BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label keputusan kes liwat. Show all posts
Showing posts with label keputusan kes liwat. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Gendang Reformasi II Sudah dipalu

7 Mac 2014, Satu lagi hari yang menguji Pakatan Rakyat khususnya PKR, DSAI didapati bersalah dan di hukum penjara 5 tahun. Maka ramai yang menjangkakan akan berteraburlah segala perancangan "Kajang Move". Tak tahu lagi apa yang akan dirancangkan setelah DSAI tidak lagi layak pertanding (walaupun SPR kata nak kaji lagi). Bermula seorang ADUN PKR meletak jawatan, kemudian pengumumam DSAI sebagai calon PK Kajang. Rancangan memperkukuhkan cengkaman PR di Selangor seterusnya sebagai penggerak ke Putrajaya, Segalanya nampak teratur dan menggununglah harapan seluruh menyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Segala perancangan seakan berjalan dengan jaya seperti yang di rancang.

Namun, UMNO juga dengan perencangan kotor mereka. semanjak awal perletakan jawatan Adun Kajang, maka keluarlah satu persatu alasan, kutukan, tohmahan untuk PR. bermula dengan melabel Adun Kajang tak bertanggungjawab, PRK membazir seterusnya serangan peribadi mula dimainkan bila DSAI diumum menjadi calon. Paling awal memberi gambaran bahawa PRK ini bakal di penuhi politik kotor bila Mamat sekor yang bijak dan mendapat CGPA tinggi mula memberi bayangan bahawa bontot Saiful akan dihidang untuk menjadi santapan utama dalam PRK Kajang. Tak habis lagi, maka keluarlah otai-otai tua bangka yang mula panas pungkok bila DSAI nak jadi calon. Semakin keras amaran yang diberi untuk penghuni kerusi empuk dalam UMNO.

Selang beberapa minggu bermulalah gerakan berani mati UMNO untuk mematikan langkah Kajang Move PKR dan Pakatan rakyat. :Kes Bontot II" mula mengambil tempat. bagi UMNO ini adalah antara hidup dan mati "Do or Die". dan akhirnya DSAI di dapati bersalah dan di kenakan 5 tahun penjara.

Sekarang segala yang di rancang PKR dan Pakatan rakyat seolah-olah lebur menjadi abu dan apa segala rancangan kotor UMNO kelihatan berjaya dengan cemerlang.

Namun, ada lagi satu perancangan yang pastinya terbaik dan yang pasti berlaku. perancangan dari Sebain-baik perancang iaitu Allah. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku mulai dari hari ini hingga tamat PRK Kajang. bagaimana kedudukan kerajaan Negeri Selangor, rancangan ke Putrajaya dan segala macam yang sebelum digambarkan dengan gambaran yang indah-indah. tetapi kini seolah-olah kelam dan suram. Hanya yang yakin dengan perancangan Allah sebagai sebaik-baik perancang dan meyakini bahawa Allah bersama orang-orang yang benar akan dapat melihat detik ini bukanlah penamat agenda REFORMASI 1998 bahkan bersedia untuk agenda REFORMASI II yang lebih besar dan menyeluruh.

Mengimbas Reformasi 1998-99 yang mengakibatkan goncangan untuk UMNO sehingga kehilangan Terengganu. Mungkinlah harapan REFORMASI II ini untuk melihat Kajang Move ke Putrajaya itu berlaku. tetapi melalui jalan yang bukan seperti perancangan asal. Kerana manusia yang merancang hanyalah seorang manusia yang sifatnya lemah dan terhad. Tetapi yang ditunggu adalah segala ketentuan dari sebaik-baik perancang.

Yang penting untuk diingat rakan-rakan Pakatan Rakyat PAS dan DAP perlu menjadi rakan yang paling setia dalam apa jua keadaan. tahun 2004 parlu dikenang dan dijadikan tauladan supaya tidak berulang. Semasa DSAI masih dalam penjara Barisan Alternatif semakin hilang kesan dan tidak lagi menjadi pilihan. 

TERUSKAN PERJUANAGN, SALAM REFORMASI

BANGKIT RAKYAT KUBURKAN POLITIK KOTOR UMNO


Tuesday, December 27, 2011

UMNO nak huru harakan negara 9 Januari 2012

UMNO ITU PARTI LEMBU!!!
 

PARTI LEMBU MALAYSIA

Kerajaan Rakyat l Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di
Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman
dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.


 Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam
setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.

Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

27 DISEMBER 2011

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin