BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Thursday, May 26, 2011

ANWAR OPTIMIS PRU13 TAHUN INI - DAH SEDIA KAH?

ANWAR OPTIMIS PRU13 TAHUN INI



"Saya hampir pasti ia akan diadakan tahun ini. Awak boleh lihat keghairahan dan kegilaan oleh media yang dikuasai oleh Umno. Ia tidak sihat sepanjang sedekad lalu dan juga tidak seteruk seperti sekarang ini... yang bermaksud paling awal, pada penghujung Ogos, awal September atau Oktober,” ulas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tarikh PRU13.

Pertarungan sebenar kata ketua umum PKR itu dalam wawancara eksklusif dengan 
Malaysiakini minggu lalu adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

"Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kepada kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini,” kata Anwar.

Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan 'mengharamkan' ketua pembangkang itu daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.

"Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina - ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi, tetapi Cina tidak,” kata Anwar. -malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin