BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Tuesday, March 15, 2011

UMNO-BN terus gigit jari kaki di Selangor

Nampaknya hasrat UMNgOk nak rampas Selangor makin kelam, suram, karam. Cuma boleh memekak dalam TV3 suku masak, & Utusan Malaon. pegi jahaman sama itu GAPS.

Lagi masalah geran milikan tanah berjaya diselesaikan Kerajaan Selangor

Tuesday, 15 March 2011 | Ruangan: Berita

HULU SELANGOR, 15 Mac – Kerajaan Negeri Selangor berjaya menyelesaikan masalah penduduk Kampung Kandaiyah dan Kampung Chuang Rasa dengan menyerahkan 13 geran milikan tanah atau Borang 5A yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh penduduk bagi memperoleh geran tanah mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah hari ini menyerahkan 13 geran milikan tanah atau Borang A. 12 borang disampaikan kepada penduduk Kampung Kandaiyah, manakala 1 borang lagi kepada penduduk Kampung Chuang Rasa.

Dalam pada itu, Ean berkata, pihaknya menerima aduan bahawa semenjak 40 tahun lalu, isu geran ini tidak diselesaikan dengan baik walaupun penduduk telah mengadakan bantahan kepada pihak terbabit agar masalah itu segera diatasi sebaiknya.

Rata-rata penduduk kesal kerana terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk membuat permohonan.
Ini kerana jelas Ean, borang yang dihantar harus melalui diproses oleh jabatan berkaitan seperti Pejabat Daerah Hulu Selangor sebelum dibawa kepada Exco.

Dalam pada itu, Ean turut melawat ke Kampung Gurney di Hulu Yam Bharu. Dalam lawatannya di tapak tanah kediaman Kampung itu mendapati terdapat lebih 30 tanah yang masih kosong. Hanya 3 permohonan sahaja yang mempunyai milikan tanah yang sah.

Beliau diberitahu oleh penduduk bahawa permohonan bagi tanah tersebut sudah lama tertangguh apabila kerajaan Umno-BN yang memerintah sebelum ini tidak melaksanakan tugas mereka sebagai pemerintah.

Ean menambah, kegagalan pemerintah terdahulu mengakibatkan terdapat pemohon yang mengambil masa sehingga 40 tahun dan sehingga kini masih tidak selesai.

Beliau yang juga exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram berkata, kerajaan negeri akan berusaha untuk menyelesaikan setiap aduan yang dibuat bagi memudahkan urusan pemilikan geran hak milik penduduk melalui kerjasama daripada Pejabat Tanah Hulu Langat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin