BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Selangorku

Monday, February 25, 2013

Defisit 15 tahun berturut-turut

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PRU13 (DOWNLOAD)

 -------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara mengalami defisit selama 15 tahun berturut-turut sejak 1998 dan berkemungkinan berlanjutan hingga 2015 ekoran salah urus tadbir dan rasuah berleluasa.

 “Negara mengalami defisit 15 tahun berturut-turut sejak saya dipecat pada 1998 hingga 2012. Dalam Bajet 2013 yang sedang kita bahas juga mengalami defisit. Dijangka berterusan sehingga 2015 dan mungkin seterusnya,” katanya dalam laporan perbahasan bajet Kementerian Kewangan.

Anwar berkata, hutang negara tidak termasuk jaminan hutang sudah mencecah RM476 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (GNP) pada penghujung 2011.


“Ini amat mencemaskan kerana hampir mencecah 55 peratus daripada KDNK iaitu paras bahaya sesebuah negara sebelum terjerumus dalam kebankrapan seperti Greece,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1997, belanjawan negara sentiasa seimbang atau lebihan manakala ekonomi pula mencatat pertumbuhan purata 8.7 peratus.

“Bandingkan prestasi ini dengan Menteri Kewangan sekarang yang disandang Datuk Seri Najib Razak dari 2009 hingga 2011 yang hanya mencatat pertumbuhan KDNK secara purata pada kadar 3.2 peratus sahaja,” katanya.

Syorkan Turki sebagai model untuk reformasi ekonomi, politik

Membandingkan dengan Turki sebelum ini, Anwar berkata, negara tersebut hampir muflis disebabkan pertumbuhan ekonomi hanya empat peratus selain menangung hutang hingga 74 peratus daripada KDNK.
Bagaimanapun katanya, setelah Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil alih pemerintahan, pertumbuhan ekonominya meningkat 6.8 peratus pada 2002 hingga 2008.

Malah di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Taib Erdogan, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Turki mencatat mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia iaitu 8.4 peratus daripada KDNK pada 2011.

Anwar turut menempelak Umno BN kononnya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan ekonomi sedangkan negara di ambang muflis angkara kepincangan pengurusan ekonomi.

“Rekod jelas membuktikan kerberkesanan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mengurus tadbir negeri jauh lebih baik daripada BN,” tegasnya.

Beliau mengulangi gesaan supaya rakyat bersedia menukar kerajaan sebelum negara dilanda krisis ekonomi dan peningkatan hutang di bawah pemerintahan Umno BN.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

Dari Blog Pemimpin