BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Wednesday, December 15, 2010

Jangan Sebarkan Berita Pasal Harga Minyak Indonesia

Marah betul aku dengan Kosmo ni, kenapa siarkan berita macam ni, nanti rakyat Malaysia tahu apa Menteri nak jawap.. Lu orang tak pikir ke KOSMO!!! ada ke patut dia kata harga minyak bersabsidi Indon RM1.56 je, kalau ikut harga pasaran RM1.94 je, (sedangkan kat Malaysia sebelum kurangkan subsidi RM1.85)

Indonesia kurang subsidi minyak


BEBERAPA orang mengisi petrol ke dalam tangki minyak kenderaan masing-masing di sebuah stesen minyak di Jakarta semalam.


JAKARTA – Parlimen Indonesia semalam meluluskan satu rang undang-undang yang tidak membenarkan kereta-kereta persendirian menggunakan minyak pada harga subsidi mulai tahun depan.

Undang-undang itu yang bakal dilaksanakan mulai Mac tahun depan itu akan bermula di Jakarta.
Pengurangan subsidi itu dibuat ekoran desakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang mahu wang digunakan bagi tujuan pembangunan infrastruktur.

“Sebayak 25 peratus golongan kaya di Indonesia menggunakan 77 peratus subsidi minyak. Subsidi sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukannya,” kata seorang ahli parlimen dari Parti Pembangunan Bersatu, Romahurmuziy.

Pemilik kereta persendirian perlu membayar minyak mengikut harga pasaran iaitu sekitar 5,600 rupiah (RM1.94) seliter untuk minyak gred lebih tinggi berbanding 4,500 rupiah (RM1.56) seliter sekarang pada harga subsidi.

Minyak subsidi hanya boleh digunakan oleh pengangkutan awam dan motosikal.
Undang-undang itu akan dikuatkuasakan di seluruh Indonesia secara berperingkat.

– AFP

Sumber di sini

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin