BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Tuesday, July 12, 2011

BERSIH 2.1: Sidang Tergempar DUN Selangor

Adun PR Kemuka Sidang Tergempar Di DUN Selangor


KUALA LUMPUR, 12 Julai: Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membawa usul tergempar di bawah Peraturan Tetap 17(1) DUN Selangor agar dewan menyatakan pendirian berhubung tindakan polis terhadap kempen Bersih 2.0.
Usul itu berbunyi

Bahawasanya Dewan yang mulia ini menyatakan pendirian terhadap Kerajaan Persekutuan dan Polis Di Raja Malaysia untuk:

(i) Menghentikan segala tangkapan dan halangan kepada kempen Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 di Selangor malah di seluruh negara;
dan Kerajaan Negeri seterusnya:-


(ii)  Mempertahankan hak rakyat untuk menggunakan kemudahan-kemudahan Kerajaan Negeri, badan-badan berkanun Negeri, syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan tanpa halangan polis atau mana-mana pihak selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hujahnya beliau berkata, pada 9 Julai 2011, Bersih telah mengadakan perhimpunan aman bagi mempertahankan prinsip demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka katanya juga telah pun menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah menasihatkan Bersih dan pihak Kerajaan Persekutuan untuk menjcari jalan penyelesaian untuk semua.
“Justeru Bersih bersatu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menawarkan stadium sekiranya bersih sanggup bertolak ansur.

“Namun YAB Perdana Menteri telah mungkir janji. Permit turut ditolak pihak Polis. Polis turut mengadakan sekatan jalan raya semata-mata untuk menyusahkan rakyat dan menggagalkan perhimpunan Bersih.

Penangkapan itu ujarnya bukan sahaja terhadap aktivis Bersih malah termasuk anggota parti politik berdaftar seolah-olah mereka penjenayah manakala baju-baju kuning turut dirampas.

Namun akhirnya terbukti suara rakyat suara keramat dimana rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang, tua dan muda tetap turun berduyun-duyun bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan menuntut demokrasi.

Di sebelah malam pada 9 Julai itu pula menurutnya dalam program di Kelana Jaya, Polis telah mengadakan sekatan jalan dan mengepung Kompleks PKNS.

“Walaupun saya cuba berunding, permintaan saya ditolak dan program tersebut terpaksa dibuat di Pusat Khidmat saya.

“Memandangkan ini melibatkan hak asasi manusia dan konsep Demokrasi Berperlembagaan, perkara ini hendaklah disegerakan selepas tindakan Kerajaan Persekutuan dan Polis Di Raja Malaysia yang telah mengina kedudukan Kerajaan Negeri dan lebih penting lagi merupakan pelanggaran kepada Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Speaker DUN Datuk Teng Chang Khim berkata usul tergempar itu dijangka akan dibahaskan pada  jam 2.30 petang.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin