BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Thursday, May 12, 2011

Hasil Perjuangan UMNO kini boleh dinikmati oleh semua lapisan Masyarakat

Tahniah buat UMNO dan penyokong2 keras mereka kerana pengorbanan mereka yang kesetiaan kepada perjuanag walaupun terpaksa menempuhi pelbagai halangan, hasil kerja2 kuat mereka memfitnah, mengaibkan orang dan menipu rakyat. kini seluruh rakyat Malaysia amat bersyukur dengan kenaikan harga minyak, gula dan barang2 makanan serta keperluan harian.

Percayalah pemimpin UMNO dan para penyokong yang setia dengan perjuangan dan tak pernah jemu memfitnah, mengaibkan orang dan menipu rakyat. Usaha keras anda untuk memastikan harga Barang Naik pasti tidak akan disia-siakan oleh rakyat dan akan di balas pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Teruskanlah berjuang sehingga harga minyak RON95 pula dinaikkan. jasa anda kepada seluruh rakyat malaysia tidak akan dilupakan. Selamat maju jaya UMNO untuk memperjuangkan kenaikan harga barang dan Salam 1Malaysia.

Harga teh tarik naik mendadak

KUANTAN: Tidak sampai 24 jam harga gula dinaikkan 20 sen kepada RM2.30 sekilogram kelmarin, ada peniaga restoran di bandar ini mula mengambil kesempatan turut menaikkan harga minuman.

Tinjauan di sebuah restoran di sini mendapati segelas teh tarik dijual RM1.50, naik 20 sen berbanding RM1.30 sebelumnya.
Pengguna, Azman Hassan, 32 berkata, beliau terkejut apabila melihat bil yang menyatakan segelas teh tarik berharga RM1.50.

"Tidak sampai 24 jam, peniaga menaikkan harga yang dianggap tidak munasabah dan membebankan pengguna kerana ia hanya membabitkan kenaikan gula," katanya.

Rakannya, Mohd Ashraf Zulkifli, 25, pula mahu tindakan tegas dikenakan terhadap peniaga yang sengaja cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

"Setiap kali pengumuman kenaikan harga gula atau barang keperluan harian seperti tepung atau susu, harga makanan atau minuman naik. Sepatutnya, peniaga tidak menjadikan pelanggan sebagai mangsa keadaan," katanya.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasi yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah ketika diminta mengulas menganggap tindakan peniaga sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, PPPM membantah tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan disebabkan kenaikan harga gula.

"Kita kesal dengan tindakan peniaga yang tidak prihatin dan menjadikan pelanggan sebagai mangsa untuk mengaut keuntungan," katanya. -BH

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin