BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Wednesday, April 6, 2011

Nazri melalut terus menggelabah, Senjata makan tuan

Boleh belah la woii.... habis siapa yang layak untuk cam individu dalam video tu.. kalau Zul Kolum tu layak pulak cakap 110%  orang tu Anwar suka pulak ko ye, siap suruh taubat lagi, suruh letak jawatan lagi, kalau kena kat batang idung menggelabah pulak dah Nazri ni.
APA SUSAH, BUAT SLOT KHAS KAT TV3, RTM1, RTM2, NTV7, TV9, slot 1/2jam semua menteri kabinet buat penafian, Semua presiden komponen BN buat penafian, kalau perlu bersumpah pun, bersumpah la. apa susah, media semua korang punya..
Nazri: Azizah tak layak kenalpasti lelaki video seks
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan nama BN berhubung isu video seks.

Semalam, presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.

"Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,” kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut.

BN, menurutnya perlu bertindak segera bagi mengelakkan spekulasi orang ramai berhubung video seks berkenaan.

“Ia tidak diperlukan jika beliau tidak bercakap apa-apa. Tetapi yang yang dia cakap kini di akhbar. Oleh kerana penafiannyanya, orang ramai mungkin berpendapat bahawa BN bertanggungjawab.

“Sebagai kerajaan, kita bukan sahaja mesti bersih tetapi juga dilihat sebagai bersih.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin