BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Tuesday, April 12, 2011

BN masih nak bodohkan rakyat Sarawak

Walaupun Sarawak tu jauh dari selangor kena naik kapal terbang, tapi zaman sekarang maklumat di hujung jari. Lu ingat semua orang boleh dibodohkan maca pengikut BN yang dah sedia bodoh tu ke.korang boleh pusing-pusing cerita kat TV3, rtm, Utusan. tapi banyak lagi sumber berita rakyat Sarawak boleh dapat...

BN terdesak burukkan imej Selangor di Sarawak..

Tindakan itu tiada asas memandangkan lebih 3,000 rakyat Sarawak khususnya yang menetap di Selangor bijak menilai pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) sebagai terdesak apabila bertindak memburuk-burukkan imej kerajaan Negeri sepanjang berkempen pada pilihan raya negeri di Sarawak dewasa ini.
Menurut Khalid, tindakan itu tiada asas memandangkan lebih 3,000 rakyat Sarawak khususnya yang menetap di Selangor bijak menilai pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri tersebut.
Sepatutnya kata Khalid, semua pihak tanpa mengira parti politik perlu berganding bahu bagi melakukan pembangunan terbaik bagi rakyat di mana-mana negeri.
Beliau mengakui sepanjang berkempen di Sarawak rakyat di Bumi Kenyalang tertarik dengan konsep ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’.
“Kita sudah bukti dan berusaha sepanjang memerintah Selangor. Rakyat khususnya di Sarawak boleh melihat hasil di Selangor berbanding usaha kerajaan negeri Sarawak sepanjang memerintah lebih 40 tahun,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini petang tadi.


BN guna media putar belit isu

Menjelaskan lebih lanjut berhubung tindakan ‘terdesak’ BN itu, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok berkata BN menggunakan media seperti papan iklan dan surat khabar untuk memutar-belitkan sesetengah isu dan dinafikan oleh beliau.
Teresa yang baru pulang berkempen di Sarawak berkata beliau menjumpai satu papan iklan di Sarikei berhubung isu harga lesen penjaja di Subang Jaya, Kajang dan merata tempat di Selangor.
“Hari ini di dalam surat khabar Cina juga BN siarkan iklan politik yang mengatakan arak dilarang di Selangor. Ia tidak benar … saya meminta mereka (BN) cakap benar. Ini satu cara tipu helah dilakukan BN,” katanya yang juga ahli parlimen Seputeh.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Halimah Ali melahirkan rasa kecewa dengan sikap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah mengugut guru-guru supaya mengundi BN di Sarawak.
“Guru ada hak untuk memilih sesiapa yang mereka mahu untuk memerintah negeri. Sila hormati hak mereka dan beri guru-guru kebebasan bersuara dan tidak dikongkong menteri pelajaran,” katanya.
Semalam, melalui laporan media Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dipetik berkata beliau mahu guru-guru memangkah BN ketika mengundi nanti.
Pilihan raya negeri Sarawak kini memasuki fasa-fasa awal berkempen sebelum pengundian dijalankan pada 16 April ini.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

Dari Blog Pemimpin