BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Monday, May 2, 2011

Desak Sumpah Balas: Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah

Desak Sumpah Balas: Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah
Oleh Al-Bakistani

Eskay telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut “sumpah balas” dari Anwar Ibrahim.

Sepatutnya, mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Ini kerana, tuduhan secara terang itu terpancul dari mulut Eskay dengan menyebut Nama Anwar Ibrahim.

Sumpah tidak semestinya menentukan benarnya dakwaan tersebut, tetapi dalam syariah, kebenaran itu melalui saksi seramai empat orang lelaki yang adil, yang tidak melakukan dosa kecil dan dosa besar. Disamping saksi tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri, bukan melalui video atau CCTV.

Bersumpahnya Eskay itu, tidak menyebabkan tergugurnya kewajipan bagi dirinya mendapatkan empat orang saksi. Malahan, dia menyebut nama Anwar Ibrahim disamping bersumpah itu merupakan bukti kukuh bagi mahkamah syariah menangkap Eskay untuk dihadapkan mahkamah atas kesalahan Qazaf.

Tindakan menyuruh Anwar Ibrahim membalas sumpah tersebut merupakan satu perkara yang salah. Ini kerana, ia mampu menghapuskan kandungan maqasid syariah yang terpenting juga, iaitu menjaga maruah. [Sebilangan besar ulama mengatakan penjagaan maruah ini termasuk dibawah penjagaan keturunan, tetapi Al-Qurafi dalam kitab al-Furuq menyatakan penjagaan maruah itu adalah satu kandungan maqasid yang keenam]

Ada pihak menyatakan dengan cara bersumpah balas dapat menjaga maruah Anwar Ibrahim seperti yang dikehendaki oleh kandungan Maqasid Syariah. Kenyataan ini jika dilihat dari lapisan yang nipis, akan dianggap sebagai benar. Tetapi jika dihayati secara mendalam, ia merupakan perkara yang salah dan boleh disifatkan sebagai mewujudkan perkara baru dalam agama, atau diistilahkan sebagai bidaah.

Ini kerana, dalam maqasid syariah, tidak boleh melakukan satu tindakan dengan tujuan untuk menghilangkan satu kemudharatan, boleh melahirkan kemudharatan yang lain. Dengan maksud, sekiranya Anwar Ibrahim tetap bersumpah juga, ia akan mendatangkan implikasi yang cukup buruk selepas dari itu. Iaitu, implikasi bahawa amat mudah berlaku kejadian tuduhan zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia dan banyak lagi.
Ada pula pihak mendakwa dibenarkan tindakan Anwar Ibrahim bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis kisah Ifk, iaitu Peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah. Ini kerana, ketika Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dituduh.
Bermaksud :
“Lalu Rasulullah SAW keluar sehingga sampai ke rumah Abu Bakar dan menemui Aisyah. Baginda berkata : Wahai Aisyah, jika kamu telah melakukan perkara ini katakan padaku supaya aku memohon keampunan kepada Allah bagi kamu. Lalu Aisyah menjawab : Demi Allah aku tidak akan sekali-kali memohon keampunan Allah kerananya, jika aku telah melakukannya, tiada keampunan Allah bagiku, aku tidak dapati diriku dan diri kamu semua kecuali seperti yang berlaku kepada bapa Yusuf (sambil membaca surah Yusuf ayat 86)”
Perlu diperlu diperhatikan pada hadis ini, bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah.
Jadi, dakwaan boleh bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis ini adalah salah dari sudut pengadaptasiannya. Malahan, ia merupakan tindakan yang tidak cermat dalam merungkai perkara syariah.

Sekian
Wallahu ‘Alam

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin