BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Sunday, May 15, 2011

UMNO parti gila yang tertekan - Video di dalam

Orang buat solat hajat dan muajat dalam stadium UMNO edar VCD lucah luar stadium. Sekarang ni UMNO ikut je mana PR buat ceramah, edar risalah VCD haram, fitnah sedangkan hari-hari dah keluar TV3, RTM, Utusan. UMNO dah betul2 tertekan guna apa cara je nak kekal kuasa.

Lagak mereka seperti parti gila yang sering mengganggu program-program pihak pemerintah. Walaupun menguasai semua media mereka masih tak yakin boleh menguasai fikiran rakyat.

UMNO DAH BERSEDIA JADI PEMBANGKANG MALAYSIA







MB Selangor Kesal UMNO Edar VCD Lucah

SELAYANG 15 Mei - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan penyebaran VCD fitnah yang mengandungi video seks mirip pemimpin kanan Pakatan Rakyat di negeri ini sebagai satu pembaziran bahkan ia tidak patut berlaku.
Menurutnya pihak tersebut sepatutnya berusaha membantu Selangor untuk terus maju supaya manfaatnya dapat dinikmati semua pihak. "Malam ini masyarakat macam tak ada kerja lain, mengedarkan VCD memfitnah saudara Anwar Ibrahim. 

Ini bagi saya kerja bodoh dalam negeri yang kaya. Saya tak anggap patut dilakukan. Rakyat Selangor kita nak jadikan Selangor negeri maju dan dirahmati Allah," kata Khalid di hadapan 5 ribu hadirin di Program Munajat Umat Tolak Fitnah di Stadium Selayang semalam. Khalid mengulas insiden penyebaran VCD berkenaan di beberapa kawasan di negeri itu termasuk di sebuah masjid di Kuala Langat Ahad lalu. 

Beliau juga melahirkan kehairanannya mengapa Umno-BN lebih tertarik untuk membicarakan soal video seks berbanding membincangkan masalah ekonomi dan kehidupan rakyat. Menurut Khalid hal inilah yang membezakan Pakatan Rakyat dan BN. "Ini lebih baik dari bawa VCD yang tak guna ini. Kalau nak tolong rakyat, bagi dia selesaikan masalah, bukan bagi VCD kepada orang ramai. "Ini yang BN tak boleh buat, yang dia buat hantar VCD ini,"kata beliau sambil memegang sebuah VCD. 

Khalid yang hanya berucap selama 10 minit menegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan tetap meneruskan dasar 'merakyatkan ekonomi' mereka yang terbukti berkesan membantu kemajuan dan kesejahteraan negeri Selangor.

"Saya bukan dari jenis yang banyak bercakap, saya buat dahulu baru saya beritahu dan saya akan kerja kuat dan tunjukkan saya tak ada masa dengan VCD ini. Kita akan tunjukkan kemajuan dan kekayaan itu disalurkan kepada rakyat," jelas beliau disambut tepukan gemuruh hadirin./Tvs

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

Dari Blog Pemimpin