BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Saturday, May 4, 2013

Tukar Kerajaan: Ukir Nama dalam Sejarah Malaysia

ESOK ADALAH PELUANG TERBESAR KITA UNTUK MENGUKIR NAMA SEBAGAI SALAH SEORANG YANG TERLIBAT DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA BARU,

UNDI PAKATAN RAKYAT

PAS, DAP, PKR

 

Ayuh anak muda, rebut peluang tukar kerajaan esok

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 4 MEI: Calon KEADILAN Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru semua anak muda bersama-sama melakar sejarah menukar kerajaan dalam pilihan raya esok.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu berkata, perubahan yang berlaku selepas pengundian esok akan menunjukkan kepada BN bahawa rakyat mempunyai kuasa dan kebebasan untuk memilih.

“Anak muda pemangkin kepada perubahan. Jika kita lihat negara luar seperti Indonesia, Myanmar dan terbaru di Timur Tengah, arus perubahan semua dilakukan anak muda,” katanya kepada Keadilan Daily.
Jelas Shamsul, Pakatan Rakyat telah pun menggubal manifesto yang akan memastikan anak muda diangkat tarafnya dari segi ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan.

“Semua manifesto yang kita rencanakan akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat mandat. Cara hidup dan pemikiran anak muda perlu ditingkatkan, sebab itu kita perlu berubah,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan beliau di Bukit Katil yang akan bersaing dengan Datuk Seri Ali Rustam, Shamsul berkata, rekod buruk Ketua Menteri Melaka itu akan menjadi faktor kemenangan Pakatan.

“Saya yakin dengan pelbagai rekod buruk yang ditinggalkan Ali di Melaka, membabitkan hutang negeri sehingga lebih RM800 juta dan program ekonomi yang tidak menjadi, itu semua akan jadi faktor kemenangan calon Pakatan,” kata Shamsul.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin