini.
·         5. Skim mesra warga tua
      RM 2500 diberikan kepada warga tua dan golongan kurang upaya*.
      13,342 keluarga mendapat manfaat daripada skim ini.
      114,699 berdaftar untuk skim ini.
·         *Tertakluk kepada tempat kelahiran dan status mastautin
·         6. Pusat Sehenti untuk Krisis (OSCC)
      Objektif: membantu wanita dan kanak-kanak dalam kes rogol, keganasan domestik dan dera.
      6 Pusat Sehenti telah diwujudkan di hospital Ampang, Serdang, Selayang, Sungai Buloh, Klang, dan Kajang.
      Seminar OSCC seminar berjaya dibuat di 37 DUNs.
      Fasa 2 OSCC:
·         7. Pendidikan umum berkaitan keganasan rumah tangga dan deraan seksual.
·         8. Periindungan kepada wanita dari segi infrastruktur, kaunseling dan bantuan guaman.
·         9. Dana Pendidikan untuk anak Pekerja Ladang
      Peruntukan biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang.
      Bantuan kewangan untuk membina dan menyelenggara hostel kepada kanak-kanak ini.
      130 pelajar mendapat manfaat dan menyambung pengajian di INPENS.


FASA II
·         90 hari cuti bersalin, 14 hari cuti untuk bapa dan 30 hari perlepasan bagi suami meninggal.
      Perlepasan bersalin
·         30 hari cuti pilihan sebagai tambahan kepada 60 hari perlepasan cuti.
      Cuti untuk bapa
·         7 hari cuti diberikan dengan tambahan 7 hari dengan pilihan.
      Kematian suami
·         3 hari cuti dengan 27 hari cuti pilihan.

·         Program pembangunan usahawan
      Program bantuan dan latihan untuk belia dan pembangunan keusahawanan.

·         Sumbangan takaful kepada mereka yang kurang upaya dan anak yatim.

Program Akan Datang

FASA III
1.    Bantuan pra-sekolah
a.    RM 50 sebulan kepada kanak-kanak.
2.    Bantuan pusat jagaan kanak-kanak.
b.    RM 75 sebulan bagi setiap kanak-kanak.

FASA IV
  • 1.    Geran pemilikan perumahan
  • 2.    Bantuan pengantin baru
  • 3.    Elaun ibu tunggal
  • 4.    Elaun khas untuk suri rumah

FASA V
  • 1.    Biasiswa pelajaran
  • 2.    Perlindungan alam sekitar
  • 3.    Pembinaan premis niaga yang strategik dan menarik
  • 4.    Membina kompleks mini untuk sukan dan rekreasi
  • 5.    Diskaun 20% untuk cukai pintu.
  • 6.    Meningkatkan pendapatan petani, peladang dan nelayan.

PROGRAM KEBAJIKAN YANG LAIN (TIDAK BERKAITAN DENGAN MES)
Selain daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), kerajaan negeri Selangor juga telah memperkenalkan sejumlah program kebajikan yang mensasarkan bantuan kepada kemasyarakatan seperti:

1. Orang Kurang Upaya (OKU)
  • ·         Pelekat kenderaan yang selaras kepada semua OKU dan diberikan di seluruh negeri.
  • ·         Dengan memiliki pelekat ini, mereka dibenarkan masuk ke kemudahan di kawasan letak kenderaan serta
  • ·         manfaat yang lain.
  • ·         Kemudahan kepada OKU diperkenalkan di semua bangunan baru kerajaan.
  • ·         Peluang bagi OKU yang menghadapi masalah pembelajaran bekerja di sektor awam dan swasta.
  • ·         Wakil OKU dimasukkan menyertai Kerajaan Tempatan dengan nisbah peratusan tertentu.
  • ·         Kerajaan negeri Selangor juga sedang mempertimbangkan untuk menambah-nilai pusat rawatan secara berkelompok dengan pengenalan teknologi moden. Derma sebanyak RM100,000 telah diberikan kepada Yayasan berkaitan penyakit jantung di Petaling Jaya untuk mendokong usaha mereka membeli mesin yang membolehkan terapi automatik dijalankan.

2. Takaful Rakyat
  • ·         Kerajaan negeri Selangor akan memperkenalkan Takaful Rakyat.
  • ·         Takaful Rakyat adalah skim insuran yang dijangka akan melindungi orang awam dariumur 18 hingga 60 tahun
  • ·         untuk kes kematian.
  • ·         Skim ini sedang di peringkat penelitian akhir untuk dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin