BLACK WEDNESDAY 8 MEI 2013, STADIUM KELANA JAYA
BLOG INI DI"HITAM"KAN MULAI HARI INI

Berita

Thursday, March 31, 2011

Ini la akibatnya bila "Hantu" dan "Jembalang" yang memerintah


Ini la jadinya bila 'hantu' dan 'jembalang' jaga selangor
1) Air Percuma 20 m3
2) Tabung Warisan Anak Selangor
3) Skim Mesra Usia Emas
4) Hadiah Anak Masuk universiti
5) Tabung pendidikan anak pekerja lading
6) Pusat khidmat krisis sehenti
7) cuti bersalin 90 hari
8) cuti bersalin suami 14 hari
9) cuti kematian suami 30 hari
10) Skim mikro kredit luar Bandar (SKIMSKL)
11) Skim mikro kredit miskin Bandar (MIMBAR)
12) Skim kesihatan wanita – pemeriksaan kesihatan percuma
Kat Pulau Pinang Pulak, hancusss....

1) Skim Penghargaan wara emas RM100 setiap tahun dan
RM1000 kepada semua waris yang telah meninggal dunia.
2) RM100 setahun untuk Oku dan ibu tunggal.
3) RM500 setahun untuk miskin tegar.
4) 750 wifi percuma
5) RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam.
6) Kesemua 1,500 guru Kafa akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul (2011) sumber - http://cm.penang.gov.my
7) bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7, 812 anggota perkhidmatan awam (2010)
8) Atlet-atlet individu dari Pulau Pinang yang mendapat pingat emas di Sukan Asia ke-16 Guangzhou akan diberi insentif bernilai RM10,000, RM7,000 kepada pemenang pingat perak dan RM4,000 untuk pingat gangsa.
9) Manakala bagi atlet-atlet berpasukan dari Pulau Pinang, RM5,000 akan diberikan kepada pemenang pingat emas, RM3,500 kepada pemenang pingat perak dan RM2,000 kepada pemenang pingat gangsa.
10) Bantuan Khas Kewangan ataupun “duit raya” sebanyak RM500.00 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam di Pentadbiran Negeri Pulau Pinang dan buat kali pertamanya RM 250 untuk guru KAFA(Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) 2010.
Jembalang: Tak payah komen, bodoh sangat


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.


Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.


"Tak payah komen la...bodoh sangat.


"46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.
Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama.


Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.


Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini.


"Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.
Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.


Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam.

Tolak 'hantu dan jembalang' dari Semenanjung ketika pilihan raya: TPM

2011/03/19


SRI AMAN: Penduduk Sarawak perlu menolak "hantu dan jembalang" yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. (klik sini kalau nak sambung baca tak nak pun tak ape)
TAK PAYAH KATA ORANG LAIN TAK BAGUS KALAU BN DAH SUKUP BAGUS..

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter


Dari Blog Pemimpin