BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Showing posts with label BUKU JINGGA. Show all posts
Showing posts with label BUKU JINGGA. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Tranasformasi Ekonomi Pak Man Telo: Cara Umno-BN Urus Ekonomi negara

Pendedahan Bekas ADUN UMNO, Kenapa Najib Takut Adakan PRU

UMNO semakin hari semakin goyah.. itulah realitinya. Ramai pemerhati berpendapat PRU akan diadakan seawal-awalnya  Mac 2012. Namun petanda dan bunga-bunga dari Najib sendiri yang PRU ke 13 akan berlangsung pada Mac ini masih menjadi tanda tanya. Adakah Najib berkira-kira untuk melakukan PRU masa terdekat kerana segala taktik kotor UMNO untuk memenangi PRU 13 masih belum berjalan lancar. Ataupun Najib sendiri tidak yakin UMNO BN akan memenangi PRU 13 nanti. Berikut adalah pendedahan yang di buat oleh bekas ADUN UMNO, Ariff Sabri yang baru-baru ini telah menyertai DAP.
Kalau Ada 7 juta Ahli, Masih Takut Untuk Adakan PRU?

Sekarang kita tahu, UMNO dan BN tidak kuat. Bila Muhyidin rasmikan dan hadhir dalam majlis Sayangi Selangor pada 31 disember 2011, dengan barisan artis yang seksi seksan, hanya 5000 orang hadir. Selalu nya bila ada artis, orang akan datang bersyusyun syusyun. Pada masa yang sama, kerajaan Selangor yang di pimpin oleh PKR mengadakan suatu majlis agama yang di kendalikan oleh Zizan Raja Lawak dan Ustaz Azhar Idrus, 50 ribu orang membanjiri premis majlis tersebut. Tidak ada artis. Ada pelawak dan ustaz yang mengadakan sesi soal jawab agama. Tapi pengundi yang majority nya muda, memilih untuk mendengar ceramah agama.

Boleh kah kita kata BN kuat dan dapat merampas Selangor? cakap besar dan tulis atas kertas dan beri lapuran gembira pada presiden UMNO- boleh.

Macam mana kita kata UMNO-BN tidak kuat? Siapa kata demikian? Presiden UMNO dan PM yang kata. SU agung UMNO yang kata. Mereka lah yang mendedahkan kelemahan UMNO dan BN.

Sebab Presiden UMNO beritahu, pilihanraya tidak akan di jalankan selagi reformasi ekonomi nya belum tercapai. Reformasi yang di maksudkan ialah perubahan2 dalam cara ekonomi negara di jalankan.

Apakah benda nya reformasi ekonomi atau Transformasi ekonomi yang di maksudkan oleh PM dan Presiden UMNO itu? kita sebetulnya tidak ada keyakinan keatas model ekonomi yang di warwarkan oleh presiden UMNO. Sebab pada hakikat nya, ETP atau Economic Transformation Plan yang di istharkan oleh PM beberapa tahun yang lalu hanya lah koleksi business plans daripada syarikat2 terpilih. Ianya bukan model ekonomi untuk rakyat tapi model ekonomi untuk pemilik bisnes besar dan elit politik. Model ekonomi yang di laksanakan oleh kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO, ialah suatu skim cepat kaya pyramid. Ianya model niaga ala pak man telo. Yang di bawah buat bisnes, komisyen di salurkan keatas untuk yang berada diatas.

Elit bisnes di beri monopoli mengendalikan program ekonomi negara dan sumbangan di salurkan kepada elit politik. Percayalah bila saya katakan- mana mana projek raksasa yang di istiharkan oleh kerajaan, itu semua hanya excuse atau alasan untuk membuat duit yang banyak.

Seperti kata the Oracle of Syed Putera atau Pendita dari Syed Putera, Najib has lost the plot on how to run this country.

Pemimpin UMNO tidak ada plan atau idea macam mana hendak bangunkan negara. Mereka hanya tahu satu jalan mendapatkan sokongan dan kesetiaan. Dan ianya bukan melalui cara menghidupkan keyakinan dan kepercayaan kepada sesuatu seruan atau cause.Ianya ialah dengan membayar semua orang.


Jika kita pergi ke Semporna Sabah, tempat Shafie Apdal, nak cari klinik pun takde. Cara Shafie Apdal mengurus dan mentadbir Semporna macam seorang lord memerintah fiefdom. Dia duduk atas kerusi dan hulur RM 10 kesetiap rakyat yang sedang beratur hendakkan RM 10. Itu dia cara pemimpin UMNO selesai masaalah dan membangunkan rakyat terutama orang Melayu. Dan yang sedang beratur itu ada yang pengsan pula. Shafie apdal has no inkling how to liberate the thinking of orang orang bajau di Semporna.

Jadi apakah model ekonomi yang di bising bisingkan oleh Dato Najib? Ia model ekonomi yang bergantung kepada elit perniagaan untuk di jayakan. Elit2 ekonomi ini di beri nama yang kehormat dan eksotik seperti PDP- Project Delivery Partner. PDP itu tidak lain dan tidak bukan, ialah syarikat perniagaan yang mengemukakan cadangan2 bisnes. Cadangan2 dari syarikat2 ini diambil sebagai anak angkat atau adopt sebagai ETP. Jadi, bila kita halusi apa dia ETP, PDP dan lain lain lagi, semuanya tidak lain adalah cadangan dari rakan rakan niaga yang rapat dengan kerajaan BN.

Apakah jenis kerajaan yang beroperasi seperti ini? ianya di sebut sebagai Plutocracy- iaitu kerajaan perpaduan antara elit politik dan elit bisnes. Jadi bila pemimpin UMNO dan BN bercakap mengenai kebajikan, ia sebenarnya ialah kebajikan untuk warga korporat.

Bila Najib kata, transfomasi ekonomi nya belum selesai- maksud yang sebenarnya ialah kekayaan negara ini belum selesai di bahagi bahagikan antara rakan2. Tony Fernandez dapat airline business, anak Dr Mahathir dan Shahril dapat bisnes minyak dan gas, Gamuda dapat infrastructure, Syed Mokhtar dapat itu dan ini, YTL , Robert Kuok punya syarikat akan dapat bisness pemasaran hasil2 dari FGV. Bila ini semua selesai, maka transformasi ekonomi Najib selesai. Dan kemudian, dia akan ada wang yang banyak untuk membeli kesetiaan dan sokongan orang Melayu.

Kedua, kalau UMNO dan BN kuat mengapa tidak mahu adakan PRU sekarang juga? Jawapan nya, reality nya UMNO dan BN adalah harimau kertas. UMNO mempunyai ahli 3.1 juta. Tahun 2009, SU Agung UMNO, Tengku yang bukan Tengku- Adnan bin Mansor mengistiharkan jumlah ahli UMNO ialah 3 juta lebih manakala warga BN berjumlah 7 juta lebih.Dan Dato Najib sendiri dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO menjerit bahawa UMNO ada ahli seramai 3 juta lebih. 3 juta boleh buat apa? Sejarah mengajar kita kemenangan selalu nya di menangi oleh suatu kumpulan yang kecil.

Jadi, macam mana kita boleh kata UMNO dan BN tidak kuat dengan jumlah keahlian yang hampir sama banyak dengan jumlah pengundi di Malaysia dalam tahun 2008? UMNO dan BN mempunyai jumlah ahli seramai 7.3 juta. Jumlah pengundi 7.9 juta. Lojik nya, jika semua warga UMNO dan BN berjumlah 7 juta lebih, Najib will win the coming elections hands down. UMNO dan BN hanya memerlukan ahli2 BN sahaja yang mengundi.

Dengan jumlah ini, mengapa kerajaan BN masih teragak agak mengadakan PRU? Sebab mereka sedar bahawa jumlah ahli yang banyak tidak menjamin kemenangan. Mereka harus merasuah ahli mereka sendiri untuk mengelak dari di beloti. Ahli BN sendiri pun tidak mahu sokong sebuah kerajaan yang rasuah dan menjalankan skim cepat kaya ala pyramid. ~sakmongkolak47

Saturday, January 14, 2012

Tawaran Jingga - “Perubahan Ekonomi" mesti dengan "Reformasi Politik"

Tawaran Jingga Pakatan Rakyat – ‘Bersihkan Malaysia’


Dr Dzulkefly Ahmad, 14 Januari 2012


Di ambang pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), negara kembali berdepan dengan pelbagai kemelut dan suasana krisis hasil langsung dari urus-tadbir dan tata-kelola sebuah pemerintahan yang tempang. Sebuah kerajaan yang tidak benar-benar komited untuk mensejahterakan rakyat seluruhnya bahkan meletakkan keutamaannya untuk membela suku-sakat kroni dan membolot kekayaan negara untuk segelintir kelompok penguasa, lazimnya akan berakhir dengan kehidupan rakyat yang serba terhempit dan ternafi dari mengecapi kekayaan dan kemakmuran negara.

Justeru, jurang antara kaya-miskin tampak semakin melebar, kesenjangan pembangunan antara bandar-desa, antara pantai Barat Semenanjung dan negeri pantai Timur-Utara, serta Sabah-Sarawak semakin ketara. Begitu juga hal hutang negara, khasnya hutang awam (Kerajaan Persekutuan) terus membengkak, daya-saing terus menjunam, ‘brain-drain’ tidak mampu disekat, ketirisan akibat rasuah dan salahguna kuasa dalam sistem ‘delivery’ berulang setiap tahun dan ekonomi terdedah kepada ancaman kebankrapan hasil pengurusan dan defisit fiskal yang tidak mematuhi tuntutan amalan terbaik-best practice- dan prinsip tata-kelola kewangan pruden.

Lebih parah lagi kerana krisis ini bukan sahaja menyinggung aspek ekonomi dan kewangan akan tetapi melingkungi seluruh dimensi kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Kebrentakan ini terpapar jelas dengan pelbagai pola-pola persengkataan yang semakin tajam dan mendalam, di segi pertentangan ras-perkauman, tuntutan kelompok pendukung agama secara sempit dan kelompangan atau ‘lacuna’ bidang kuasa legal dan perundangan yang  kerap disemarakkan api kefanatikan dan kejumudan politik perkauman.

Sementara itu fungsi institusi-institusi kritikal terus terkorban dari berperanan menjadi penyemak-imbang utama yang berkesan kerana terlalu tunduk dan dibelenggui penguasa Eksekutif yang angkuh dan rakus memusatkan dan merampas bidang wewenangan kuasa cabang Judisiari dan Legislatif yang terus dimandulkan.

Tegasnya seteru politik kita, Umno-BN telah merosakkan dan menodai institusi-institusi kritikal negara –“An Assault on the Nation” yang sekaligus telah menatijahkan “Kereputan Sistem” atau “Systemic Rot” secara menyeluruh.

Suasana ini cukup ngeri dan amat menakutkan, andainya ia berterusan kerana pastinya bakal menggagalkan usaha gigih pelbagai pihak untuk mendayakan negara supaya mampu bersaing dalam arus persaingan global dan serantau yang semakin sengit sekaligus mengancam kesinambungan negara sebagai yang bermaruah, berdaulat  dan punya daya-juang dan daya saing yang tinggi.

Berdepan dengan lingkaran krisis yang tidak berhujung ini dan setelah menekuni serta mengenalpasti punca-sebab gejala kebrentakan ini, maka Pakatan Rakyat tampil dengan satu ‘Tawaran Jingga’ untuk mengundang seluruh rakyat dan pemilik penting-‘critical stakeholders’ negara ini, agar turut bersama-sama dalam satu gagasan “Membersihkan Malaysia” dari pelbagai kekotoran pengurusan pemerintahan Umno-BN supaya akhirnya kemakmuran dan sumber kekayaan negara mampu dikecapi, dinikmati dan dikongsi bersama oleh seluruh rakyat di negara bertuah ini.

Inilah ertinya ‘Merakyatkan Kemakmuran Untuk Semua” dalam satu permufakatan mulia, perkongsian murni dan persefahaman mendalam tuntutan kepelbagaian agama dan budaya agar mampu menghayati sunggguh-sungguh slogan - “Sharing The Nation” – “Bersama Mengecapi Kemakmuran Negara” .
Tawaran Jingga – Huraian Pendekatan

Sesungguhnya, pembentangan ‘Tawaran Jingga’ ini hanyalah satu prelude kepada ‘Tawaran Manifesto’ Pakatan Rakyat. Tawaran Jingga ini sekadar menerangkan perbezaan pendekatan Pakatan Rakyat berbanding Umno-Barisan Nasional.

Pendekatan pihak lawan yang bersifat menampilkan ungkapan pelbagai akronim ajaib yang sebenarnya mengusutkan fikiran bermula dengan NKRA, NKEA, PTK (GTP), SRI, NEM (MEB), ETP, EPP dan panjang lagi kalau dimasukkan agensi-agensi pelaksananya  MAMPU, Pemandu, Pemudah, kini TERAJU yang kesemuanya boleh dibawa kepada satu lagi yakni ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) ketika sakit dan nazak.

Saya yakin keseluruhan akronim ini dan tindih-tindannya tidak difahami sendiri oleh ramai menteri termasuk YAB PM, kecuali dua menteri pintu belakang (senator) di Jabatan Perdana Menteri itu..yang sentiasa bersedia memberi kuliah yang panjang ketika ditanya sikit oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan (dan juga BN) di Dewan Rakyat. Inilah dia Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang sangat dihajati oleh PM Najib.
Sesungguhnya tidak akan dapat dilakukan Transformasi kecuali dirancang, dilaksana dan diurus program ‘Reformasi Menyeluruh’ dalam menangani ‘kereputan sistem’ yang dirobek dan dinodai regim Umno-Barisan Nasional.

Tawaran Jingga kami pula merumuskan pendekatan “Political Economy”[1] atau pendekatan yang benar-benar mencerakinkan kembali kebijakan disiplin ekonomi ini dalam menggarap tuntutan Politik.
Ia adalah disiplin atau bidang ekonomi yang membicarakan bagaimana “keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi atau economic outcomes” atau dengan kata lain mudahnya  “Perubahan Ekonomi atau ‘Economic Changes’ hanya akan dapat dipacu dan direalisasikan dengan bersekali dilakukan oleh sesebuah kerajaan akan ‘Reformasi Politik’. Sebaliknya pula bagaimana cita-cita “Transformasi Ekonomi” akan gagal dihambat oleh “Kekangan Realiti Politik” sperti yang jelas berlaku dalam pemerintahan Umno-BN.

Ini jelas apa yang telah berlaku dalam pendekatan BN yang masih terus tercari-cari pendekatan yang konsisten. Sebab itu Najib selalu berbolak-balik atau flip-flopping atau ‘zigg-zaging’. Najib hampir dinobatkan sebagai the “Father of Flip-Floppers” justeru kerana sikapnya yang kerap tidak tetap. Terlalu banyak contoh yang boleh dibariskan termasuk hal urusan ekonomi seperti EOC dalam MEB (NEM) atau menangani BERSIH 2.0 dan banyak lagi.

Sebab itu dalam NKRA dan PTK (GTP), Najib tidak langsung memberikan kepentingan kepada asepk reformasi politik. Bila baru celik kepentingan Reformasi Politik dan Perlembagaan? Bila digempur dek BERSIH2.0! Hanya selepas 709 BERSIH2.0, Najib terhegeh-hegeh bercakap tentang menangani tuntutan Politik Baru dan membatalkan 3 Ordinan Dharurat (1966, 1969 & 1977), membatalkan Akta Hukuman Buang Daerah 1959; dan mula bercakap tentang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tembelang Najib terdedah apabila cakap-cakap menteri JPM mendahului beliau apabila mereka menyebut tentang mengantikan ISA yang dua-kali lima juga akalu tidak lebih drakormian lagi.

Maka sebagai pendekatan Pakatan Rakyat, kami cenderung untuk mengambil pendekatan ini yang mengiktiraf bahawa masalah ekonomi akan hanya dapat digarap bersekali dengan reformasi politik. Seteru politik kita pada asalnya tidak mahu mengiktiraf ini. Hanya mutakhir setelah serik kita berpekik baharulah mereka faham.

Tegasnya ‘Tawaran Jingga’ adalah penyelesaian krisis negara secara bersepadu dan menyeluruh. Tawaran Jingga[2] adalah perumusan penyelesaian komprehensif bagi menangani segala krisis yang juga sifatnya ‘menyeluruh dan sempurna’ bukan sahaja dari aspek kebobrokan pengurusan fiskal dan ekonomi.

Sebab itu kebobrokan rasuah, salahguna kuasa dan segala kebejatan penguasa dan elit bisnes yang rakus mesti ditangani dengan reformasi politik, perundangan serta keinsafan moral dan agama. Umno- BN tidak faham atau buat-buat tidak faham. Sebab itu kebejatan rasuah dan salah guna kuasa kini dilambang dengan NFC-Lembu dalam Kondo persis membayangkan kegagalan Transformasi Kerajaan Najib!
Tawaran Jingga kami berkisar di sekitar mencapai Dasar-Dasar Bersama:
  1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat (Reformasi Politik)
  2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil (Reformasi Ekonomi)
  3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh (Reformasi Sosial)
  4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara (Government-Governance-Federalisme).
Sebagai prelude kepada Manifesto Pakatan Rakyat, Tawaran Jingga telah cuba mengingatkan semua bahawa pendekatan kami bukan sahaja menambahbaik kerosakan dan kepincangan yang telah dilakukan oleh regim yang lalu.

Tawaran Jingga bakal didedahkan dari masa ke semasa yang akan memuatkan rencana dasar, polisi dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing ini. Dalam Konvensyen ini, beberapa perkongsian awal tentang

i. Dasar FELDA Pakatan Rakyat,
ii. Dasar Anti-Monopoli Pakatan Rakyat
iii. Dasar Pengukuhan Federalism Pakatan Rakyat
iv.Dasar Memperkasakan Perkhidmatan Awam Pakatan Rakyat

Oleh kerana tarikh PRU ke-13 masih sukar diramalkan oleh pundit politik, maka Manifesto Pakatan juga perlu dirahsiakan sehingga ke satu tarikh yang ditentukan kemudian.

Kami bersedia mendengar maklum-balas dari semua pihak agar perumusan penyelesaian kami dalam Tawaran Jingga dan Manifesto PR nanti akan menjadi lebih mentap dan padu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Jingga Pakatan Rakyat.
Konvensyen Pakatan Rakyat kali-3.
Alor Star, Kedah.
14 hb Januari 2012.

[1] ‘Political Economy’ bukanlah bidang baru bahkan hampir sama usia dengan bidang ekonomi itu sendiri. Adalah diakui bahawa penulisan ‘seminal-agung’ Adam Smith – Wealth of Nation (1776) itu sendiri adalah bicara “Political Economy” begitu juga penulisan John Stuart Mill – Principles of Political Economy (1848).
[2] Tawaran ‘Negara Berkebajikan’ PAS memulakan paksi penyelesaian dengan premis peranan sebagai “Amanah kepada Tuhan sebagai Khalifah Allah di muka bumi dan menganggap segala perbuatan rasuah, salahguna kuasa dan ketirisan adalah perlakuan dosa terhadap Allah dan kerosakan (Al-Khusraan) yang dilakuan oleh Penguasa yang rakus sebagai perbuatan fasiq dan khianat terhadap Amanah Allah dan Mandat Rakyat.

Saturday, May 21, 2011

Kongres Buruh 22 Mei 2011: Pemimpin Pakatan bersama kebangkitan Buruh


PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BERSAMA KEBANGKITAN BURUH

KONGRESS BURUH BERLANDASKAN BUKU JINGGA

TEMPAT: KOMPLEKS BELIA & KEBUDAYAAN SELANGOR, SEKSYEN 7, SHAH ALAM

TARIKH: 22 MEI 2011 (AHAD)

MASA: 8.OO PAGI - 2.00 PETANG

SIAPA MINAT T-SHIRT WARNA OREN BOLEH DATANG AWAL-AWAL

AYUH BELIA DAN WARGA BURUH MALAYSIA!!!

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin