BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Monday, May 23, 2011

Berita Baik Untuk Pekerja Pekerja

 
Kalau berita Baik atau berita Gembira tu datang dari UMNO, Najib ke Muhydin ke tok sah la percaya sangat, cikgu-cikgu kita dah kena dah,
 
Kalau nak bagi berita gembira ikut macam Pakatan Rakyat.
Bila kata air percuma maknanya semua orang dapat air percuma.
Bila kata elaun guru KAFA naik RM500 maknanya semua elaun guru KAFA naik RM500,
Bila kata anak-anak selangor lahir kat selangor dapat RM100 maknanya semua anak-anak selangor lahir kat selangor dapat.
 
Bukan macam UMNO,
Bila kata elektrik percuma.. dengan syarat bla. bla.. bla.. yang tak ada peti ais kat rumah pun belum tentu dapat.
Bila kata gaji guru naik.. yang dapat Guru besar besar yang gaji besar2.. berapa % dapat.??
 
Tapi bila UMNO kata minyak naik (tak kata pun, buat senyap je.. penyelarasan subsudi konon), siapa yang dapat?? semua dapat balanya..
Tapi bila kata harga gula naik.. siapa yang kena?? semua kena .. padan muka..
 
Pakatan: Buku Jingga penyelesai masalah pekerja
 
S Pathmawathy - MALAYSIAKINI
Dasar-dasar yang digariskan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat akan dapat memastikan agihan kekayaan yang saksama bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan pekerja di negara ini.

Pengarah eksekutif pejabat penasihat ekonomi kerajaan Selangor, Rafizi Ramli berkata di bawah pentadbiran sekarang, apabila ada masalah untuk para pekerja, ianya seolah-olah tidak akan menjejaskan ekonomi negara.

Berucap kepada 300 peserta forum mengenai kongres pekerja berdasarkan Buku Jingga, Rafizi menghurai mengenai buku tersebut, dengan menekankan tentang faedah-faedahnya kepada para pekerja yang menjadi sebahagian besar golongan berpendapatan rendah.

Ahli panel lain ialah bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud; pengasas Zentrum Future Studies, Professor Abu Hassan and pengerusi biro buruh DAP, A Sivanesan, serta ahli jawatankuasa pusat PAC, Mohamad Sabu.

Forum itu dipengerusikan oleh ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Wakil rakyat Pakatan berhujah bahawa golongan pekerja telah dibebankan dengan gaji yang tidak berubah sejak sedekad lalu, dengan kenaikan gaji hanya 2.6 peratus antara 2000 dan 2010.

Jika diberi masa lima tahun untuk mentadbir kerajaan pusat dari Putrajaya, Rafizi berkata, purata pendapatan isirumah akan meningkat kepada RM4,000 untuk membantu golongan pekerja, seiring dengan kos sara hidup yang cepat meningkat, ekoran pelan rasionalisasi subsidi kerajaan sekarang.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya boleh dicapai dengan penggubalan undang-undang gaji minimum untuk memastikan pendapatan minimum pekerja ialah antara RM1,500 dan RM2,000 memandangkan kini 72 peratus pendapatan pekerja adalah kurang daripada RM1,500.

Dengan itu, tegas Rafizi, ia akan menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan produktiviti yang rendah selama ini, kerana penindasan gaji oleh majikan.

buku jingga workers congress 220511Beliau menyalahkan perdana menteri paling lama, Tun Mahathir Mohamad, kerana melaksanakan dasar-dasar yang menurutnya, memudaratkan golongan pekerja.

Dalam era Mahathir, katanya, dalam usaha menarik pelaburan, kerajaan berjanji untuk mengekal gaji pekerja dan pada paras yang rendah.

Tegas Rafizi, ia merupakan satu dasar yang biasanya dilaksanakan di kebanyakan negara tetapi hanya di peringkat permulaan, bukan selama-lamanya seperti di Malaysia.

Dalam Buku Jingga, katanya, Pakatan menjanjikan pelaksanaan sepenuhnya undang-undang gaji minimum dan bukan sekadar janji manis sahaja.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

Dari Blog Pemimpin