JANGAN LUPA... HEBAHKAN
MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH BERSAMA DR SHEIKH WAHBAH ZUHAILY (SYIRIA), YAB TUAN GURU HJ NIK ABD. AZIZ NIK MAT DAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.
Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPP – PKR yang lalu, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia
Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dar Syiria
serta
YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Aziz bin Nik Mat dan
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
yang akan berlangsung seperti butir berikut :
14 Mei 2011 (Sabtu)
Stadium Tertutup, Selayang, Selangor D.E.
Bermula jam 7 malam.
2. Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan serta menjemput tuan serta pimpinan semua peringkat untuk sama-sama menghadiri dan memberikan isyarat yang kuat kepada pemerintah bahawa rakyat menolak fitnah yang merugikan semua rakyat dan Negara.
3. Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menghebahkan program ini seluas yang mungkin, melalui blog, Twitter, FB, SMS dan apa juga medium yang dimiliki.
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
YB Ahmad bin Kasim
Pengerusi,
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.
No comments:
Post a Comment