BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label Pilhanraya Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Pilhanraya Sarawak. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

BN masih nak bodohkan rakyat Sarawak

Walaupun Sarawak tu jauh dari selangor kena naik kapal terbang, tapi zaman sekarang maklumat di hujung jari. Lu ingat semua orang boleh dibodohkan maca pengikut BN yang dah sedia bodoh tu ke.korang boleh pusing-pusing cerita kat TV3, rtm, Utusan. tapi banyak lagi sumber berita rakyat Sarawak boleh dapat...

BN terdesak burukkan imej Selangor di Sarawak..

Tindakan itu tiada asas memandangkan lebih 3,000 rakyat Sarawak khususnya yang menetap di Selangor bijak menilai pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) sebagai terdesak apabila bertindak memburuk-burukkan imej kerajaan Negeri sepanjang berkempen pada pilihan raya negeri di Sarawak dewasa ini.
Menurut Khalid, tindakan itu tiada asas memandangkan lebih 3,000 rakyat Sarawak khususnya yang menetap di Selangor bijak menilai pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri tersebut.
Sepatutnya kata Khalid, semua pihak tanpa mengira parti politik perlu berganding bahu bagi melakukan pembangunan terbaik bagi rakyat di mana-mana negeri.
Beliau mengakui sepanjang berkempen di Sarawak rakyat di Bumi Kenyalang tertarik dengan konsep ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’.
“Kita sudah bukti dan berusaha sepanjang memerintah Selangor. Rakyat khususnya di Sarawak boleh melihat hasil di Selangor berbanding usaha kerajaan negeri Sarawak sepanjang memerintah lebih 40 tahun,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini petang tadi.


BN guna media putar belit isu

Menjelaskan lebih lanjut berhubung tindakan ‘terdesak’ BN itu, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok berkata BN menggunakan media seperti papan iklan dan surat khabar untuk memutar-belitkan sesetengah isu dan dinafikan oleh beliau.
Teresa yang baru pulang berkempen di Sarawak berkata beliau menjumpai satu papan iklan di Sarikei berhubung isu harga lesen penjaja di Subang Jaya, Kajang dan merata tempat di Selangor.
“Hari ini di dalam surat khabar Cina juga BN siarkan iklan politik yang mengatakan arak dilarang di Selangor. Ia tidak benar … saya meminta mereka (BN) cakap benar. Ini satu cara tipu helah dilakukan BN,” katanya yang juga ahli parlimen Seputeh.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Halimah Ali melahirkan rasa kecewa dengan sikap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah mengugut guru-guru supaya mengundi BN di Sarawak.
“Guru ada hak untuk memilih sesiapa yang mereka mahu untuk memerintah negeri. Sila hormati hak mereka dan beri guru-guru kebebasan bersuara dan tidak dikongkong menteri pelajaran,” katanya.
Semalam, melalui laporan media Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dipetik berkata beliau mahu guru-guru memangkah BN ketika mengundi nanti.
Pilihan raya negeri Sarawak kini memasuki fasa-fasa awal berkempen sebelum pengundian dijalankan pada 16 April ini.

Sunday, April 10, 2011

“Apa bezanya Pakatan Rakyat perintah tiga tahun dengan BN perintah Sarawak selama 30 tahun? - Anwar

“Adakah orang Sarawak diberi sagu hati jika masuk universiti? Adakah anak Sarawak yang baru lahir diberi saham? Adakah orang Sarawak dapat air percuma? Tidak ada. Kita tawarkan untuk merakyatkan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat.


BN Sarawak guna konsert ganggu ceramah Anwar

SARAWAK: Barisan Nasional (BN) Sarawak semakin terdesak apabila cuba mensabotaj ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengadakan konsert berhadapan tapak ceramah di Kampung Sebuan Besar.

Sungguhpun begitu, orang ramai tidak berganjak dan terus mengikuti ucapan Ketua Umum KEADILAN itu walaupun diganggu bunyi bising dari konsert nyanyian artis di padang awam di kampung yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak itu.

Seorang penduduk kampung yang juga petugas Pakatan Rakyat ketika ditemuiKeadilanDaily, berkata taktik itu tidak akan dilakukan BN jika mereka tidak terdesak.

“Tak apa, kita berkempen bukan hari ini sahaja. Mereka berbelanja berpuluh-puluh ribu ringgit untuk tarik ‘crowd’ (orang ramai). Belum tentu orang akan undi mereka,” katanya.

Ucapan Anwar lebih membawa makna kepada masa depan rakyat Sarawak
Pada pagi sebelum itu, polis cuba menghentikan ceramah Anwar yang mengadakan pertemuan bersama pengundi di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah.

Polis hanya membenar ucapan Anwar selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tetapi dihad kepada 15 minit.

Sebelum ini, polis melakukan tindakan sama terhadap tiga program yang dihadiri Anwar di Betong,  DUN Semariang dan Satok minggu lalu.

Dalam program di restoran 96 di Bandar Bintulu, kira-kira 3,000 hadir – rata-ratanya kaum Tionghua sekali gus menunjukkan semangat untuk melakukan perubahan.

Di Sebiu majoriti penduduknya keturunan Melanau-Islam, sambutan tidak kurang hebat. Penduduk setia untuk mendengar walaupun terpaksa berdiri sepanjang ceramah yang dijalankan perkarangan rumah.

Anwar dalam ucapannya mengingatkan mereka, pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat jauh lebih berjaya daripada 30 tahun dalam cengkaman regim BN di Sarawak, khususnya dari segi kebajikan rakyat.

“Apa bezanya Pakatan Rakyat perintah tiga tahun dengan BN perintah Sarawak selama 30 tahun?

“Adakah orang Sarawak diberi sagu hati jika masuk universiti? Adakah anak Sarawak yang baru lahir diberi saham? Adakah orang Sarawak dapat air percuma? Tidak ada. Kita tawarkan untuk merakyatkan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat.

“Ini bukan janji. Perkara ini kita dah buat,” kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh.
Beliau berkata, jumlah penduduk di Selangor adalah empat juta, sekali ganda penduduk Sarawak tetapi mampu mengagih kekayaan sumber bumi melalui program kerajaan negeri.

“Sedangkan, Selangor tidak ada minyak, tidak ada balak dan hasil sawit yang sedikit tetapi mengapa kami mampu lakukan? Kerana pemimpin yang amanah dan kasih kepada rakyat,” katanya.

Keadilandaily

Friday, April 8, 2011

Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak - Tekad Jana Perubahan -

Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak Tekad Jana Perubahan
10 PERUBAHAN UNTUK RAKYAT SARAWAK

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.

3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.

4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.

5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.

6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.

7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.

8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.

10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Thursday, April 7, 2011

Gambar: Penamaan Calon Pilihanraya Sarawak

Aku suka betul gambar ni, mungking sebab awek-awek Sarawak ni kot hehe..




Nak tengok gambar lagi, Jom layan kat sini

Wednesday, April 6, 2011

SPR?? apa cerita?? dah abis masa dah ni.. umum saja la

SPR Menyokong BN di DUN Muara Tuang (N15)

Maklumat terbaru Tulang Besi dapat terus dari N15 Muara Tuang, pegawai SPR masih tidak mahu mengisytiharkan kemenangan kepada calon PAS di situ.

Calon BN, Ali Taib Mahmud tidak menyertakan laporan kewangan sewaktu menyerahkan Borang Pencalonan beliau. Mengikut undang-undang SPR sendiri, Borang pencalonan Ali Taib Mahmud itu secara otomatik dikira tidak sah.

Namun, pegawai SPR masih lagi teragak-agak untuk mengisytiharkan kemenangan kepada calon PAS. Sudah pukul 0115 petang, namun SPR masih lagi belum membuat pengisytiharan.

Ini satu perkara yang memalukan kerana jelas menunjukkan SPR adalah parti komponen Barisan Nasional

Tulang Besi

Sunday, April 3, 2011

Jangan terpedaya janji 5 tahun sekali

KOTA SAMARAHAN, 3 April: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat Sarawak agar menjaga perinsip dan maruah diri dan tidak terlalu mudah 'dibeli' dengan sedikit habuan menjelang pilihan raya negeri ini.

Berucap sewaktu melancarkan gerak kerja pilihan raya bagi Dun Muara Tuang ,(gambar)  malam tadi, presiden PAS itu berkata, rakyat sebenarnya berkuasa memilih pemimpin mana yang baik untuk menjadi wakil mereka dan bukan memelih kerana dibeli.

“Rakyat di negeri jangan memilih pemimpin yang cuba membeli kita pada musim-musim (pilihanraya) seperti ini.

“Kita mempunyai maruah yang tinggi dan berkuasa menentukan siapa pemimpin yang perlu kita pilih,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Turut hadir dalam majlis perlancaran berkenaan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar.

Sambil mengingatkan rakyat agar memilih pemimpin yang mampu membangkitkan masalah mereka, Tuan Guru Abdul Hadi berkata Sarawak tidak memerlukan pemimpin yang hanya turun lima tahun sekali untuk menabur janji.

Apatah lagi ujarnya, selama BN memerintah di Sarawak, mereka hanya menjaga kroni-kroni mereka khususnya yang rapat dengan Ketua Menteri (KM) Sarawak, Penin Sri Haji Abdul Taib Mahmood.

“Kita tidak mahu pemimpin yang hanya muncul lima tahun sekali dan membeli kita dengan menabur pelbagai janji pembangunan.


(Presiden PAS bergambar dengan petugas PAS di Muara Tuang- gambar Rizal Tahir)

“Negeri Sarawak kaya dengan pelbagi hasil sepeti minyak, balik dan hasil bumi yang lain. Tetapi kekayaan itu hanya berpusing disekitar mereka (BN) dan yang rapat dengan KM,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Sarawak menjadi antara negeri yang termiskin di Malaysia akibat kerakusan pemimpin BN di negeri ini yang mencuri duit rakyat.


Sehubungan itu, rakyat nasihatnya, perlulah memilih pemimpin yang amanah dengan harta negeri dan ini dibuktikan oleh pemimpin PAS yang telah memerintah di negeri seperti Kelantan, Terengganu (1999-2004) dan Kedah.

Tambahnya lagi, PAS yang dasarnya ialah Islam, memberi jaminan sesekali tidak menganggu hak agama lain untuk mengamalkan amalan agama mereka.

“Menjadi dasar  PAS yang asasnya Islam, menjamin hak dan amalam agama lain. Islam membenarkan agama lain diamalkan secara bebas tanpa diganggu,” ujarnya.

Saturday, April 2, 2011

Kenyataan Media – Rakyat Sarawak harus bijak nilai kejayaan negeri PR

sebelum tu "Program DSAI di Sarawak untuk hari ni"

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak
2 April 2011 (Sabtu)
11.30 pagi – Ceramah – RH Laka, Punggu Tinting (DUN Bukit Begunan)
1.00 ptg – Ceramah – RH Ujan, Melugu Scheme (DUN Bukit Begunan)
2.00 ptg – Ceramah – RH Ayok, Pakit (DUN Bukit Begunan)
2.30 ptg – Makan Tengahari di Hentian Bas Temudok Agriculture Station
3.00 ptg – Ceramah – Kampong Lemujong (DUN Balai Ringin)
4.15 ptg – Solat Asar – Masjid Balai Ringin
5.00 ptg – Ceramah – Kampong Danau Melikin (DUN Balai Ringin)
8.00 mlm – Ceramah – Kampong Pengkalan Amo (DUN Tebedu)
9.30 mlm – Ceramah – Kampong Temong Mura (DUN Tebedu)

Kenyataan Media – Rakyat Sarawak harus bijak nilai kejayaan negeri PR

Tsunami politik yang melanda Malaysia dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 tidaklah berlaku secara kebetulan. Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) menawan lima (5) buah negeri (termasuk negeri Perak yang kemudian dirampas secara biadap oleh Barisan Nasional pada 2009) dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen bukan sekadar menandakan rakyat sudah semakin muak dengan kebobrokan dan kezaliman pemerintahan Umno-BN, malah membuktikan bahawa merekalah sebenarnya “hantu” dan “jembalang” yang harus dinyahkan daripada terus berkuasa di Putrajaya.

Di bawah Umno-BN, Malaysia sedang menuju ke gerbang kemuflisan akibat ketagihan Umno-BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didukung Umno-BN. Hutang Kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 pula memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Di Sarawak, bukan PR, sebaliknya BN adalah “hantu” dan “jembalang” kerana banyak memberikan janji-janji manis kepada rakyat dan menipu mereka dengan projek-projek mega yang kononnya menguntungkan rakyat. Saya ingin mengingatkan kepada Kerajaan Barisan Nasional, apakah janji-janji mereka kepada rakyat Sarawak semasa ingin melaksanakan Projek Empangan Bakun beberapa tahun dahulu. Mereka berjanji untuk memberikan pampasan tanah yang luas kepada mereka, menyediakan prasarana yang lebih baik bagi 10,000 penduduk yang dipindahkan atas nama pembangunan dan kemajuan. Sebaliknya 10,000 penduduk Sarawak makin miskin dan sengsara selepas perpindahan mereka ke tanah baru yang dijanjikan. Tanah yang diberikan sebagai pampasan adalah tidak setimpal dengan tanah yang telah dikorbankan untuk Projek Empangan Bakun tersebut. Inikah kemajuan dan pembangunan yang dicanangkan Barisan Nasional memberi manfaat kepada rakyat?

Hal ini sama sekali berbeza dengan negeri-negeri di bawah pentadbiran PR. Rakyat bukan sahaja menikmati hasil pendapatan negeri, malah negeri-negeri tersebut memperoleh pertumbuhan ekonomi yang lebih baik berbanding di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Buktinya, Selangor mencatatkan pelaburan mencecah RM29.3 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2010, yang mana merupakan nilai pelaburan tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain. Pulau Pinang berjaya mencapai pelaburan yang tertinggi dalam sejarah negeri dan Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM12.2 juta; iaitu sebanyak 26% daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara. Kedah pula sejak ditadbir oleh Kerajaan PR berjaya menarik perhatian pelabur di Kedah dengan dasar yang dilaksanakan sehingga menjadi negeri kelima nilai Pelaburan Asing Langsung (FDI) tertinggi di Malaysia. Manakala Kelantan pula semenjak 20 tahun lepas walaupun secara berterusan dianaktirikan, namun tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan dan membina ekonomi tempatan secara kendiri tanpa bantuan stimulus daripada kerajaan Pusat.

Selain itu, Buku Jingga yang dilancarkan oleh PR baru-baru ini yang menawarkan tindakan 100 hari pentadbiran PR mampu menepati kehendak rakyat, malah boleh mengatasi ucapan belanjawan negara oleh Najib yang lebih bersifat retorik walaupun bertemakan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Berdepan dengan Buku Jingga, pimpinan Umno-BN bukan sahaja gelisah dan gelabah bahkan seperti cacing kepanasan kerana Buku Jingga telah mendedahkan apa yang sepatutnya rakyat dapat setelah 53 tahun merdeka.

Justeru, Wanita Keadilan menyeru kepada rakyat Sarawak agar bijak membuat penilaian  seterusnya membuat pilihan yang tepat sewaktu hari pengundian pada 16 April 2011 sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak. Rakyat Sarawak perlu bijak memilih kerajaan yang mampu memperjuangkan kebajikan rakyat serta telah terbukti berjaya mentadbir negeri dengan baik sekiranya ingin benar-benar menikmati kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan hidup dalam suasana aman dan bersatu-padu.

Seluruh jentera Wanita Keadilan juga haruslah bekerja keras bagi memastikan PR menang besar di Sarawak sekaligus membolehkan rakyat Sarawak mengecapi hasil bumi Sarawak seperti mana rakyat di negeri-negeri di bawah PR kecapi pada hari ini.

YB Rodziah Ismail
Timbalan Ketua Wanita Pusat
Pengarah Pilihan Raya Wanita Pusat
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan)
1 April 2011

Friday, April 1, 2011

Sokongan PR meningkat di Sarawak - pengkaji media


Nazli Ibrahim
PETALING JAYA, 1 April: Seorang pengkaji media  yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya  isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding.

"Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

"Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi," kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas.

Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak

Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan.

"Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak.

Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik.

"Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

"Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

"Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka," jelas beliau.

Sementara itu ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban.

""Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar  sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

Melayu mengalami krisis peradaban


"Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama," kata beliau.

Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.

Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.

"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.

"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Abu Hassan.

Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada  berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.

"Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud - Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.

"Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang".   

Wednesday, March 30, 2011

Pilihanraya Sarawak: Telur Semakin Mengecut - Anwar dilarang berucap

Macam-macam alasan pulak dia orang ni, dah makin gelabah dah tu, telur pun dah makin mengecut. Buat rakyat Sarawak, pilihanraya negeri ni akan membawa perubahan kepada anda kalau anda sedia berubah, tanya lah rakyat Selangor Pulau Pinang Kedah, Kelantan, Apa yang kerajaan negeri mampu lakukan, Sarawak lagi kaya hasil bumi dan tanah. tanah luas terbentang.

kalau ada masa terluang aku akan listkan apa yang kami di negeri PR dapat. Cerita dongeng "BN sahaja boleh memerentah" dah tak laku.

Anwar dilarang berucap di Sarawak
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis PKR  Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.

Menurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalu lintas.

Anwar dalam ucapannya turut memuji tindakan Mun kerana membenarkan beliau memberikan ucapan kepada kira-kira 100 penyokongnya.

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 April.

Monday, March 28, 2011

Pilihanraya Sarawak: 5 kerusi untuk PAS, 15 untuk DAP

Syukur la kerusi PAS dan DAP dah ditentukan, buat PKR dan SNAP, bincang la baik-baik jangan sampai membawa perpecahan, percanggahan tu biasa, tapi sekarang musuh tengah bermain isu.. semoga dapat diselesaikan dengan baik biar TV3, rtm takde modal nak cerita. Yang lebih penting perancangan kempen mesti teratur kerusi je banyak tak bersaing pun tak guna, kalau setakat nak buang duit.

PAS tanding 5, DAP 15 kerusi di Sarawak
Nazri Abdullah   


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan PAS bertanding di lima kerusi dan DAP 15 pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, manakala PKR pula masih meneruskan perbincangan pembahagian dengan SNAP.

"...selebihnya itu (kerusi) Keadilan dan kita sampai tengahari tadi masih ada rundingan dengan SNAP," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan, Idris Ahmad, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga hadir pada mesyuarat sebelum itu bagaimanapun terpaksa keluar awal kerana mempunyai urusan.

"Nama-nama kerusi dan calon itu serah kepada parti masing-masing dan akan diumumkan di Kuching.

"Pandangan kita tak perlu umum di sini kerana kita hanya dapat input dari negeri. Kita hanya mengesahkan perundingan di negeri," kata Anwar lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan rundingan PAS dengan PKR dan DAP selesai.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak berada di sana sejak minggu lalu bagi urusan perbincangan kerusi tersebut.

"Kita sekarang sedang memantau persiapan kita di semua kerusi yang kita bertanding di sini," katanya.

Saturday, March 26, 2011

Video Lucah atau Pilihanraya DUN Sarawak.

Pendedahan Video seks rekaan ni memang memesongkan tumpuan rakyat dari Pilihanraya DUN Sarawak. Tapi macam mana penerimaan Rakyat Sarawak sendiri mengenai Video ni yang terkantoi sejak awal. adalah mereka sealiran yang video ini rekaan untuk menjatukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka bersedia menjadi yang terawal menyatakan reaksi politik terhadap pendedahan video ini dalam pilihanrnaya Sarawak nanti.

Walaupun tumpuan banyak terpesong hingga tarikh pembubaran DUN dan tarikh pilihanraya yang selama ini ditunggu-tunggu seakan sudah tidak dihiraukan namun kalau dapat dibawa angin kemarahan rakyat terhadap politik kotor :selak kain' ini ke Sarawak pastinya ia mejadi bekalan yang mantap untuk dimasukkan kedalam minda rakyat bahawa BN itu mesti dikuburkan segera jika tidak mahu Politik bawah kain ini semakin subur.


-Tulisan dari harakah-
Orang Islam di Sarawak boleh terima kemungkaran Taib?
Nampaknya tumpuan umum sudah terpesong kepada isu video lucah. Bahan-bahan sensasi dan kontroversi (sebenarnya hampas dan hanyir) seumpama itu, apatah lagi membabitkan personaliti hebat, memang mudah mengundang perhatian orang ramai. Masyarakat seakan-akan lupa seketika bebanan kehidupan seharian yang semakin menghimpit, juga pergolakan berterusan di Timur Tengah terutama Libya yang menjadi sasaran serangan tentera Bersekutu, selain tragedi pilu menimpa Jepun.

Menarik ulasan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali  dalam twitternya: "Apa nak jadi negara kita? Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua."


Salah satu perkembangan penting politik tanahair, pilihan raya negeri Sarawak ke-10, seperti tidak begitu diperhatikan. Walhal selama ini, ramai menunggu-nunggu tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri. Ia bukan sekadar penting buat warga Bumi Kenyalang, malah mampu mempengaruhi iklim politik nasional.

Tarikh pilihan raya umum ke-13 mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan di Kuching. Najib tentu menekuni mesej-mesej yang muncul bagi diolah untuk membentuk strategi berdepan Pakatan Rakyat. Trend pengundian di sana juga bolah menentukan tempo gerak politik seterusnya.

Bagaimanapun, tidak ramai yang berani menjangkakan BN akan tumbang, malah untuk Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga BN pun dikira agak sukar. Namun, realiti politik Malaysia selepas Mac 2008 dilihat payah diramal. Siapa sangka BN dapat ditumpaskan di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor?

Sarawak diasak dengan seribu satu isu-isu kritikal dan mendesak. Pendedahan pembolotan kekayaan Ketua Menteri, Taib Mahmud dan suku-sakatnya ketika majoriti rakyatnya masih dibelit kemiskinan tentu merimaskan Najib. Begitu juga kes rampasan tanah adat seperti dilaporkan laman sarawakreport.

Pensyarah kanan komunikasi Unimas, Dr Jeniri Amir pernah mencatatkan: "Untuk melihat kedaifan dan kemiskinan sebahagian rakyat Sarawak, kunjungi sahaja sebahagian rumah orang Melayu, Melanau dan rumah panjang Iban yang dalam keadaan begitu daif - dinding, atap dan lantai yang begitu menyedihkan. Saya pernah melihat dengan mata sendiri, masih terdapat rakyat yang papa kedana, dengan keadaan rumah yang hampir hendak menyembah bumi, dan dengan keadaan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ironinya, mereka ini merupakan penyokong setia BN yang ditaburkan pelbagai janji menjelang setiap pilihan raya.

"Penduduk dijanjikan air, bekalan elektrik dan jalan raya berturap. Tetapi janji tinggal janji, dan rakyat tetap miskin dan menderita. Mereka tetap menghadapi kesukaran untuk makan makanan yang enak, pakaian yang mencukupi, dan seterusnya mengeluarkan keluarga daripada cengkaman kemiskinan."

Apa pun, usah pandang rendah kemampuan pengundi untuk melakukan perubahan. Ramuannya sudah tersedia. Kebencian terhadap elit penguasa -- bukan sekadar Taib -- yang turut memunggah khazanah negeri untuk diri, keluarga dan kroni meluap-luap.

Masyarakat Bumiputera Islam mungkin terkeliru dengan propaganda BN yang giat memainkan sentimen perkauman dan keagamaan. Peratusan penduduk Melayu-Melanau (sekitar 29 peratus, termasuk sebilangan kecil yang beragama Kristian dan kepercayaan lama) memang rendah, khususnya berbanding kaum Dayak (sekitar 44 peratus) dan bukan Islam umumnya.

Soalnya, apakah segala kesalahan dan "jenayah" Taib terpaksa ditelan begitu sahaja demi "survival" umat Islam? Apakah elemen rasuah, kronisme, kezaliman dan salahguna kuasa regim Taib tidak dipandang serius pengundi Melayu-Melanau? Kita tidak mahu mendapat mesej yang salah sekiranya dikatakan hanya pengundi Cina bersedia mencetuskan gelombang reformasi di 15 kerusi Dun.

Pengumuman pelan persaraan Taib ketika Najib dan timbalannya, Muhyiddin Yassin berkunjung ke Sarawak menjelang Dun dibubarkan menandakan Presiden PBB itu sudah menjadi liabiliti buat BN. Dakwaan salahlakunya yang menimbun tidak dapat disanggah lagi. Kalau dahulu mungkin Najib cuba menutup mata dan menyerahkan bulat-bulat kepada Taib tetapi situasi politik mutakhir ini tidak mengizinkannya lagi.

Pengundi sedang meneliti siapa bakal pengganti Taib atau lebih tepat, siapa yang lebih disenanginya, bagi menjamin kepentingan diri dan sanak-saudaranya nanti. Dengan tompokan aset yang luarbiasa banyaknya, Taib pasti curiga apakah SPRM tidak akan menganggunya selepas bersara. Baru-baru ini, Presiden Transparency International – Malaysia (TI-M), Paul Low menggesa SPRM segera menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib. 

Tetapi, lebih penting, kenyataan Taib itu disambut dingin. Lebih 15 tahun lalu, pada 1996, Taib juga berjanji akan melepaskan jawatan. Kini, selepas 30 tahun berkuasa, dia dijangka akan terus berkuku. Jika BN menang besar, Taib mungkin berkuasa lagi atas alasan -- daleh biasa mana-mana penguasa yang lama mencengkam -- pengganti sesuai belum dapat ditemui.

Soalnya, seperti sering dibangkitkan, apakah majoriti pengundi dapat akses dengan sumber maklumat bebas? Saya mengharapkan telahan blogger Norizan Sharif ada kebenarannya: "Setelah berbual dengan ramai penduduk di bandar, pinggir bandar dan pedalaman (Sarawak), saya cukup yakin bahawa media sosial - sama ada blog, Facebook atau Twitter - akan memainkan peranan penting mencaturkan keputusan pilihan raya negeri. Adalah menjadi satu kesilapan yang cukup besar sekiranya ada pemimpin politik di Sarawak yang merasakan pengundi pedalaman tidak tahu apa yang disiarkan dalam internet - tak kisahlah sama ada ia benar, bohong atau separuh benar."

SUMBER-HARAKAHDAILY-

Saturday, March 19, 2011

Berita dari Sarawak Yang TV3 "lupa" siarkan!!

Belum lagi DUN dibubarkan juta-juta dah diumumkan untuk rakyat Sarawak, PRK Tenang, Merlimau, Hulu Selangor, Sibu dulu juta-juta juga, banyak betul duit dorang ni. Orang-orang yang dijanji juta-juta ni merasa ke apa yang dijanji tu??

Belum lagi DUN bubar TV3 dah ada rancangan khas "Sayang Sarawak". 15 minit pertama Buletin Utama serita BN baik Penbangkang jahat.

Ada juga berita dari Sarawak yang TV3 lupa nak bagi tau. Macamana Taib mamun dapat duit banyak.


EKSKLUSIF Buat Rakyat Sarawak!! Mahukah anda ditipu lagi??

Encik Hasri : 013 - 4450162

Satu pendedahan bagaimana pemilik tanah asal diperbodohkan oleh Taib Mahmud dan Kroninya hingga tanah bertukar milik akhirnya ..Eksklusif dari Sarawak Report..


Balingan, Pusat rampasan tanah Taib MahmudTaib Mahmud telah menjanjikan pembangunan, tetapi dia telah mendatangkan kemusnahan kepada kawasan pilihanrayanya sendiri.
Kini terdapat banyak komuniti yang mengalami kejutan akibat gelombang apa yang kami namakan sebagai ‘pembangunan kemusnahan’ pada kawasan-kawasan yang kebanyakannya adalah tanah-tanah rezab hutan (Forest Reserve).

Kajian kami mendapati syarikat-syarikat di sebalik pemusnahan ini yang telah mendatangkan keuntungan kepada Taib Mahmud, saudara-mara terdekatnya atau kroni-kroni perniagaannya dan individu-individu yang dikenali dan yang biasanya bertindak sebagai proksinya.

Gambar-gambar pada entri asal (berbahasa Inggeris), yang diambil dalam perjalanan kami melaksanakan kajian dan siasatan kami itu, menunjukkan kesan kemusnahan akibat tsunami – tetapi tsunami ketamakan yang dilakukan oleh seorang lelaki tua bersama gerombolan kroni penyangaknya ke atas kawasan-kawasan pengundinya sendiri.
Setiap satunya untuk saya – tiada untuk kamu
Taib telah berpura-pura memberi ‘kemajuan dan pembangunan’ kepada rakyatnya. Beliau telah berkali-kali menasihatkan para pendengar khutbahnya untuk ‘bersabar’, tetapi dalam pada itu dia tidak menunjukkan sebarang kesabaran untuk meranapkan apa sahaja tanah yang mempunyai nilai yang telah didiami rakyatnya sejak beberapa generasi lagi.

Individu-individu ini telah dibayar RM250 untuk satu ekar tanah-tanah NCR mereka, sungguh memilukan – mana kala ada pula yang tidak dibayar satu sen pun!

Seorang Iban yang berusia 80 tahun telah memaklumkan kami bahawa dia dan keluarga sehingga lima generasi telah membuka kawasan itu, dan mengusahakan dusun buah-buahan, yang kini telah dimusnahkan tanpa sebarang pampasan.
Pada satu lagi kes, jentolak milik syarikat perladangan telah hampir-hampir merobohkan rumah panjang orang-orang di situ. Para penyiasat dan pengkaji dari Sarawak Report telah mengesahkan bahawa orang-orang yang dibayar pampasan adalah sebenarnya ketua-ketua kaum yang dilantik oleh kerajaan, yang kini diberi gaji bukan untuk mewakili kaum-kaum mereka, tetapi untuk menjadikan mereka sentiasa tunduk dan akur kepada arahan-arahan dari kerajaan BN.

RM250 adalah suatu jumlah yang amatlah kecil berbanding dengan nilai kayu-kayan dan konsesi-konsesi ladang kelapa sawit atas tanah-tanah berkenaan, yang akan kami bentangkan pada bahagian lain dalam artikel ini.

Mendatangkan kekayaan kepada keluargaku dan rakan-rakan niagaku atas nama ‘pembangunan’




Lihat para "tentatif" yang diletakkan! Nampak sekarang
bagaimana Taib menipu??

Kajian dan siasatan Sarawak Report ke atas pengambilan tanah-tanah di kawasan Balingian dan Mukah oleh Taib telah berjaya membongkar suatu tahap penipuan yang amat mengejutkan. Cubaan-cubaan untuk menutup dan menyembunyikan jumlah wang yang amat besar yang terjana untuk keluarga dan rakan-rakannya, telah dapat kami bongkar yang membuktikan berlakunya rasuah.
Tanah-tanah yang diambil oleh Arip dan Taib sendiri melalui Mesti Bersatu
Salah satu contohnya adalah satu kawasan tanah di Balingian, yang dianggarkan 34,000 hektar luasnya, telah diserahkan pada awal 2000-an kepada saudara Taib ketika itu, arwah Arip Mahmud.

Kami telah mengenalpasti terdapat 7 plot yang luas dari pejabat pendaftar tanah, yang telah diserahkan kepada beberapa syarikat yang jelasnya diuruskan oleh Lanco Plantation, milik arwah Arip. Lanco Plantation Sdn Bhd berpejabat di 458/459, Sublot 62, Jalan Padungan, Kuching, Sarawak. Pengurus syarikat berkenaan adalah Patrick Embol dan peguam mereka adalah Lim Jit Meng.

Kami mendapati wakil Arip adalah Hamni bin Juni dan Haji Anwar Susadd bin Razali, kerana mereka telah menggunakan alamat yang sama dengan Lanco Plantation di dalam rekod pendaftar tanah



Setengah kawasan dikhususkan kepada kroni Taib dalam DUN nya sendiri.
Palmyn dan Golden Star-Ace diserahkan kepada

Cubaan-cubaan untuk menyembunyikan pemberian tanah-tanah kepada Lanco menggunakan nama-nama syarikat yang berasingan, namun jaringan-jaringan itu dapat kita kesan di pejabat pendaftar tanah. Kedua-dua syarikat Palmlyn dan Hariyama menggunakan alamat dan nombor telefon yang sama dengan Lanco, nombor telefon pengurusnya, Patrick Embol, juga digunakan pada Rajah Mutiara Sdn Bhd.
Lim Jit Meng merupakan peguam yang sama untuk pengambilan dua ladang di Pulau Bruit bagi pihak Arip Mahmud (Easter Eden dan Poh Zhen) yang telah berjaya memperolehi keuntungan sebanyak RM40 juta untuk Arip dan Ketua Menteri ketika dijual semula 12 hari kemudian!
Semua syarikat yang telah kami dedahkan di atas telah berkontroversi dengan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kroni pembalakan Taib yang terkenal rakus di seluruh dunia, Tiong Hiew King.

Terdapat keuntungan syarikat-syarikat itu dimasukkan ke dalam syarikat-syarikat awam untuk keluarga Taib, walaupun selebihnya masuk ke syarikat-syarikat peribadi Tiong di mana transaksinya masih tidak diketahui.



Semua syarikat yang tersenarai di atas kesemuanya jelas milik Taib Mahmud!!

Dalam kes Hariyama, yang telah memperolehi sebanyak 10,600 hektar tanah hutan simpan terlindung Retus, kita mendapati Arip Mahmud telah merundingkan transaksi sebanyak RM6.8 juta pada 24hb Februari 2003 dan kemudian menjualkannya kepada syarikat Jaya Tiasa milik Tiong dengan harga RM23.5 juta empat hari kemudian iaitu pada 28hb Februari 2003 untuk mendapat keuntungan sebanyak RM17 juta.
Keluarga Taib juga memiliki saham-saham dalam Jaya Tiasa, maka dengan itu mereka tetap akan menikmati keuntungan dari pengeksploitasi kawasan-kawasan itu menerusi ladang kelapa sawit.

Begitu juga, kita mempunyai bukti yang menunjukkan 5,000 hektar ladang Palmlyn, di mana Arip telah diminta untuk menjelaskan premium sebanyak RM3 juta pada 12hb Februari 2004, telah dipindahkan ke Subur Tiasa, juga milik Tiong, pada 30hb September 2004 dengan harga RM11.7 juta, keuntungan RM9 juta.
Rajah Mutiara dan Golden Star-Ace yang kini didaftarkan sebagai dimiliki oleh syarikat-syarikat peribadi Tiong, iaitu Rimbunan Hijau Group.

Atas alasan ini, harga yang dibayar kepada keluarga Taib Mahmud tidak direkodkan secara terbuka, tetapi kami boleh menganggarkan lebih banyak juta-juta yang diperolehi oleh keluarga yang terkaya di Sarawak.

Raziah dan skandal Sarawak PlantationRaziah dan suaminya, Robert Geneid, telah mendapat 27,000 hektar tanah menerusi konsesi dalam rantau itu, di bawah syarikat-syarikat Miracle Harvest dan Green Ace Resources, di mana syarikat awam Kwantas telah mendapat 70% saham setelah menerima konsesi.
Konsesi kini telah dijual untuk mendapatkan keuntungan sebanyak berjuta-juta ringgit. Raziah juga menerima syarikat Saradu Plantation dari saudaranya, Ketua Menteri, berjumlah 5,000 hektar.

Namun, skandal Sarawak Plantation telah mendedahkan suatu amalan rasuah yang dilakukan di tengah-tengah kerajaan Taib, di mana dia menggunakan proksi dan wakil-wakil untuk mengawal perniagaan utamanya di Negeri Sarawak dan menswastakan aset-aset negeri ke tangan ahli-ahli keluarganya.

Hamid Sepawi dan Hasmi Hasnan adalah dua orang ‘saudagar kaya’ yang bertindak sebagai proksi atau wakil utama kepada Taib Mahmud.
 
Kedua-dua orang berkenaan bertindak sebagai Pengerusi-pengerusi/Pemegang-pemegang utama atas saham-saham dalam pelbagai usahasama negeri dan juga usahasama ‘yang diswastakan’ yang sering menerima kontrak-kontrak dan kementerian-kementerian pimpinan Abdul Taib Mahmud. Hamid Sepawi adalah sepupu Taib, mana kala Hasmi Hasnan adalah kenalan Taib yang juga seorang bekas pegawai Jabatan Tanah dan Survei.
Kedua-dua orang ini, yang berasal dari keluarga sederhana, telah mendapat tempat sebagai pemimpin multi-perniagaan, yang juga tersenarai di kalangan 30 orang terkaya di Malaysia, setelah Taib menjadi menteri dalam tahun 1981.

Mereka bertindak sebagai pengurus bersama bagi rangkaian usahasama yang dibiayai oleh Taib – salah satunya adalah Sarawak Plantations yang berskandal kini.


Menswastakan keluarganya sendiri
Profil syarikat Sarawak Plantations Bhd jelas menunjukkan bahawa ianya telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam “sebagai mekanisma untuk menswastakan aset-aset milik Sarawak Land Development Board (SLDB).

Ini jelas bermakna sayarikat berkenaan telah menerima kawasan-kawasan tanah yang amat luas yang pada asalnya merupakan tanah negeri.

Taib dan keluarga tidak sedikit pun didengar memohon maaf ketika mereka ‘membangunkan’ tanah-tanah NCR yang mereka dapati. Tetapi perolehan keuntungan itu terdapat pada maklumat-maklumat pemegang saham yang telah diumumkan untuk syarikat ‘awam’ itu.


Kedua-dua Hamid Sepawi dan Hasni Hasnan yang memegang jawatan-jawatan utama dalam syarikat tersebut, maka pegangan saham-saham mereka pun harus diperjelaskan di bawah undang-undang.

Lebih 60% dari bank tanah Negeri Sarawak, termasuk suatu kawasan yang amat luas di kawasan pilihanraya Taib sendiri telah ‘diswastakan’ kepada Hamid Sepawi dan Hasni Hasnan yang bertindak selaku proksi kepada si tua bangka itu.


Adakah Ketua Menteri itu ingin mengelirukan para pengundi di kawasan pilihanrayanya bahawa dia bukan hanya mewakili mereka, tetapi berhakmilik atas kawasan mereka?

Memandangkan mereka belum berpuas-hati dengan pemilikan yang tak langsung ke atas beribu-ribu hektar tanah di Balingian melalui Sarawak Plantation, kedua-dua orang proksi Taib berkenaan kini memiliki ladang-ladang berasingan dalam kawasan itu, sebagai mana direkodkan dalam pejabat Pendaftar Tanah.


Kroni-kroni lain yang mendatangkan masalah-masalah kepada para pemilik tanahTerdapat beberapa buah syarikat lagi yang turut membawa masalah kepada orang-orang tempatan di Balingian. Mereka itu juga merupakan pemegang-pemegang konsesi yang lain. Desacorp (di mana anak rakan politik Taib, Hamid Bugo ada pegangan saham) dan Empire Plantations yang besar, dimiliki oleh keluarga Wong, kroni perniagaan utama Ketua Menteri menerusi syarikat mereka, WTK.
Kini terdapat empat buah rumah panjang di Ulu Kenyana telah menemui ketua PKR Baru Bian untuk mewakili kes mereka.

Linggam anak Ngabok dari komuniti Iban Rumah Randi di Kenyana, menceritakan kepada kami bahawa masalah-masalahnya bermula dua tahun lalu apabila Empire Plantations telah mencerobohi tanah-tanah adatnya dan memusnahkan lanskap, termasuk pokok-pokok buah.

Namun pemilik ladang enggan mengikhtiraf hak-hak orang-orang kampung di situ.

“Apabila mereka mengadakan mesyuarat dengan Pegawai Daerah (DO) untuk membincangkan beberapa perkara, mereka tidak membenarkan kami masuk. Mereka hanya menuntut untuk bercakap dengan Penghulu dan Tuai Rumah” kata Limnggam.

Mesej yang dibawa balik oleh Penghulu untuk anak-anak buahnya adalah “Tanah itu adalah Tanah Negeri (State Land), jadi kamu tak boleh buat apa-apa” kata orang-orang kampung itu.
Tetapi mereka tahu bahawa tanah-tanah itu adalah milik mereka sejak berkurun lamanya.

Mereka juga sedar bahawa ketua-ketua mereka yang dilantik oleh Barisan Nasional, yang mewakili mereka, telah dipaksa untuk bersetuju dan diberi RM250 untuk setiap hektar dan bukan untuk anak-anak buah mereka.

Orang-orang kampung mengatakan bahawa ketua-ketua mereka juga bertindak sebagai pemegang saham-saham dalam ladang-ladang tersebut, yang memberikan mereka lebih banyak insentif untuk bertindak menentang kepentingan orang-orang yang mereka wakili.


Telampau banyak kata-kata Taib mengenai ‘modenisasi’ yang boleh membawa kebaikan untuk orang-orang kampung. Mereka telah dipinggirkan dan tidak menerima apa-apa, walaupun mereka berada dalam kawasan pilihanraya Taib.
Kini mereka semakin sedar.


“Kali ini kami tidak akan mengundi BN lagi. Tidak sama sekali”.
sumber: Anak Sungei Derhaka

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin