BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label MB Selangor. Show all posts
Showing posts with label MB Selangor. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Lagi Debat Syok Sendiri, Bakal MB Selangor dalam mimpi (pun tak juga)



Lagi sekali aku dapat SMS jemputan ke debat syok sendiri
ZUL KULuM lawan NOH OMAR








Sejarah sebelum ni..






tengok kat sini

kat sini juga


Selamat berdebat dengan kerusi dan lori ikan

Saturday, March 26, 2011

Inilah akibatnya bila BN kalah di Selangor

Betul ke BN je yang mampu dan pandai mentadbir, BN memang pandai, tapi pandai menipu, memfitnah, boleh mentadbir tapi kroni mesti diutamakan. rakyat disusahkan.

Kerajaan PR Selangor Bela Nasib Penduduk Rumah Panjang PJS1

Saturday, 26 March 2011 | Ruangan: Berita
KUALA LUMPUR  26 Mac- Tuduhan yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mempedulikan nasib penduduk rumah panjang PJS1, Petaling Jaya, tidak benar sama sekali dan ternyata hanya tuduhan jahat pihak BN.

Sebaliknya, sejak memerintah, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah berusaha membantu mereka dengan mengambil beberapa langkah sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan, antara bantuan yang diberikan kepada mereka termasuk membina rumah kos rendah di tapak baru.

Menurut beliau, sementara rumah tersebut siap, kerajaan negeri turut menawarkan bantuan sewa dan perpindahan ke rumah transit baru kepada mereka.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebenarnya telah berusaha bersungguh-sungguh membantu mereka, tetapi terdapat maklumat yang mengatakan bahawa ada parti Barisan Nasional yang cuba menjadi juara di dalam isu itu.

“Walau bagaimanapun rakyat tahu Barisan Nasional telah gagal membantu penduduk ketika mereka mentadbir Selangor. Mereka hanya pandai berkokok setelah kehilangan kuasa,” tegasnya dalam satu kenyataan media.

Nasib penduduk rumah panjang PJS1, Petaling Jaya telah mendapat perhatian media akhir-akhir ini. Rumah panjang tersebut merupakan penempatan transit bagi 29 keluarga peneroka bandar sehingga rumah kos rendah mereka disiapkan.

Menurutnya, rumah kos rendah mereka telah mula dibina dalam tahun 2004 pada satu tapak berdekatan, tetapi telah mendapat bantahan dari penduduk tempatan yang telah mengambil tindakan mahkamah untuk memberhentikan projek tersebut.

Katanya, walau bagaimanapun pada tahun 2009, Kerajaaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah berjaya mendapatkan persetujuan pemaju untuk membina rumah kos rendah itu di tapak alternatif yang bertentangan dengan rumah panjang tersebut.

“Sebagai sebahagian dari penyelesaian bagi penduduk rumah panjang itu, pada 4 Mac 2010, setiap keluarga telah ditawarkan RM10,000 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk bantuan sewa dan perpindahan ke rumah transit lain sehingga rumah kekal mereka siap dibina,” katanya.

Bantuan sewa dan perpindahan itu, jelas beliau, akan ditanggung bersama oleh Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pemaju dan akan dibayar secara sekali gus.

“Kerajaan Negeri mahu penduduk rumah panjang itu berpindah keluar agar mereka dapat tinggal di dalam keadaan yang lebih sempurna. Rumah panjang mereka adalah terlalu dhaif untuk dibaikpulih.

“Tambahan pula, tapak tersebut diperlukan untuk membina sebuah sekolah kebangsaan. Namun tawaran Kerajaan Negeri ini telah ditolak oleh penduduk pada 2 Mei 2010,” jelasnya.

Memandangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor merupakan kerajaan yang prihatin, bantuan sewa dan perpindahan itu telah ditambah.

“Maka pada 12 Mei 2010, setiap keluarga telah ditawarkan RM14,285. Walau bagaimanapun tawaran ini hanya diterima oleh 9 buah keluarga sahaja,” jelas beliau yang juga Adun Cempaka.

Untuk membantu mereka, tegasnya, Kerajaan Negeri telah berjaya melakukan tindakan yang gagal dilakukan oleh Kerajaan BN sewaktu memerintah Selangor dulu, iaitu dengan mendapatkan persetujuan pemaju supaya membina rumah kos rendah mereka di tapak yang baru.

“Kerajaan Negeri juga telah menawarkan bantuan sewa dan perpindahan kepada penduduk sehingga rumah kos rendah itu siap. Kerajaan Negeri Barisan Nasional telah gagal menawarkannya.

“Dengan penyelesaian ini, penduduk akan dapat menikmati kediaman yang lebih sempurna dan sebuah sekolah akan dapat dibina untuk ribuan pelajar-pelajar di PJS1,” ujarnya.

Namun, akibat dari keengganan penduduk untuk berpindah, Kerajaan Persekutuan pada 11 Ogos 2010 telah menangguhkan pembinaan sekolah kebangsaan itu.

Sehubungan itu, beliau berharap agar mereka yang terlibat mengabaikan sama sekali sebarang hasutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab yang hanya memikirkan kepentingan politik dan bukan kepentingan penduduk rumah panjang atau kepentingan seluruh penduduk PJS1.

Tuesday, March 22, 2011

Isu Tanah Kuala Langat : MB Sanggah Laporan Utusan

Tuesday, 22 March 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 22 Mac : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak laporan Utusan Malaysia kononnya kerajaan negeri ghairah memunggah hasil tanah adat orang asal di Kuala Langat.
Menurut Tan Sri Khalid, tanah yang dimaksudkan oleh akhbar kawalan Umno itu sebenarnya dipindahkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) semasa parti itu (Umno) memimpin kerajaan negeri.

” Saya telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri membuat semakan tentang pemilikan tanah-tanah tersebut dan apa yang dinyatakan kepada saya ialah perkara pemberian tanah kepada PKPS ini sudah melebihi 10 tahun yang dahulu, dan ketika itu tiada sebarang yang dibangkitkan tentang isu pemilikan tanah tersebut,”jelasnya.

Tanah tapak lombong 120 ekar di Olak Lempit itu diserahkan anak syarikat Kerajaan Negeri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Merujuk rekod Pentadbir Tanah Kuala Langat, tanah terbabit bukanlah tanah yang di wartakan sebagai kawasan rizab Orang Asli (OA) atau kawasan rayau orang asli sebaliknya sebahagian hutan simpan Kuala Langat Utara yang dibatalkan bagi tujuan perlombongan bijih timah.

Khalid menjelaskan individu yang mempunyai hak boleh membuat semakan pemilikan tanah di pejabat tanah daerah berkenaan.

“Mereka-mereka yang merasakan mempunyai pemilikan tanah boleh membuat semakan di Pejabat daerah Kuala Langat dan jika perlu kita juga ada senarai pemilikan tanah di Pejabat pengarah Tanah dan Galian, mereka juga boleh mengemukan pandangan daripada exco, ini adalah proses yang boleh dilakukan.
“Sekiranya mereka rasa mereka mempunyai hak pemilikan tanah mereka juga boleh membawa perkara ini ke mahkamah,”jelas beliau lagi.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin