BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Monday, April 11, 2011

BN dah guna talian hayat seawal hari ke-5




INI KAH YANG MEMBAWA NAJIB KE SARAWAK SEAWAL HARI KE-5 KEMPEN,

Mungkinkah juga lepas ni semua agensi bakal dikerah, Polis, SPR, Semua kementerian, Guru-guru, sampai budak2 sekolah pun nanti dijadikan bahan melariskan kempen BN dan menghalang kempen PR.





 

 

 

PRN Sarawak : Najib Bawa Jentera Kerajaan Persekutuan Bantu Kempen Sarawak

KUCHING - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tiba-tiba berkampung di Sarawak bertujuan memudahkan jentera kerajaan Persekutuan dikerah membantu kempen Barisan Nasional di negeri itu.Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehadiran Najib menunjukkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud tidak berkeupayaan untuk meraih sokongan rakyat untuk mengundi Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, ia juga menggambarkan  ketakutan BN hingga terpaksa membawa masuk keseluruhan jentera kerajaan Persekutuan bersama Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Ini adalah satu kesalahan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.Najib akan tiba di Kuching bagi kali kedua sejak kempen bermula pada 6 April dan hanya akan pulang Jumaat depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berada di Sarawak untuk kempen sejak beberapa hari lalu. Pada sidang media itu, Anwar berkata, kehadiran Najib, Muhyiddin dan Menteri Kabinet jelas  menunjukkan manifesto politik pembangunan BN gagal mengumpan sentimen rakyat.

“Janji pembangunan hanya ulang tayang yang tidak ditunaikan. Mereka gagal untuk sampaikan kepada rakyat. Untuk saya, mereka telah lama terpinggir. Tiada jaminan bahawa rompakan tanah dan balak ini dihentikan.Selain itu, beliau juga diberitahu seorang calon KEADILAN yang memaklumkan keseluruhan jentera kementerian yang diketuai Datuk Sharizat Jalil turun di Belaga.

Beliau dimaklumkan yang Sharizat membuat tohmahan kepada penduduk setempat kononnya keadaan di Pulau Pinang dan Selangor jauh lebih teruk daripada Sarawak sejauhkan situasi sebenar, terbalik./KD

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin